Bab 42

11.2K 447 3
                                    

"Betul ke apa yang aku buat ni Mira? Kalau perkahwinan ni kesilapan macam mana? Lepastu kalau tak bahagia macam mana?"

Mira memutarkan bebola matanya. Sejak pagi lagi Umaira bertanyakan soalan yang sama. Tak bahagia macam mana? Itu. Ini. Dia yang jadi mak andam tak bertauliah ni bukan main susah nak make up kan Umaira. Sekejap dia tertoleh ke sana sekejap dia tertoleh ke sini. Jangan sampai Mira panggil orang upah pegang kepala pengantin perempuan. Tak pernah dibuat orang, jangan sampai dia yang buat.

Kedua-dua sisi kepala Umaira dipegang menghadap cermin. Umaira menelan liur. Mata garang Mira ditentang di pantulan cermin. Mira yang berdiri di belakang Umaira mengurut  perlahan bahu Umaira supaya dapat menenangkan urat-urat yang tegang.

"Diam. Bagi aku cakap dan makeupkan kau. Kau kena diam dan dengar. Boleh?"

Umaira mengangguk. Perasaannya berkecamuk. Banyak persoalan yang tak terungkai. Paling penting sekali dia takut. Sekejap saja lagi status single minglenya akan bertukar menjadi isteri orang. Isteri kepada Syed Faris. 

"Umaira...aku tahu perkahwinan kau ni tiba-tiba dan aku juga tahu kau dipaksa masuk ke dalam dunia Syed Faris. Macam-macam dah jadi antara kau dengan dia. Dari sayang bertukar jadi benci. Aku faham. Mesti kau takut. Aku tak rasa Syed Faris sengaja tarik kau masuk ke dalam hidup dia sebab nak kau menderita. Ini bukan novel Maira." Kata Mira.

Tangannya bekerja seiring dengan mulutnya. Foundation di sapu rata dan yang pasti tak berlebihan. Atas pemintaan Umaira sendiri, make up akan dibuat hanya look natural sahaja.

"Kenapa dia kena jadikan kau isteri hanya sebab nak balas dendam. Tak mungkin. Banyakkan berdoa. Doa yang baik-baik. Doakan semoga perkahwinan kau ni akan berkekalan sehingga Jannah. Istighfar banyak-banyak. Jangan fikirkan sangat. Okay?"

Umaira diam. Betul apa yang Mira cakapkan tapi kepalanya taknak berhenti berfikir. Setiap saat ada sahaja soalan yang timbul. Dia menarik nafas dan menghembus. Perbuatannya diulang beberapa kali.

Astaghfirullahalazim..ini semua syaitan Umaira. Bisiknya di dalam hati.

"Thanks Mira. Kau doakan aku dapat bahagia yang aku cari tau.."

Mira tersenyum. 

"Ya, doakan aku bersuami juga satu hari nanti." katanya sambil tersenyum miang.

Laju saja tangan Umaira naik mencubit tepi pinggang gadis itu. Gatal. Dia tersenyum. Tak lama dia mendengus. 

"Ish! rimaslah Mira..berus-berus semua ni. Tak payahlah makeup bagai. Over lahh. Nikah je pun." Tangannya naik menepis tangan Mira yang sedang menempek blusher di mukanya. Entah bulu apa yang diorang pakai buat jadi berus ni. 

"Kau diam je. Tutup mata tu. Biar aku buat. Jangan sampai aku ikat kaki tangan kau." ugut Mira.

Ingatkan dah habis overthinking dia tu bolehlah Mira nak makeup dengan tenang tapi hampeh. Banyak betul ragam Umaira ni. Sekeh kepala baru tahu. Tak pasal-pasal kena smackdown dengan Syed Faris.

"Kau jangan lebih-lebih. Biasa-biasa je tau?"

Umaira memejam mata. Takut betul mukanya berubah jadi bigfoot. Memang dia bagi tapak kaki dia yang big ni kat Mira. Tak fikir banyak dah.

"Ya. Trust me, kau akan jadi wanita tercantik di abad ini."

Umaira menjuih bibir sebelum ketawa. Yelah tu. Jangan jadi yang terburuk sudah. Umaira cuba menahan diri dari memprotes setiap apa yang Mira lakukan pada wajahnya. Sekejap di hidung, pipi, mata. Haih..rimas ya Allah.

"Siap!" jerit Mira sambil bertepuk tangan.

Umaira yang tertidur tersentak. Perlahan-lahan matanya dibuka. Mengantuk ya amat. Dia terkebil-kebil memandang seorang gadis cantik dan wajah Mira di dalam cermin.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now