𝓑𝓪𝓫 3

10.1K 472 9
                                    

UMAIRA mengesat peluh di dahi dengan hujung lengan bajunya. Panas bethol! Malaysia is so hot isn't? Nasib baik orang tak ramai sebaik sahaja dia sampai di bank tadi. Dia mahu masukkan duit keuntungan dalam account atas nama Umaira's Florist. Semuanya kena uruskan sendiri.

Resit di tangannya disimpan di dalam dompetnya sebaik mungkin kerana balik sahaja ke kedai nanti dia harus menulis sedikit laporan mengenai keluar masuk wang dalam kedai itu. Walaupun dulu dia bukanlah graduan account, tapi bolehla tahu sikit-sikit hasil bacaan sendiri. Yalah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Dompet disimpan kembali ke dalam handbag yang disilang di badannya.

"Tolong!!"

Laju Umaira menoleh mencari bunyi kekecohan tersebut. Dari jauh dia nampak seorang wanita yang dalam linkungan 50 tahun menjerit. Tubuhnya sudah terduduk di atas jalan tar. Umaira hampir terjatuh apabila seorang lelaki yang membawa sebuah beg tangan melanggar bahunya.

Damn! Makcik tu kena ragut!

Tanpa berfikir panjang Umaira mengejar peragut tersebut. Dia tak percaya kebanyakan orang lebih memilih untuk berdiam diri dan melihat sahaja apa yang terjadi. Selfish! Kalau jadi dekat diri sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah. Sempat Umaira membebel perlahan. Langkah kakinya dibuka lebih luas. Kakinya yang panjang memudahkan dirinya mencapai kolar baju peragut tersebut.

Satu sepakan dilepaskan ke arah perut peragut tersebut. Terlepas beg tangan yang diragut jatuh ke tanah. Pandangan tajam peragut itu dihiraukan, pantas tangannya menghentak kepala lelaki itu dengan beg tangannya.

"Argh!" Erangan peragut yang sudah telentang di bumi itu dihiraukan. Umaira menunduk mencapai beg tangan yang terjatuh dan dipegang kemas.

"Korang pandang apa?! Pegang lah dia. Call polis!!" Jerkah Umaira yang sudah berang bila ada beberapa orang lelaki yang hanya memandangnya sahaja.

Hasil jerkahannya barulah ada lelaki-lelaki yang mahu menolongnya memegang peragut itu yang meronta-ronta mahu melepaskan diri. Entah apa nak jadi sekarang ni. Tak gentleman langsung!

"Cik ni puan yang kena ragut." Ujar seorang lelaki. Di belakangnya berdiri mangsa ragut. Matanya sembap. Mungkin baru menangis. Jelas wajahnya nampak risau.

"Puan, puan okay? Ada luka mana-mana?" Tanya Umaira lembut. Matanya memeriksa tubuh tua itu. Kasihannya.

"Jangan panggil puan, panggil ja aunty Safia." Senyuman dihadiahkan kepada Umaira.

"Okay aunty Safia, saya Umaira Syafini. Ni beg aunty. Ceklah mana tahu ada apa-apa hilang."

Pantas Umaira memaut lengan Aunty Safia sebaik sahaja tubuh tua itu seperti mahu rebah. Beg tangan yang dihulur digantung di bahu sendiri.

Membulat mata Umaira apabila melihat kaki Sharifah Safia. Kainnya sudah dipenuhi darah.

"Aunty, kita kena pergi klinik ni. Kalau biarkan takut infection apa-apa? Saya teman eh?" Pujuk Umaira apabila wajah Aunty Safia itu seperti serba salah.

Sharifah Safia memejam matanya apabila luka pada kakinya seperti menyegat. Tangannya erat menggenggam lengan Umaira.

"Jom aunty. Kita pergi eh? Nanti saya hantar balik okay?" Ujar Umaira lembut. Kasihan dia melihat wajah jelita yang sudah pucat.

Sharifah Safia hanya mengangguk lemah. Drivernya sudah disuruh pulang. Nasib baik gadis cantik ini ingin membantunya. Dia sangat terhutang budi. Kalau tiada Umaira entah apa yang jadi.

Tubuh tua itu dipapah sehingga ke kereta miliknya. Tubuh Sharifah Safia didudukkan dengan berhati-hati. Pintu kereta ditutup sebelum dia bergegas menuju ke bahagian pemandu.

Unrequited Love✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt