Bab 45

12.2K 457 5
                                    

"Mana semua orang?" Soal Umaira sebaik sahaja turun dari bilik. Terkejut dia. Turun-turun je tak ada sesiapa. Hanya ada  Syed Faris yang sedang ralit dengan telefon bimbit di sofa.

"Tak ada, semua dah pergi. Tinggal kita je."

Syed Faris berdiri dan memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluar slack.

"Ouh.."

Akward. Walaupun dia pernah berdua sahaja dengan Syed Faris tapi dia tak pernah terbiasa sebab automatik tak cukup oksigen bila dengan Syed Faris. Bahaya. Boleh cepat mampus!

"Jom." Tangan Umaira ditarik menuju ke kereta Range Rover miliknya. Dia sengaja suruh semua orang meninggalkan mereka.

Bini dia, ikut sukalah nak buat apa pun. Sibuk!

Umaira hanya menurut tanpa banyak kata masuk ke dalam kereta apabila lelaki itu membuka pintu kereta sebelah pemandu. Sweet! Dalam diam dia simpan senyum supaya tak terlakar.

Hanya sekecil-kecil perbuatan Syed Faris dah boleh buat perut Umaira penuh dengan rama-rama.

Umaira tahan nafas apabila Syed Faris secara mengejut memasang seatbelt pada badannya. Tubuh kekar itu terlalu hampir dengannya. Hampir sahaja dia tercium telinga lelaki itu.

"Breath sweetheart." Bisik Syed Faris perlahan sebelum keluar dan menutup pintu kereta sebekah Umaira.

Dia tersenyum senget melihat tubuh genit itu kaku.

Tercungap-cungap Umaira mencari nafas. Fuh! Kan dah cakap, boleh mampus. Dia mengipas wajahnya dengan tangan. Panas, panas. Cepat-cepat dia turunkan tangan dan beriak biasa bila Syed Faris sudah duduk di kerusi pemandu.

Umaira sekali-sekala mengerling lelaki di sebelah yang fokus memandu. Suasana dalam kereta yang sunyi tanpa perbualan buat dia rasa nak cepat sampai.

Akhirnya, dia pandang pantulan wajah Syed Faris di cermin tingkap kereta. Kacak! Baru sempat nak tilik wajah tampan itu. Tanpa sedar, tangannya naik mengusap pantulan wajah di cermin. Khusyuk sangat-sangat.

"Why are you so interested with that when you have me beside you hmm?"

Laju tangan Umaira jatuh ke riba. Gaun pengantin diramas. Malu ya Allah..kantoi dia usha suami sendiri tapi tak salah kan?

Syed Faris pandang Umaira sekilas. Dia tersenyum nakal menyedari perubahan sesuatu di wajah manis itu.

"Your lips...."

"Hah? Kenapa?" Kalut Umaira menarik cermin dari dalam beg. Lipstick terlebih ke? Bibirnya diperhati. Tak ada apa pun. Berkerut kening Umaira memandang Syef Faris. Dia kenakan aku ke?

Semakin menyinis senyuman Syed Faris melihat Umaira yang nampak keliru dan tak faham.

"Your lipstick..its seems like its pigmented. I like it. Easier for me to kiss you tonight.." kata Syed Faris nakal.

Damn!

Laju Umaira memusing badannya ke arah tingkap. Rasa macam nak terjun kereta. Malu, malu, malu dan malu.

Dia yakin pipinya sudah berubah warna. Tambahan pula apabila mendengar Syed Faris ketawa puas. Bertambah-tambah rasa panas pada wajahnya.

Jangan tanya kenapa kalau dia pakai pelitup muka lepas ni bila dengan Syed Faris.

Jawapan dia satu je..

Malu!

***

"Hoi!" Rasa terkejut disergah secara tiba-tiba belum habis ditambah dengan terkejut ditarik ke dalam dakapan seorang lelaki.

Lelaki wak lelaki! Suami kat sebelah ni!

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now