Bab 37

11.4K 495 37
                                    

Umiara menggigit bibir. Dia cuba untuk senyum namun senyum pahit yang bisa dia pamerkan.

Umaira memejam mata rapat apabila Sharifah Safia mendekatinya. Semakin rapat matanya terpejam apabila wanita itu mengangkat tinggi tangannya.

Ibu! Abang! Tolong adik!

Umaira yang masih memejam mata mengerutkan kening. Kenapa tak ada apa-apa jadi? Perlahan-lahan di cuba membuka matanya sebelah. Termpampang di matanya Sharifah Safia duduk di sebelah gadis itu sambil tersenyum manis. Sharifah Safia mencapai kedua-dua tangan bakal menantunya itu dan digenggam erat.

Terkebil-kebil Umaira. Dia menoleh memandang muka Syed Faris dan Syed Fakhrul. Kedua-dua lelaki itu hanya tersenyum.  Dia menoleh memandang Sharifah Safia yang masih tak jemu memandang wajah cantik Umaira.

"Terima kasih sebab sudi jadi bakal menantu mama." Terus ditarik badan Umaira ke dalam dakapannya. Rambut ikal mayang Umaira diusap penuh kasih.

Gembira. Dia sangat gembira apabila anak lelakinya memberitahu yang Umaira mahu bersuamikan Syed Faris. Hakikatnya hanya Syed Faris dan Umaira yang tahu.

Umaira terkaku. Apa ini?

Pelukan dileraikan.

"Mama suka sangat Umaira jadi menantu mama. Terima kasih sebab sudi terima anak mama yang banyak kekurangan ni jadi suami kamu."

"Erk..ter-terima k-kasih sebab boleh terima Umaira jadi bakal menantu aunty." Terketar-ketar Umaira menjawab. Dia hilang punca. Dia ingat Sharifah Safia akan memarahi dia. Punah harapan nak menggagalkan perkahwinan ini.

Kepala Umaira diusap lembut oleh Syed Faris dibelakang. Kaku. Keras batang tubuh gadis itu.

Perlahan-lahan dia mengesot menjauhi Syed Faris dan merapati Sharifah Safia. Dia tak pernah salah. Aura bila berdekatan dengan Syed Faris sangat bahaya. Kenapa lelaki itu suka sangat menyentuh dirinya?

Entah-entah Syed Faris mahu mengahwininya kerana mahu menjadikan dia perempuan simpanan?

Pucat muka Umaira.

"Kenapa ni? Pucatnya muka."

Pipi Umaira dielus lembut oleh Sharifah Safia. Umaira tersenyum. Cuba memaniskan wajah seperti tiada apa-apa.

Dia menoleh memandang Syed Faris. Lelaki itu tak lepas memandangnya.

"Aunty, uncle. Umaira nak cakap dengan Syed Faris kejap. Bolehkan?" Pinta Umaira penuh sopan.

"Apa pulak tak boleh pergilah tapi Umaira, awak tu dah nak jadi menantu kami. Mama dengan papa lah. Bukan aunty uncle. Lepastu Faris tu dah nak jadi suami kamu, boleh dah cuba buang aku-kau tu." Kata Syed Fakhrul dengan senyuman manis.

Tercuit hatinya dengan keletah gadis itu.

Umaira menggaru kepalanya yang tak gatal. Salah sebut pulak. Bibir sendiri ditampar.

Syed Faris sembunyi senyum melihat kecomelan bakal isterinya. Rambut gadis itu diusap. Tak tahu kenapa, dia suka menyentuh gadis itu walaupun gadis itu melarangnya. Addicted maybe. Macam sekarang, Umaira sudah merapati Sharifah Safia akibat sentuhannya. Haih.

Habis segala sumpah seranah di dalam kepala Umaira untuk Syed Faris. Dia tersenyum seraya menunduk sedikit kepada bakal 'mertuanya' sebelum menjeling Syed Faris sekilas supaya lelaki itu mengikutnya.

Syed Faria hanya akur dan mengejar langkah Umaira yang sudah meninggalkannya. Dia selamba memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek.

Umaira berhenti di birai kolam renang. Terlintas detik-detik di mana Syed Faris dengan tanpa perasaannya menolak Umaira sehingga jatuh ke dalam kolam renang. Ish boleh buat suami ke? Entah-entah nanti lepas kahwin direjamnya aku dalam kolam renang ni. Omelnya di dalam hati.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now