𝓑𝓪𝓫 81

13.7K 438 70
                                    

"Hi abang ipar.. kenapa ni?" Pelik Syed Faris. Masuk sahaja ke dalam Umaira's Florist macam macam jenis reaksi yang dia dapat.

Amirul tersengih-sengih sambil menilik bunga, dah macam orang sasau. Liya pula tengah menggubah bunga sambil menangis. Mira pun sama. Amir yang dia anggap normal pada awalnya juga sama. Lelaki itu tersenyum manis dengan mata yang berkaca.

Kenapa ni? Mana sweetheart dia?

"Bro, asal ni?" Tanya Syed Faris risau.

"Umaira..dia.."

Bertambah kerutan di dahi Syed Faris.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Syed Faris mula tak senang duduk. Pagi tadi okay je. Umaira tak sihat ke?

"Dia.." Amir teresak-esak tanpa sempat berkata lanjut. Dia masih terkejut dan tak sangka dengan apa yang dia tengok tadi. Kepalanya disembamkan pada meja kaunter.

"Asal ni? Kau jangan buat aku risau boleh tak?" Tapi Amir hanya diam. Dia tak boleh nak cakap. Terkejut, terkelu, tergamam dan semua jenis ter.

Tak mampu nak tunggu lagi apabila melihat semua orang dah macam orang tak betul dan apa yang dia tengok tak mampu buat dia berfikir baik mengenai Umaira. Laju kakinya diatur ke arah bilik pejabat Umaira.

Perlahan-lahan pintu bilik itu ditolak tanpa diketuk terlebih dahulu. Seorang gadis bertudung dan berabaya berwarna coklat yang tak dia kenali sedang berdiri membelakanginya. Gadis itu sedang sibuk menyusun kertas di atas meja. Berkerut kening Syed Faris.

"Sweetheart? Cik siapa? Mana isteri aku?" Tanya Syed Faris dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sweetheart? Cik siapa? Mana isteri aku?" Tanya Syed Faris dingin.

Umaira sembunyi senyum. Dia tenang menyusun kertas di atas meja tanpa menoleh ke belakang. Sengaja mahu menaikkan amarah Syed Faris. Dia tersenyum senget bila bunyi kasut semakin mendekati dirinya.

"Miss, I'm talking to you. Where is my wife?" Tanya Syed Faris garang. Dia tengah risau boleh gadis yang tak dia kenali itu diam. Tangannya naik bercekak pinggang.

Umaira menggigit bibir sambil berpusing seraya  tersenyum manis.

"Yes husband." Jawab Umaira lembut.

"Who are you? Jangan main-main. Mana Umaira?" Soal Syed Faris sekali lagi. Perempuan gila mana ni yang mengaku dirinya suami pulak ni?

Umaira menggaru kening. Lain sangat ke muka dia bila pakai tudung. Haih. Disebabkan Umaira malas nak bercakap dia berjalan mendekati Syed Faris. Menghapus jarak diantara mereka.

Tanpa amaran dia memeluk pinggang Syed Faris. Kepalanya di sandarkan pada dada bidang lelaki itu. Dapat dia dengar degupan jantung yang sangat kuat di sebalik dada itu.

"What the-"

Baru Syed Faris nak mencarut terkejut, Umaira memintas.

"Abang ni Umaira lah ni. Ini sayang ni. Sampai hati tak kenal isteri sendiri." Kata Umaira perlahan seperti berjauh hati. Tak pun saja je. Dia dah puas tengok muka orang terkejut hari ni. Ini entah yang keberapa.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now