Bab 46

11.7K 479 24
                                    

Umaira memandang langkah Azlan yg meninggalkan majlis. Kata-kata Azlan menari-nari di kepalanya. Kata-kata yang tak mampu dia sangkal namun tak cukup untuk meyakinkan dirinya.

"Aku taktahu kenapa..tapi aku nampak kau tak bahagia dengan semua ni." Mata melihat sekeliling. Ramai tetamu yang dijemput untu meraikan perkahwinan Umaira dan Syed Faris.

Umaira mengeluh perlahan mendengar kata-kata yang diucapkan Azlan. Dia kesal. Dia tak mampu menutup perasaannya dihadapan lelaki itu. Dia selalu gagal dan tak pernah berjaya.

"Mana adalah. Pandai-pandai je." Kata Umaira perlahan sambil menunduk. Tangannya mengutil lace di gaun pengantinnya.

Azlan tersenyum hambar melihat Umaira yang pasif. Nampak sangat menipu.

"Aku taktau apa masalah korang tapi aku nak bagitahu pendapat aku sebagai seorang lelaki. Lelaki kalau dia ajak kau kahwin dan usaha untuk kahwin dengan kau, dia tak main-main. Perkahwinan bukan mainan. Kalau dia tak sayang, dia tak akan kisah kalau kau cuba tarik perhatian dia macam mana sekalipun.

Sekarang kau dah jadi isteri orang, semua keputusan yang kau buat mesti merujuk dengan suami kau dulu. Kalau tak puas hati mana-mana, cakap. Jangan diam atau lari. Itu semua takkan selesaikan masalah kau. Lagi jauh kau lari, lagi susah masalah nak selesai."

Kepala adik susuannya diusap perlahan sebelum tangan turun memeluk bahu gadis itu.

"Aku tahu kau kuat. Apa-apa pun aku ada."

Keluhan kasar dilepaskan. Dia pun harap yang dia akan terus kuat. Hatinya masih belum ikhlas. Harapnya, suaminya akan membuktikan bahawa keputusan untuk berkahwin dengann lelaki itu bukan pilihan yang salah.

"Umaira!"

Umaira tersenyum janggal kepada tetamu yang memandang mereka. Jeritan Mira yang sangatlah tak malu itu memalukan dia.

Maaf, itu bukan kawan saya. Jangan rakam, tolong jangan rakam.

"Kau ni..tak tahu malu betul." Lengan Mira ditampar. Redha jelah dapat kawan perangai macam ni.

Mira mencebik. Isteri orang ke tak isteri orang ke sama je. Bukan nak backup kita.

"Hello, ada lagi yang tak tahu malu okay. Tu sana tu, dari tadi ikut orang je kerja dia. Tak tahu malu betul. Orang tak suka tu tak suka la.." adu Mira. Mulut dijuihkan ke arah Luqman dan Syed Faris yang mendekati mereka berdua.

Umaira memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Mira. Dia tersenyum. Tau dah.

Dia perasan sejak dua menjak ni Luqman memang suka menempel dengan Mira. Entah apa salah yang lelaki itu dah buat sampai setiap kali jumpa Umaira mesti lelaki itu meminta maaf.

Yang pelik minta maaf kat dia, bukan dekat Mira. Entah apa-apa.

"Maira kau kena tolong aku. Macam mana aku nak skodeng-skodeng another Syed kat sini kalau dia asyik ikut je." Mira merengek. Lengan Umaira digoncang-goncangnya. Habis bergegar kepala otak.

Tak boleh nak dekat dengan lelaki lain. Mesti si Luqman tak tahu malu tu datang. Haih. Rimas.

"Tak payah skodeng another Syed. Skodeng saya yang berkawan dengan Syed ni." Sampuk suara garau milik Luqman.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now