𝓑𝓪𝓫 67

7.7K 375 19
                                    

Pintu wad yang menempatkan Umaira ditolak kasar. Terkejut Umaira yang sedang termenung panjang di atas katil.

Nampak sahaja wajah suaminya, terus jatuh air matanya. Perlahan-lahan Syed Faris berjalan mendekati Umaira. Matanya memandang badan Umaira dari atas hingga ke bawah dengan pandangan dingin.

"Abang.." Umaira cuba bangun dari baringnya dengan teresak-esak. Susah payah dia cuba tapi gagal. Dia lemah. Mesti Syed Faris marah kerana tak menjaga bayi mereka dengan baik.

Kedua-dua tangannya naik menekup muka. Hatinya sakit. Jiwanya rapuh. Pandangan dingin Syed Faris merapuhkan lagi semangatnya.

"Abang..anak kita..." Terketar-ketar bibirnya menahan esak.

"Anak kita dah tak ada.." sakit. Sakitnya mahu melafazkan kata-kata itu. Anak yang mereka tunggu sudah tak ada. Ini semua salahnya.

"I'm sorry. Marahla sayang. Sayang salah. Tolonglah marah sayang." Kata Umaira tersekat-sekat. Esakan berat memenuhi bilik wad itu. Dia rela dimarah. Dia patut dimarah.

"Kesian dia. Kita tak sempat nak pegang, tengok dia. Sayang tak sempat buat apa-apa untuk dia. Abang..I'm so sorry..."

Terasa dahinya dicium lama. Dapat dia rasakan ada air yang menitis di dahinya, Umaira membuka mata. Mata terkunci dalam mata berkaca Syed Faris.

"Bukan salah sayang..bukan salah isteri abang." Terhambur lagi tangisan Umaira. Tangan Umaira naik memeluk leher Syed Faris. Dia takut. Dia dah hilang anak, dia tak mahu hilang suami.

"Sayang tak perlu minta maaf. Bukan salah isteri abang. Bukan salah sayang." Kata Syed Faris berat. Tepi kepala Umaira dicium. Hatinya sakit hilang bayi mereka tapi sekurang-kurangnya dia masih ada Umaira.

Kalau ditakdirkan Umaira pergi bersama, dia tak tahu. Membayangkan sahaja sudah buat dia sakit yang teramat.

Bilik itu kini penuh dengan tangisan penuh kesakitan hilangnya seorang anak kepada pasangan yang saling berpelukan.

Mira mengemam bibir menahan tangis di depan pintu. Pintu ditutup semula. Dia terkejut. Dia dan Luqman yang baru pulang dari honeymoon tiba-tiba dikejutkan dengan khabar sahabatnya kehilangan anak yang dikandung. Terus mereka cepat-cepat ke hospital.

Dia menoleh dengan mata yang memerah. Luqman di belakang Mira menarik isterinya masuk ke dalam dakapan. Dia tahu isterinya sedih.

Buktinya, teresak-esak Mira menangis seperti dia yang kehilangan anak. Mira tak sanggup nak berjumpa dengan Umaira. Dengar sahaja tangisan sayu Umaira dan Syed Faris tadi sudah cukup buat dia lemah.

Kalau dia sebagai kawan baik sudah mempunyai banyak angan-angan yang ingin dilakukan dengan si kecil, apatah lagi Umaira dan Syed Faris.

Amir yang sedang duduk di kerusi menunggu menongkat lengan di lutut dan tangan menekup muka. Kalaulah dia halang Umaira tadi..

***


Bahu Syed Faris yang duduk disebelahnya ditepuk lembut. Syed Faris hanya diam tanpa sepatah kata. Pintu bilik wad Umaira dipandang kosong.

Dia meninggalkan Umaira bersama Mira. Walaupun isterinya sangat memerlukannya tapi dia sengaja memberi ruang kepada Mira.

Amir sudah pulang dahulu. Tak henti-henti lelaki itu memohon maaf kepadanya tapi bukan salah Amir.

"Aku tak tahu Luq..anak aku dah tak ada Luq. Umaira sedih sangat-sangat. Macam mana aku nak tolong dia Luq. Aku tak kuat." Syed Faris meraup rambutnya ke belakang.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now