𝓤𝓛 - 𝓢𝓹𝓮𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 𝓔𝓷𝓭

13.4K 498 83
                                    

Umaira menipu bila dia cakap dia tak nak fikir langsung apa yang Mira cakapkan. Dia menipu bila dia cakap dia tak nak letak harapan lebih-lebih. Dia menipu. Dua hari selepas kedatangan Mira pun dia masih berfikir soal itu.

Kenapa dia dah lama tak datang bulan? Betul ke tekaan Mira? Berpusing soalan yang sama di dalam kepalanya.

Dia hanya diam bila Syed Faris menyoal kenapa dengan dia. Dia tak boleh nak jawab. Dia taknak Syed Faris risau. Lelaki itu tahu isterinya tak akan tenang kalau mula memikirkan soal anak.

Sekarang, dengan keadaan menangis teresak-esak Umaira memandu ke S.F Holdings mahu bertemu dengan Syed Faris . Dia mahukan lelaki itu. Dengan mata yang dipenuhi dan dikaburi oleh air mata dia kuatkan diri untuk memandu.

Tiada cara lain, yang dia mahukan hanya Syed Faris. Hanya lelaki itu yang boleh menangkan dia sekarang. Sebelum itu, dia perlu pergi ke satu tempat.





"Tuan Syed, Puan Umaira dalam perjalanan ke sini. Mungkin sekarang di dalam lif." kata Kyle risau sebaik sahaja dia meminta kebenaran untuk masuk ke dalam bilik CEO muda itu. Syed Faris mendengar sambil matanya sibuk membaca emel yang Kyle forward kan padanya pagi tadi.

"Oh ya ke? Baguslah. Kenapa cuak sangat suara tu. Aku bukannya simpan perempuan lain pun Kyle, kau buat aku macam aku buat salah pulak." Dia tergelak kecil tanpa memandang Kyle yang dah gelabah biawak.

"Memanglah Tuan Syed tapi Puan Umaira macam pelik."

Berkerut kening Syed Faris. Pelik?

"Apa yang peliknya?"

"Akak receptionist cakap dia menangis. Datang sini dengan hidung,mata dan muka merah. Cara dia macam nak serang Tuan Syed. Tuan Syed betul ke tak ada contact balik dengan ex girlfriend Tuan Syed yang sebelum-sebelum ni?" Soal Kyle lagi risau. Mana tak risau dia tak pernah nampak cik puan dia tu mengamuk.

Nampak dari gaya berjalan melalui CCTV tadi, Umaira nampak kalut semacam. Macam ada yang dikejar. Risau takut dia dan Syed Faris dipelangkung sama rata.

"Menangis?" Terus berdiri Syed Faris dari kerusi dengan wajah risau.

"Kau jangan main-main Kyle. Aku rasa aku tak ada berhubung dengan mana-mana perempuan. Eh ke ada? Kau rasa ada ke Kyle?" Syed Faris meraup kasar rambutnya. Sebelah tangan lagi mencekak pinggang.

Ada ke dia kacau bini orang, anak orang, atau janda? Tak ada rasanya.

"Manalah saya tahu Tuan Syed. Habislah Tuan Syed. Tuan Syed jangan kaitkan saya. Saya tak bersalah. Saya pergi dulu." Baru saja Kyle mahu membuka pintu, pintu sudah ditolak kuat dari luar.

Untung sahaja hidung yang tak seberapa nak mancung itu sempat dia selamatkan. Tergamam Syed Faris dan Kyle berdiri di tempat masing-masing.

Umaira tersebek kembali bila memandang suaminya. Sedih.

"Abang.." panggilnya meleret sambil berjalan perlahan ke arah Syed Faris.

"Ya sayang.." jawab Syed Faris lembut. Matanya digerakkan menghalau Kyle yang masih tercengang di hadapan pintu supaya keluar. Mengganggu saja.

Pantas Kyle keluar. Dia tak mahu terkena tempias hatta setitis pun. Pintu ditutup dengan cermat. Sempat dia melambai tangan kepada Syed Faris tapi kalau dah nama pun Syed Faris. Kalau ada isteri di depan mata, orang lain boleh diam. Anda tak akan dilayan. Sama sekali tidak.

"Come, kenapa ni hmm?" Tangan sasanya didepakan mahu Umaira masuk ke dalam pelukannya.

"Abang..." Umaira memeluk ketat tubuh Syed Faris.

"Ya sweetheart. Why? Are you okay?" Lembut suara garau itu. Cuba memujuk Umaira yang menangis.

Kepala Umaira yang dilapisi tudung Syed Faris cium lama.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now