𝓑𝓪𝓫 78

9K 378 18
                                    

"Tak payahlah kau nak menyorok belakang adik ipar aku tu, kau bukannya kecil sangat pun."Azlan menjeling Umaira yang mengecilkan diri dibelakang Syed Faris. Malu.

Automatik semua mata yang duduk di meja tersebut memandang manusia perasan kecil di belakang Syed Faris. Semuanya tersengih mengusik. Antaranya ialah Mira, Luqman, Amirul, Amir dan Liya. Umaira berdecit geram. Macam mana boleh nampak? Rasanya dia dah cukup kecil kat sini.

Nak tak nak, Umaira keluar juga dari tempat dia bersembunyi. Bila sedang menahan malu, semua benda yang dibuat nampak bodoh-bodoh belaka. Syed Faris ketawa sambil menarik lengan Umaira supaya isterinya berdiri di sebelah.

"Mana ada menyorok, dah memang aku berjalan kat belakang takkanlah kau expect aku ada kat depan pulak." Giliran Umaira pula menjeling Azlan.

"Alasan je kau tu. Dah habis dah drama kau?"

Eh! Ini boleh buat orang naik darah ni! Umaira bercekak pinggang, geram.

"Siapa yang buat drama? Siapa? Siapa yang plan nak buat drama aksi siap culik-culik bagai? Aku mangsa okay!?" ujar Umaira tak berpuas hati. Dia pula yang dituduh.

Dalam banyak-banyak yang prank yang diorang buat, prank yang culik dan mengurung dirinya di dalam bilik gelap itu yang paling dia tak puas hati. Perlu ke? Ya Allah. Membazir saja hormon adrenalina yang mengalir di tubuhnya.

"Ouh, itu bukan rancangan aku. Plan diorang."Azlan mengangkat kedua-dua tangannya tanda tak bersalah. Bukan dia, beruk lain rasanya.

"Eh pandai buat, nak lari pula eh?! Kalau kau nak tahu Maira, ini lah orang yang tekup mulut kau sampai kiok tadi."

Suara Mira yang tiba-tiba mencelah buatkan semua ketawa. Elok ja dia menunduk makan tak ingat dunia tiba-tiba serang orang. Luqman di sebelah tersengih sambil memegang rambut panjang Mira supaya tak mengganggu isterinya makan.

Umaira yang nak marah pun tak jadi marah. Menghiburkan hati.

"Tapi kalau kau nak tahu Mira ni lah yang tuang chloroform banyak-banyak atas kain tu." Kata Azlan masih dengan sisa-sisa ketawa.

Mira sengih tak bersalah sebelum tunduk sambung makan. Ini lagi penting. Nanti baby meragam kalau lapar.

Umaira memicit kepala bersama ketawa kecil. Nasiblah prank je semua ni. Haih.

"Tapi kalau sweetheart nak tahu, abang lah yang tukar baju sayang." Bisik Syed Faris tiba-tiba di telinga Umaira. Nakal.

Spontan tangan Umaira naik bersilang menutup dada. Wajahnya memerah. Wajah Syed Faris hanya berani dijeling dengan hujung mata sahaja. Itu lagi satu part yang dia tak puas hati jugak.

Nasiblah dia tak sedar. Kalaulah dia sedar...Oh My Allah..

"Sibuk je abang." Bisik Umaira malas layan. Dia melangkah mahu mengganggu ketenangan Mira tapi tangan Syed Faris menahan.

"Tak payah kacau dia. Macamlah abang taktau. Jom kita pergi jumpa bakal madu baru." Umaira mencebik. Orang nak lari dari dia tu bukannya nak kacau sangat pun.

Tapi eh?

"Madu baru?"berkerut dahinya.

Syed Faris hanya tersenyum senget tanpa memberi penjelasan. Dia memang suka buat Umaira overthinking lepastu tak bagi Umaira fikir. Mintak kaki betul.

Pinggang Umaira diraih merapat sebelum berjalan ke arah meja yang diduduki oleh Tengku Danial dan Laila. Dari jauh dah nampak dah dua orang tu tengah bertekak.

"Awak jangan nak gatal boleh tak? Ada kaki ada tangan kan, makanlah sendiri nak suap-suap pulak. Siku karang.." Laila menjauhkan kerusinya dari kerusi yang diduduki Tengku Danial.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now