𝓑𝓪𝓫 26

10.6K 481 75
                                    

Umaira mengerling lelaki yang khusyuk memandu. Memandu pun handsome. Eh?

Sejujurnya dia masih belum berpuas hati. Sesuka hati saja lelaki itu menyentuhnya. Tahukah lelaki itu erti haram? Hish.

Dia memandang lelaki itu tak berkelip. Sengaja. Syed Faris yang terasa diperhati menjeling Umaira sekilas.

"Kau nak apa lagi?" Tanya lelaki itu mendatar.

"Aku nak tanya kau something." Umaira masih memandang lelaki itu tak berkelip. Suka pulak pandang lama-lama. Tak haram pulak eh? Ngek.

"Apa?" Muka Umaira langsung tak dipandang dan renungan gadis itu dia biarkan sahaja.

"Kau memang suka pegang anak dara orang sesuka hati eh?" Soal gadis itu sinis sambil memeluk tubuh.

Syed Faris tersenyum sinis.

"Kau anak dara lagi ke?" Soalnya double sinis.

Umaira mengenggam erat kedua tangannya. Here we go again..

"Asal diam? Tak ada jawapan?" Soal lelaki itu sarkastik.

Tangan memegang stereng. Mata difokuskan ke hadapan.

"You are nobody to know about my virginity." Kata Umaira keras.

Dia membetulkan duduk memandang hadapan. Sakit hatinya melihat wajah tak berperisa lelaki itu.

"Wow! Sekarang ni kau marah ke sebab aku sentuh kau?"

Syed Faris sendiri tak tahu mengapa dan kenapa? Umaira seperti magnet.

"Bodohlah aku kalau tak marah." Kata Umaira mendatar.

"Macamlah tak biasa kena sentuh dengan lelaki sebelum ni. Boyfriends menyundal kau dah ramai pegang kan?" Ujar lelaki itu bersama ketawa sinis.

Umaira dapat rasakan tapak tangannya sudah terluka akibat menggenggam tangan terlalu kuat.

"Asal diam?" Gadis disebelahnya dipandang dengan pandangan mengejek.

"Stop the car." Kata Umaira dingin. Bila-bila masa sahaja air mata akan mengalir.

"Kau dah kenapa?"

"I said stop the car now!" Jeritnya. Terkejut Syed Faris dengan perubahan mendadak Umaira.

Kereta diberhentikan jua. Sebaik sahaja kereta berhenti laju pintu kereta dibuka.

Syed Faris pantas membuang seatbelt melihat gadis itu sudah berjalan pergi.

"Kau nak pergi mana?!"

Umaira hanya mengabaikan. Hatinya sakit. Sangat-sangat. Dia tak mampu berlama dengan lelaki itu.

Umaira terpusing apabila ada tangan merentap kuat lengannya.

"Kau tak payah gila boleh? Ikut aku balik. Jom!" Kata lelaki itu tegas.

"Taknak! Aku taknak! Aku taknak ikut kau balik! Aku taknak ada kena mengena dengan kau, family kau dan semua orang yang ada kena mengena dengan kau. Aku benci kau! Kenapa kau suka sakitkan hati aku hah?! Kenapa?!" Jerit Umaira di depan muka lelaki itu. Muka putih pucatnya memerah. Terdiam Syed Faris.

"Kenapa kau sibuk sangat kalau aku perempuan murah? Asal? Kau ada masalah ke? Sudahlah.. kau pergi balik. Esok aku datang office kau ambil phone aku. Aku harap lepas tu kita dah tak jumpa lagi. Aku penat." Umaira meninggalkan lelaki itu apabila dia ternampak teksi.

Laju dia menghilangkan diri ke dalam perut teksi. Dia bersandar di kerusi. Bibirnya bergetar menahan tangis. Sakitnya.

Pemandu teksi itu terpandang wajah mendung penumpangnya. Terbantut sekejap niat mahu bertanya hala tuju gadis itu.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now