𝓑𝓪𝓫 28

11.5K 479 12
                                    

"Liya..."

"Ya kak. Liya ada kat belakang." Jawab Liya yang sedang menahan sakit.

Laju sahaja Umaira mencari anak buahnya itu apabila melihat kaunter di hadapan kosong tanpa manusia yang menjaga. Risau jugak kalau ada pelanggan yang datang. Walaupun ada loceng tapi kadang-kadang tak dengar juga.

Sampai sahaja di dapur dia nampak Liya sedang menekan perut sambil melabuhkan kepala di atas meja.

"Liya sakit ke?" Tanyanya risau.

Wajah pucat Liya merisaukan Umaira.

"Senggugut kak." Jawab Liya lemah. Mahu saja dia berbaring di atas lantai akibat terlampau sakit.

"Ya Allah. Ya ke? Takpa. Liya pergi rehat dalam bilik rehat. Kejap lagi waktu lunch Liya balik. Pergi. Hari ni biar bos yang jaga kaunter."

"Thank you kak. Liya masuk dulu."

Bahu gadis itu ditepuk perlahan sebelum dia melangkah ke kaunter.

Dia menarik nafas dan menghembus nafasnya. Sudah lama dia tak jaga kaunter ni sejak terlalu kerap dapat sakit akibat Syed Faris.

Sebut sahaja mengenai lelaki itu. Sudah dua hari dia tak terserempak. Alhamdulillah. Sedih adalah sikit. Ingat senang ke nak move on. Cakap senangla.

Pasu bunga di hujung meja dipusing sedikit kerana nampak senget sedikit. Hari ini pelanggan kurang dari biasa cuma tempahan banyak. Semuanya sedang diuruskan oleh Amir dan Amirul. Untung ada mat bunga berdua tu.

Akibat terlalu bosan Umaira menarik sehelai kertas kosong dan pen. Ada sahaja yang dia lukis. Sekejap lukis bunga, tulis nama sendiri dan macam-macam hasil kreatif yang terhasil. Lama kelamaan Umaira tertidur sehingga pen yang dipegang terjatuh ke atas lantai.

Tersentak bahunya. Bunyi pen berlanggar dengan lantai sangat kuat mungkin kerana kedai bunganya hari ini tersangat sunyi.

Dengan malas Umaira bangun dan duduk mencangkung di bawah meja.

"Aduh! Kenapa jauh sangat kau pergi."

Tangan terkial-kial mencapai pen yang jauh dari tempat dia mencangkung. Dia terpaksa masuk ke bawah meja hanya untuk mencapai sebatang pen. Tanpa dia sedari ada seorang lelaki dan perempuan yang memasuki kedainya.

Dapat sahaja pen dia tersengih.

Dapat pun..

Laju dia bangun berdiri semula sambil tersenyum.

"Arghh!" Jerit Umaira.

Membuntang matanya melihat Syed Faris dan tunang kesayangannya berada di depan mata Umaira.

Allahu..

Baru je tadi cakap dah muncul.

Syed Faris tak beriak. Tak sangka dia akan berjumpa dengan gadis itu tapi apa Umaira buat kat sini?

Umaira ketawa janggal. Tercabut jantung yall. Senyuman manis dihadiahkan kepada Alisa yang tersenyum di sebelah wajah ketat Syed Faris.

"Maaf. Selamat datang encik, cik. Boleh saya bantu?" Tanya Umaira formal. Dia tak kenal sangat dengan bakal menantu Sharifah Safia dan Syed Fakhrul ni, tapi dari apa yang Sharifah Safia cakap, Alisa Humaira ni baik dan manis orangnya. Sangat tak sesuai dengan Syed Faris yang beku. Ish ish ish.

Dalam diam Umaira memuji kecantikan semula jadi Alisa. Walaupun hanya memakai dress berbunga kecil berwarna pastel dan berselendang putih terserlah kecantikan gadis itu. Solekan nipis yang dikenakan langsung tak mencacatkan kecantikannya. Kalau nak dibandingkan dengan dia. Haih.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now