𝓑𝓪𝓫 75

8.5K 384 39
                                    

Umaira bangun dari pembaringannya dan bersandar pada kepala katil. Katil? Sejak bila ada katil dalam pejabat aku?

Selimut yang tertutup sehingga paras pinggangnya dia singkap. Ini bukan bilik dia. Kenapa dia ada kat sini?

Bunyi pintu ditutup membuatkan Umaira mengangkat wajah memandang gerangan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Abang.." Syed Faris tersenyum.

"Sweetheart dah sedar. Risau abang. Tidur macam orang pengsan." Syed Faris menundukkan badannya dan mencium dahi Umaira sekilas.

Segar biji mata Umaira dibuatnya dengan serangan yang terlalu tiba-tiba itu. Cemberut wajahnya. Dia meraup wajahnya yang masih terdapat sisa-sisa mengantuk. Syed Faris melabuhkan duduk di birai katil bersebelahan dengan Umaira.

"Kita kat mana ni? Ini bilik siapa?" Umaira memandang di setiap penjuru bilik. Dari apa yang dia nampak bilik ini macam bilik perempuan dengan banyak warna merah jambu dan putih dan juga berbunga-bungaan. Siapa punya ni?

"Kita kat rumah kawan abang. Abang ada hal sikit dengan dia sebab tu lah sayang kat sini sekarang."

"Kawan? Y-yang mana satu?" Umaira menahan debar di dalam hati. Tolonglah jangan cakap perempuan tu.

"Laila." Jawab Syed Faris tenang. Terkelip-kelip mata Umaira cuba menghadam. Laila?

"Si-"

Bunyi pintu diketuk mematikan niat Umaira yang mahu bertanya lebih lanjut. Pintu terkuak dari luar sebaik sahaja Syed Faris bersuara membenarkan orang di luar masuk. Masa bagaikan terhenti berdetik sebaik gerangan itu masuk ke dalam bilik.

Perempuan itu. Perempuan yang sama bersama dengan Syed Faris tempoh hari. Umaira menoleh memandang Syed Faris yang tersenyum manis sebaik sahaja melihat Laila. Senyuman tu..

Senyuman itu selalunya hanya untuk dirinya. Kenapa Syed Faris memberi senyuman yang sama kepada perempuan itu?

"Sweetheart, this is my Laila that I said just now." Umaira memandang Syed Faris tak percaya dengan apa yang dia dengar.

'My Laila'? Umaira menelan liur yang terasa kesat. Umaira tersenyum janggal apabila Laila tersenyum ke arahnya. Apa ni? Abang sedar tak apa abang cakap. I'm still here abang..

"Hi, saya Laila. Awak Umaira kan? Faris banyak cerita tentang awak."

Umaira tersenyum paksa. Di hatinya tiada siapa yang tahu. Kenapa dia sepertinya faham maksud di sebalik [andangan mereka berdua yang saling mengerling antara satu sama lain. Apa ni?

Tanpa kata lengan Syed Faris dia cengkam kuat. Melepaskan geram.

"Jom balik." kata Umaira. Dia dah tak tahan kat sini. Semakin dekat perempuan itu dengan dirinya semakin banyak yang dia fikir. Penat.

Berkerut dahi Syed Faris.

"Kenapa nak balik dah? Rehat dulu." kata Syed Faris cuba memujuk.

"No! Sayang nak balik." jerit Umaira tanpa sengaja. Turun naik kasar dadanya menahan rasa. Ini kali pertama dia meninggikan suara kepada Syed Faris selepas kali terakhir mereka bergaduh di awal perkahwinan dulu.

Dia menjeling wajah Laila sekilas, wajah itu nampak seperti tak membenarkan mereka pulang. Nak kena sepak ke? Ya Allah sabarkanlah hatiku. Rasa nak mengamuk semua ada.

Kalut Umaira turun dari katil. Apa pun yang jadi dia nak balik. Titik.

Syed Faris pantas berdiri dan merentap lengan Umaira yang mahu melangkah ke arah pintu.

"Kenapa emo tiba-tiba ni?" Umaira tergelak sinis.

"Sayang emo? Abang tak nak balik lah maknanya? Fine. Sayang boleh balik sendiri." Dia merentap lengannya kuat sehingga pegangan Syed Faris terlepas. Laila yang berdiri di hujung katil perlahan-lahan mengundurkan diri keluar dari ruangan itu. Nampak macam ada orang tengah bergaduh.

Unrequited Love✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن