Bab 35

12.4K 510 12
                                    

"Mananya? Aku kena jumpa dia jugak ke?" Tanya Umaira sarkastik.

Malas betul nak duduk semeja dengan Syed Faris. Menyakitkan hati saja.

"Kat depan aku. Umaira Syafini bakal isteri aku." Kata lelaki itu dengan senyum sinis.

Umaira mengeluh.

"Taknak. Aku harap kau faham." Jawab Umaira malas.

Penatlah macam ni. Semua orang paksa dia terima Syed Faris. Kedatangan Alisa di kedai bunganya tempoh hari juga dengan niat yang sama. Gadis itu mahu berundur walaupun dia cintakan Syed Faris dan yang tak boleh tahan sekali gadis itu memaksanya untuk bersama dengan Syed Faris.

Mira yang konon-konon melenting apabila mendengar nama Syed Faris dan Luqman juga sama sahaja. Dia juga memaksa Umaira menerima lelaki itu. Mira dah lupa ke apa lelaki itu dah buat. Entah apa niat lelaki itu mahu berkahwin dengannya.

Belum dicampur dengan Amir lagi. Tebal telinga Umaira mendengar bebelan lelaki itu. Dah tua, boleh kahwin dah. Kalau tak kahwin dengan Syed Faris membujang sampai tualah. Tahu tak yang Umaira tak kisah. Tak apa. Janji tak ada suami yang menyakitkan hati macam ni

"Oh sweetheart..but you have to be my wife. No objection."

Tu tengok tu. Boleh ke buat laki kalau macam tu. Haih. Mengucap panjang mintak simpang 44 walaupun dia dah tak nampak mana-mana simpang.

"Look, aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau tapi ni semua merepek. Tahu tak merepek! Kau benci aku. So do I. Then, tell me macam mana kita nak kahwin. Aku taknak."

Terdiam Syed Faris.

"Who said I hate you?" Soalnya. Matanya merenung mata Umaira.

Tergamam Umaira. Dia melarikan matanya dari memandang mata lelaki itu. Hatinya berdegup kencang.

"Aku tak pernah cakap aku benci kau. Pernah aku cakap?" Soal lelaki itu lagi apabila melihat Umaira yang menikus.

"Kau lupa apa kau pernah cakap? Perempuan murah! Jijik! Talam dua muka! What else? Banyak Faris. Too much. Takkan lah kau nak isteri murah macam aku ni? Tak malu ke?" Bidas Umaira.

Tangan naik memeluk tubuh. Mereka saling menatap satu sama lain sesaat sebelum lelaki itu berdiri membetulkan bajunya.

"Enough. Cut it off. Esok aku ambil kau fitting baju kahwin. Jangan lari." Sempat lelaki itu berpesan dan meninggalkan Umaira yang terkebil-kebil memandangnya.

Syed Faris tak mampu berlama di situ. Cukuplah dia tahu mengapa dia mahukan gadis itu.

"Fitting baju atok dia! Tak hingin aku!" Dengan sebal Umaira bangun melangkah keluar dari kedai mamak itu.

Geramnya. Kenapa lah lelaki itu tak faham-faham. Tak nak tahu taknak.

No!

Nehi!

La!

Haihh..penatlah macam ni.

***

"Nak pergi mana?" soal Mira. Tangan di depa menghalang Umaira keluar dari pintu kedai bunga. Umaira ke kiri, dia ke kiri. Umaira ke kanan, dia ke kanan. Liya tergelak melihat Mira yang terlalu 'gigih' menjaga Umaira.

Umaira bercekak pinggang merenung tajam Mira yang tersengih tanpa rasa bersalah. Dia meniup rambut depannya. Panas. Panas. Cari masalah betul minah ni.

"Kau nak apa? Aku nak keluar ni. Jangan buang masa aku boleh?"

Mira menggeleng laju. No! Apa dia nak cakap dekat Syed Faris kalau dia tahu Umaira nak lari. No!

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now