Bab 51

10.1K 451 36
                                    

Sudah berkali-kali dia cuba mendail nombor Umaira. Namun, sekalipun tak diangkat. Kepalanya dipicit.

Kemana isterinya pergi? Semua tempat di dalam mall dia pergi tetapi bayang Umaira tetap tidak kelihatan.

Kenapa Umaira pergi tanpa memberitahu apa-apa? Dia mengetap kasar rahangnya. Dia risau. Kalau apa-apa terjadi pada Umaira memang dia tak akan memaafkan diri sendiri.

Laju dia memandang telefon pintar bila ia berdering. Nama yang terpapar di telefon bukan nama yang di harapkan. Mira. Syed Faris mengeluh, panggilan diangkat juga.

Dia yang meminta bantuan Mira dan Luqman untuk sama-sama mencari Umaira.

Belum sempat Syed Faris mahu membuka bicara, Mira memintas tanpa break.

"Dia ada kat rumah dia. Aku taktau apa kau dah buat, tapi dia menangis. Settle baik-baik. Ingat eh! Apa-apa jadi kat dia kau hadap aku! Blah dulu."

Sekelip mata panggilan itu dimatikan oleh Mira. Terkebil-kebil Syed Faris. Memang dua sahabat ini suka meninggalkan orang dalam keadaan terkial-kial ke macam mana?

Tanpa membuang masa, dia menerpa ke arah keretanya. Satu fakta yang Mira sebutkan buat dia tak senang duduk. 'Umaira menangis'. Kenapa?

Laju dia memecut. Semua kereta yang menghalang laluannya dipintas tanpa salam. Dia nak cepat sampai.

***

Pintu bilik air ditutup. Mukanya yang sembap dibiar. Nak cover dari siapa. Bukan ada sesiapa. Ada suami pun, sayang perempuan lain.

Sadis hidup kau Umaira..

Tuala dilempar begitu sahaja ke atas lantai. Lantaklah, dia tak ada mood nak kemas-kemas. Nantilah.

"Tuala kau rehatlah kat situ. Aku nak rehat atas katil. Sabar dululah. Kejap lagi aku angkat kau." Bebel Umaira kepada tuala yang jelas-jelas tak bersalah.

Bercakap dengan tuala pun boleh.

Ding Dong! Ding Dong!

Berkerut dahi Umaira. Manusia mana pulak ni yang mengganggu ketenangan seorang Umaira ni.

Dia mendengus kasar. Punggung yang baru sahaja dilabuhkan ke atas katil terpaksa diangkat kembali.

Kalau Mira yang datang memanglah. Dah cakap kan taknak cakap apa-apa. Dia nak space.

Ding Dong! Ding Dong!

"Eii kejaplah! Nak bukalah ni! Sabar sabar." Jerit Umaira geram.

Rosak loceng rumah macam mana? Tak menyabar betul.

"Ya, ya..bukaklah ni."

Tergamam Umaira melihat wajah risau Syed Faris yang terpampang di hadapan pintu rumah. Macam mana lelaki itu boleh ada kat sini?

Tak sempat Umaira nak cakap apa-apa, Syed Faris menarik badannya ke dalam pelukan lelaki itu.

"Kenapa kau tak bagitahu aku dulu sebelum kau datang sini? Aku risau tau." Puncak kepala Umaira dicium berkali-kali.

Hanya Allah yang tahu betapa risaunya dia. Lega hatinya melihat Umaira di depan mata.

Umaira menjulingkan matanya ke atas. Fake! Penipu! Entah-entah seronok bini dia hilang.

Unrequited Love✓Onde histórias criam vida. Descubra agora