𝓑𝓪𝓫 74

7.2K 360 23
                                    

Sebelah tangan mencekak pinggang. Sebelah lagi memegang dada sendiri yang tak henti berdegup kencang. Hatinya tak sedap.

Kehulu kehilir dia berjalan di tengah-tengah ruang tamu menunggu kepulangan Syed Faris. Hari ini Syed Faris agak lambat selalunya pukul 6 dah sampai rumah tapi hari ini dah hampir pukul 8 malam pun masih belum nampak batang hidung.

"Balik la..balik la." Umaira menarik dan menghembuskan nafasnya. Cuba menenangkan diri yang resah gelisah. Bunyi enjin kereta di perkarangan rumah membuatkan Umaira menarik nafas lega.

Pantas dia berlari kecil ke arah pintu mahu menyambut kepulangan Syed Faris. Wajah risaunya cuba dineutralkan dengan senyuman manis.

Pinti dibuka dan wajah letih Syed Faris menyapa pandangannya. Syed Faris tersenyum manis. Bahagianya dia. Hati Umaira berdetik.

Dahi Umaira dicium lembut. Umaira tersenyum kelat sebelum mencium kekura tangan suaminya.

"Sorry abang lambat. Abang sibuk sangat-sangat." Kata lelaki itu perlahan. Lantas menarik Umaira dalam pelukannya. Umaira membalas senyap. Dia hanya mengangguk.

Dia tak tahu nak cakap apa. Otaknya tak berhenti berfikir. Macam-macam tanda tanya yang terbentuk. Dia mahu tahu siapa wanita tadi.

"Okay bateri abang dah siap recharge. Thank you sayang. Abang naik dulu." Pelukan pada badan Umaira dia lepaskan. Rambut Umaira diserabaikan sebelum tersenyum senget dan menoleh mahu naik ke biliknya. Penat.

"Erm..abang." panggil Umaira gelisah. Dia tak boleh tahan lagi tapi melihat wajah Syed Faris yang keletihan menunggu dia berbicara mematikan niatnya.

"Yes sweetheart? Ada nak apa-apa?"

"Tak..t-tak. Abang naiklah dulu. Nanti turun dinner sama-sama. Sayang dah masak." Umaira tersenyum paksa.

"Okay sweetheart. Abang naik dulu."

Umaira mengeluh lemah sebaik sahaja Syed Faris sudah hilang dari pandangan mata. Dia masih belum dapat jawapan. Dia menghempas kasar tubuhnya ke atas sofa. Sungguh dia bencikan keadaan sekarang. Keadaan di mana dia perlu overthinking fikirkan segala kemungkinan.

Siapa dia? Siapa wanita itu kepada suaminya? Sejak bila mereka rapat? Dan kenapa dia tak tahu. This is so tiring.



***


Nasi di dalam pinggan langsung tidak bergerak. Umaira hanya merenung nasi itu seperti ada jawapan di situ. Dia tak ada selera nak makan.

"Sweetheart? What's wrong?" soal Syed Faris. Sejak tadi lagi dia melihat Umaira merenung nasi. Awalnya dia biarkan tapi setelah 10 minit begitu tak betah dia nak berdiam diri.

Umaira bagaikan baru tersedar sebaik sahaja mendengar suara suaminya.

"A-apa abang?" soal Umaira keliru. Langsung dia tak sedar apa-apa. Terlalu banyak berfikir.

"Kenapa tak makan nasi? Abang dah siap dah." Umaira merenung pinggan Syed Faris yang telah kosong. Dia tergelak pahit di dalam hati. Umaira menggeleng perlahan.

"Tak ada selera." Jawab Umaira ringkas. Mood hari ini memang hancur sebaik ternampak suaminya dengan perempuan lain tadi. Dia mahu bertanya tapi dia takut.

Takut nak tahu dan takut nak menerima hakikat yang jelas pahit sehingga ke tulang hitam.

Syed Faris mencuci tangannya di sinki sebelum kembali semula ke meja makan dan di atas kerusi bersebelahan dengan Umaira. Umaira hanya memandang kosong perbuatan Syed Faris.

"Pandai sayang abang curi perhatian abang. Nak suap tak nak cakap." Syed Faris tersenyum senget sebelum menarik pinggan nasi milik Umaira.

Berkerut dahi Umaira. Bila masa dia minta suap? Pandai-pandai saja menuduh. Dia tersenyum nipis. Syed Faris nampak sangat kacak sekarang, dengan rambut basahnya yang menutup dahi. Sangatlah menarik mata sesiapa sahaja untuk memandang dan hal itu membuatkan Umaira takut.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now