𝓑𝓪𝓫 61

9.9K 445 30
                                    

"Betul ni tak nak ikut abang pergi pejabat atau nak abang stay sini?" Soal Syed Faris lagi kepada Umaira. Umaira hanya tersenyum seraya menggeleng. Sejak tadi lagi lelaki itu asyik mengulang soalan yang sama.

Bukannya dia sakit pun sampai nak berkepit 24 jam.

"Ala, kenapa tak nak ikut...abang rasa abang tak boleh nak buat kerja la kejap lagi."

Umaira menggeleng. Pipi Syed Faris ditolak menjauh. Lelaki itu asyik nak cium pipinya sahaja. Tak tahukah lelaki itu dekat mana mereka berdiri sekarang?

Umaira menghantar Syed Faris keluar dari kedai dan sekarang mereka berdiri di hadapan kereta Syed Faris yang diletakkan betul-betul di hadapan kedai bunganya.

Sudahlah dia nampak empat ekor beruk tengah mengintai dari dalam kedai. Tak dikira lagi dengan orang yang lalu-lalang. Dasar suami tak tahu malu.

"Abang...abang tengah sibuk ni. Pergilah buat kerja saya okaylah.."

Syed Faris menggosok telinganya. Berkerut kening Umaira. Dah kenapa? Tangannya memegang tangan Syed Faris menghalang lelaki itu dari terus menggosok telingangya.

"Abang kenapa?" Tanya Umaira risau. Dengan muka yang seperti menahan sakit menambahkan lagi risau Umaira.

"Abang sakit telinga." Syed Faris mendesis menahan sakit. Tangan Umaira yang memegang tangannya digenggam. Kalut Umaira dibuatnya.

"Kenapa boleh tiba-tiba sakit telinga ni? Kejap, saya panggil Amir" laju Umaira mahu menoleh untuk memanggil Amir tapi lengannya direntap kuat sehingga Umaira berpusing ke arah Syed Faris semula.

"Abang sakit telinga sebab duk dengar 'saya' dari mulut sweetheart tu.." bisik Syed Faris pada Umaira yang melekap di dadanya.

Pantas tangan Umaira menolak dada Syed Faris menjauh. Masam mencuka mukanya. Suka main-main. Orang tengah risaulah.

"Abang ni..saya risau tau. Main-main pulak dia." Lengan suaminya dicubit kuat tapi Syed Faris tetap Syed Faris.

Kalau Umaira yang mencubit memang tersengih sahaja. Tak sakit pun. Sekali lagi dia menggosok telinganya.

"Sweetheart janganlah bersaya saya. Sakit telinga tahu takk?" Kata Syed Faris merengek sengaja.

Jelingan tajam Umaira hadiahkan kepada manusia miang itu. Malas nak melayan.

"Habis nak bahasakan apa?" Ujar Umaira mengalah sambil memeluk tubuh. Sudahlah lelaki itu sibuk, boleh lagi dia main-main.

Syed Faris tersenyum sinis. Lengan Umaira ditarik merapat ke dadanya. Umaira berdiri terlalu jauh. Itu tak boleh dibiarkan.

Umaira berdecit geram. Rasa di dada bagai mahu meletup. Sejak tadi dia menahan debar di dada. Lelaki iti seperti sedang menguji ketahanan hatinya. Aduh lemahlah macam ni..

"Abang orang pandanglah...." Bisik Umaira keras. Dia menjeling sekilas beruk-beruk di dalam kedai bunga yang tersengih macam kering busuk.

"Ouh orang pandang eh?" Mata Syed Farris dibuat-buat pandang ke sekeliling. Dia tahu ja sebenarnya. Sengaja.

"Kalau macam tu, jom kita pergi tempat yang orang tak pandang." Selamba sahaja dia melambaikan tangan kepada beruk-beruk di dalam kedai bunga sebelum menolak Umaira masuk ke dalam kereta di kerusi penumpang. Tercengang Umaira.

Umaira yang mahu membuka pintu kereta semula memandang Syed Faris tak percaya apabila lelaki itu mengunci pintu kereta tak membenarkan Umaira keluar.

"Abang!" Tingkap kereta ditepuk. Syed Faris hanya tersenyum sinis sebelum mengangkat tangan supaya Umaira menunggu. Dia ada urusan yang nak diselesaikan.

Berkerut dahinya apabila Syed Faris kembali masuk ke dalam kedai. Apa benda yang Syed Faris nak buat ni. Nak culik dia lagi ke?

Beberapa minit kemudian, Syed Faris keluar semula bersama sling bag Umaira. Semua barang yang Umaira bawa dia ambil. Macam biasa, Amir juga dirasuah olehnya.

"Abang, apa abang buat ni.." serang Umaira sebaik sahaja Syed Faris masuk ke dalam kereta. Syed Faris hanya senyum tak bersalah.

"Abang just ambik apa hak milik abang ja." Katanya selamba.

Milik Syed Faris? Mana nya? Sling bag ni dia beli sendiri tau.

"Mana ada hak milik abang kat sini." Kata Umaira sambil memandang Syed Faris yang hanya selamba.

Tersandar Umaira pada kerusi apabila tiba-tiba sahaja Syed Faris mendekatkan wajah tampannya dengan Umaira. Hidung mereka hampir berlaga. Hanya berpisah 2cm sahaja.

Umaira tak mampu bernafas. Matanya membulat menentang mata seksi Syed Faris. Terjungkit senyum sinis di bibir seksi itu melihat reaksi Umaira.

"Ada. You are mine. Umaira Syafini hak milik Syed Faris. Tak ada siapa yang boleh ambil apa yang dah jadi hak milik Syed Faris and you can't leave me without my permission." Bisik Syed Faris penuh romantis.

Sisi wajah Umaira dielus lembut sebelum satu ciuman ringkas jatuh pada bibir Umaira. Semakin membulat mata Umaira, terkejut. Pipi yang tadinya putih pucat menjadi merah.

"Breath sayang." Bisiknya lagi.

Syed Faris tersenyum puas. Dia menjauhkan wajahnya sedikit. Memberi ruang untuk Umaira bernafas. Tercungap-cungap Umaira mencari nafas. Boleh mampus lama-lama macam ni.

Syed Faris memang tak boleh dibaca. Semua perbuatannya mengejutkan Umaira. Sekali lagi , pipi merah Umaira pula yang dicium sebelum tangannya memasang tali pinggang keledar di tubuh Umaira.

"You should choose either want to call yourself as sayang or sweetheart. Don't saya saya me or else you will be punish. Alright my sweetheart, my sayang and my darling?" Kata Syed Faris sebaik sahaja dia kembali menjauhkan diri daripada Umaira.

Senyuman sinis tak lekang dari bibirnya sebelum dia memulakan pemanduan. Umaira terkedu di tempat duduknya.

Oh my Allah!

Jantungnya rasa nak terlucut dengan semua perbuatan dan kata-kata Syed Faris. Lelaki itu tidak pernah membiarkan hatinya berehat walau sesaat.

'Ada. You are mine. Umaira Syafini hak milik Syed Faris. Tak ada siapa yang boleh ambil apa yang dah jadi hak milik Syed Faris and you can't leave me without my permission.'

Aaaa dia cair!!! Umaira mengemam bibir menahan senyum. Tubuh dipusingkan menghadap tingkap sebelum tersengih seperti kerang busuk.

Bawalah nak pergi mana pun. Dia rela ikut. Janji ada Syed Faris. Alamak! Tergedik.

.

.

.

Be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Be continued...

Harini pendek sikit ya..dan saya tak akan reveal  wajah-wajah watak utama. Jadi, gunakan kemahiran berangan anda-anda semua untuk membayangkannya.😂

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now