Bab 41

11.2K 479 8
                                    

"Aku tak suka kau jumpa lelaki lain belakang aku."

Wah terus serang eh. Tak sempat Umaira nak membalas, bakal suami bertuahnya itu membuka pintu dan mengarahkan Umaira keluar dari kereta dengan hanya jelingan matanya yang tajam. Bagai manusia dicucuk pipi, Umaira keluar. Pun bolehhh...

"Aku tak suka kau jumpa lelaki lain belakang aku." Ulang Syed Faris lagi.

"Awak buat apa kat sini? Awak spy saya ke?" Soal Umaira pula. Matanya diliarkan ke sekeliling kut kut terpandang mata-mata Syed Faris.

Umaira mencebik tak puas hati apabila Syed Faris memeluk tubuh dan memandangnya bagai mahu diterkam kerana telah mengubah topik. Suka betul la nak cari gaduh. Tahu tak malas. M A L A S.

"Itu customer je." Kata Umaira perlahan dengan kepala menunduk. Siapa je berani pandang mata setajam pedang tu. Sesak nafas.

"Bercakap dengan jalan tar ke?"

Umaira mengeluh di dalam hati. Aku hempuk kang. Dia menggeleng. Syed Faris menarik nafas seraya menenangkan diri. Bahang panas di dada cuba dia tahan. Senyuman sinis dan mencabar Tengku Danial tadi buat dia bertambah 'panas'.

"Look at me when you talk to me."

Umaira menghentakkan kakinya. Geram tahu geram. Tak suka lah orang control-control hidup kita ni. Ikut suka lah nak buat apa pun.

"Ish! Saya jumpa Tengku Danial. Dia pelanggan tetap kat kedai saya. Saya datang sini sebab nak delivery bunga bukan nak menggatal. Ada soalan lagi?"

Satu demi satu maklumat dia sebutkan. Tak puas hati lagi? Mehh sini..

"You're rude."

Ya Allah! Kau berilah kesabaran kepadaku..

"Saya dah cakap kan apa yang awak nak dengar. Tak puas hati apa lagi ni.."

"Eloklah tu hentak-hentak kaki. Ingat cantik ke?" Soal Syed Faris tegas.

"Awak ni.."

Mati kata-kata Umaira. Dia cuba beristghfar di dalam hati. Berat dugaan melayan Syed Faris. Kalau tahu macam ni lah jadinya. Tak kahwin pun takpa. Aduh..

"Awak apa? Apa? Aku tak suka kau jumpa lelaki malam-malam macam ni. Sendiri pulak tu. Bahaya tahu. Dah pernah jadi pun sebelum ni. Tak serik ke. Ni, parking dekat tempat gelap ni kenapa? Dah berani sangat?"

Terdiam Umaira. Dia memberanikan diri memandang mata Syed Faris yang memandang matanya dari tadi.

"Awak risau?" Tanya Umaira polos.

Syed Faris memutar matanya ke atas. Lidah menolak isi pipi. Dah tahu tanya lagi buat apa? Jentik karang..

"Bodoh ke?" Soalnya mendatar.

"Apa awak ni?! Ish suka betul cari gaduh kan. Saya tanya je kan. Sebab saya bodohlah saya tanya."

Haaa..kau. Dia rasa dia nak datang bulan. Mood dia mudah swing ditambah dengan mood rollercoaster Syed Faris memang boleh buat modal mengamuk.

"Mana 'gaduh'? Tak nampak pun."

Alah..jangan sampai aku bodohkan kau wahai bakal suami ku..

Umaira menarik nafas lalu dihembus. Cuba bertenang sebaik mungkin. Setelah itu, sebuah senyuman yang amat manis dihadiahkan kepada Syed Faris. Terkaku lelaki itu. Tergoda mungkin..

"Sayang..." Seru Umaira lembut. Kakinya diatur melangkah mendekatkan jarak diantara dia dan Syed Faris. Tak jauh tak dekat tapi cukup untuk dia menghidu bau wangi maskulin dari tubuh kekar itu.

"Sayang..sekarang ni dah lewat malam. Ayang mengantuk pastu ayang nak kena drive. Kesian ayang..kan sayang?"

Bahu Syed Faris yang konon berhabuk disapu lembut. Tangannya naik menyentuh membetulkan tali leher. Malam-malam pun pakai sut bagai. Bagai mahu putus nyawa apabila dia terpandang mata lelaki itu. Seram tapi dia cuba menyembunyikan kegentaran itu. Berdiri sedekat ini dengan Syed Faris bukan sesuatu yang patut dibanggakan namun ianya amat merisaukan.

Jelas di matanya halkum lelaki itu bergerak-gerak seperti menahan rasa. Yang dia tahu, dia dah kurang selamat. Kena cari payung sebelum hujan..

"So, sayang..kita gaduh lain kali je lah ye? Ayang nak balik ni..hmm?" Lembut Umaira berkata-kata.

"Bye sayang..." Meleret-leret suara Umaira. Kakinya diudur ke belakang sebelum dia berpusing dan masuk ke dalam kereta. Syed Faris masih terkaku, diam disitu sambil memandang Umaira.

Sempat Umaira melambai dan keretanya bergerak pergi sehingga hilang dari pandangan mata Syed Faris.

Kedua-dua tangan yang memeluk tubuh tadi jatuh kesisi. Rambutnya diraup kasar.

"If like this, I can't win sweetheart." Dengan suara berat dia berkata.

Berani gadis itu menggunakan cara kotor itu. Nasiblah dia lelaki yang hidup tidak berlandaskan nafsu semata. Kalau tak, habis budak kecik tu.

Dia mengeluh sebelum tersenyum manis sehingga ternampak lesung pipitnya yang dalam.

"Sayang..look nice ayang.."

***

Ting!
Ting!

Umaira memberhentikan kereta kerana  lampu merah. Telefon di kerusi penumpang diambil. Unknown number?

Message itu dibuka juga. Mana tahu penting.

Unknown number

Don't use the saya-awak with me anymore. Call me sayang forever. Okay ayang?

Kalau tak kena denda. Take note ya ayang and take care ayang. Apa-apa call.

Umaira mengemam bibir menahan senyuman. Dah tahu dah siapa ni. Keliru dia dibuatnya. Apa motif Syed Faris nak kahwin dengan dia.

Sebab cinta?

Atau

Sebab lain?

Kadang-kadang layanan Syed Faris lembut dan meresahkan jiwa Umaira. Kadang-kadang layanan lelaki itu kasar sehingga Umaira berkecil hati. Tak faham. Sungguh dia tak faham.

Dia mengeluh. Tangan menaip sesuatu dan meletakkan kembali telefonnya apabila lamou isyarat sudah bertukar hijau.

Nanti lah tanya.. accident kang, naya pak labu.

Noted sayang. Goodnight.

Be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Be continued...

Pendek je. Writer block anak-anak. Idea berlari-lari taknak pulang-pulang. Semoga tak turn off. Thank you...goodnight everybody!

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now