𝓑𝓪𝓫 7

8.4K 403 0
                                    

"Sedap?"

Mira menoleh ke belakang apabila terdengar suara yang dia nak sangat elak.

"Apa bos?" Dahi gadis itu berkerut.

"I said..sedap ke?"

Mira berdiri di hadapan Luqman yang bersandar di pintu bilik.

Mira diam dan berfikir. Apa maksud bos ni? Takkan sebab aku makan. Mira membulatkan matanya. Luqman tersenyum sinis. Selepas dia menghantar Syed Faris ke kereta dia nampak dua gadis itu sedang makan di dalam kereta. Kebetulan cermin kereta tak gelap jadi mudahlah dia nak menghendap.

"How? Dah ingat? Dah ingat siapa yang cakap tak lapar tadi?" Tanya Luqman sarkastik.

"Ingat bos." Kata Mira sambil menunduk. Boleh ja kalau nak melawan sekarang tapi malaslah.

Kalau Umaira memang dah tak bernyawa makhluk Allah ini.

"Dah masuk bilik saya NOW! Bawak notebook sekali. Tolong reschedule balik apa yang patut untuk minggu ni." Kata Luqman tegas.

Luqman berpaling sempat dia nampak gadis itu mencebik mengejeknya. Luqman tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.

"Garang nau!" Omel Mira. Laju tangannya mencapai notebook dan pen. Cepat-cepat dia masuk ke bilik lelaki itu kang lambat kena ceramah pulak. Berdesing telinga.

***

"Kak ada orang tengah tunggu dalam bilik akak." Ujar Liya sebaik sahaja ternampak kelibat Umaira melangkah masuk.

"Siapa?" Umaira mengerutkan. Setahu dia tak ada orang buat appointment hari ini.

"Puan tu cakap nama dia Sharifah Safia."

Umaira melopong. Amboi bertuah badan tadi berjumpa anak, sekarang mak pulak? Wah jodohku!

"Akak?"

"Aah..ya ya. Okay thanks Liya. Ni macam biasa ajak diorang makan." Plastik McD diletakkan di atas kaunter.

Liya mengangguk sambil tersenyum. Makanan!

"Aunty?" Panggil Umaira.

"Hai sayang!" Jerit Sharifah Safia. Terus dia memeluk tubuh gadis itu. Rindu sangat-sangat dengan Umaira.

Umaira tersenyum sambil membalas pelukan itu.

"Aunty dah lama sampai? Kenapa tak call dulu? Dah lama ke tunggu?" Sempat dia mengerling secawan kopi di atas meja. Dia menghela nafas lega. Bagus Liya!

"Kamu ni..banyak sangat soalan ni. Dah lama sampai. Saja aunty tak call. Baru ja." Umaira ketawa apabila wanita itu menjawab soalan satu-satu.

"Aunty ni.."

Sharifah Safia tersenyum. Senang hati dia dapat tengok gadis itu ketawa.

"Sibuk tak?" Tanya Sharifah Safia tiba-tiba.

"Hmm tak jugak. Eh aunty ada nak tempah bunga ke?"

"Ya. Aunty nak guna khidmat Umaira untuk hias majlis pertunangan anak aunty."

Umaira terdiam. Tunang? Takkan Syed Faris kut. Mesti yang sulung sebab Syed Faris angah kan?

"Umaira."

Tersentak bahu Umaira.

"Eh ya aunty. Boleh-boleh. Bila tu?"

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now