Bab 54

10.6K 490 23
                                    

Mata yang terasa payah nak buka, dibuka perlahan. Selesa sangat tidur. Berkelip-kelip matanya menganalisa benda yang ada di depan matanya.

Kenapa gelap? Dah buta ke?

Mata ditonyoh berkali-kali cuba menjelaskan lagi pandangan mata yang tak nampak apa-apa.

Tiba-tiba terasa tangannya dipegang seseorang menghalang dia dari terus mengusik mata sendiri.

"Kenapa kau tonyoh mata kau sweetheart?"

Eh suara suami kita lahhh!!

Terus berdebar-debar hati Umaira. Pagi-pagi dah buat kerja. Umaira mengangkat wajahnya. Barulah nampak syurga, muka suami.

Dada Syed Faris rupanya. Nasiblah dia tak pegang tadi, kalau tak buat malu saja. Umaira bangun dari pembaringan tapi tak lama apabila Syed Faris menarik atau lebih jelas lagi merentap tangannya sehingga dia terbaring semula.

"Nak pergi mana?"

Lemas Umaira dibuatnya apabila Syed Faris peluk badan dia sampai tak boleh bergerak. Sikit pun tak boleh.

Kaki pun dah kena tindih dengan kaki raksasa lelaki itu. Redha je lah.

"Nak bangunlah, dah pagi kan."

"Baru pukul 5 lah, sweetheart.

Umaira cuba untuk menegeluarkan tangan yang turut dipeluk lelaki itu. Ini macam dah kena bedung ni. Nak buat apa pun tak boleh.

"Abang........" Panggil Umaira meleret.

"Hmm." Gumam Syed Faris dengan mata tertutup.

"Saya nak tengok jam lah. Tepi sikit boleh tak?"

Terbuka terus mata Syed Faris.

"Pukul 5 sweetheart...dah cakap kan tadi." Kata Syed Faris.

"Ya tahu...tapi saya nak tengok jam. Nak confirm betul ke tak."

Berubah wajah lelaki itu.

"Aku bagitahu pukul berapa pun kau tak boleh nak percaya aku." Syed Faris mengeluh kecil.

Pelukan di badan Umaira dilepaskan. Dia bangun dari katil sebelum mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Tergamam Umaira di atas katil. Apa ni? Mulut sendiri ditekup tak percaya. Benda kecil macam tu pun suaminya terasa?

What!?

***

Umaira menggigit jari melihat pintu bilik gym. Sudah lama suaminya di dalam. Sudahla lelaki itu taknak bercakap dengannya.

Manalah dia tahu yang suaminya akan terasa bila dia cakap macam tu. Sebelum ni tak pernah pun.

Umaira melabuhkan duduk di tepi pintu berwarna hitam itu. Dia mahu bermuhasabah diri terlebih dahulu sebelum memecah masuk ke dalam gym.

Dia memeluk tubuh sambil bersandar di dinding.

"Fikir Umaira, fikir. Kenapa? Menagapa? Bagaimana? Dimana?"

5 minit Umaira bertapa disitu. Dengan yakinnya dia berdiri. Give up.

Dia tak jumpa punca masalah merajuknya seorang Syed Faris. Jadi, dia mengambil keputusan untuk masuk je.

Apa pun jadi, redha je.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu Umaira memulas tombol pintu berwarna hitam itu.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now