Bab 40

12.6K 486 2
                                    

Pintu kedai Umaira's Florist ditolak dengan senang hati. Senyuman lebar digariskan sejak bangun tidur lagi. Mira dan Liya yang menyorok di sebalik pintu dapur memandang Umaira pelik.

"Liya nampak tak? Ke akak salah tengok." Matanya di gosok perlahan-lahan. BIar betul? Bukan main mengamuk lagi kemarin. Harini dah macam kerang busuk kenapa?

"Betul kak, Liya nampak macam yang akak nampak. Tak salah.."

Mira menggigit jari. Sebelah tangan lagi dicekak ke pinggang. Mesti ada something happen.

"Liya prepare tempahan yang si mamat playboy tu. Akak nak pergi tengok bos kita jap. Macam pelik je dia tu."

Mode Detective Conan On!

Terhambur ketawa Liya. Mira kalau bab korek-korek rahsia memang win. Liya mengangguk sahaja.

"I will come back with a good news for you. Just wait." Bisik Mira sebelum berlari ke bilik kerja Umaira.

Pintu berwarna coklat itu diketuk terlebih dahulu. Hormat privacy orang even kawan baik sendiri. Okay done pesanan khidmat masyarakat.

"Masuk."

Perlahan-lahan Mira menolak pintu itu. Penuh sopan dia menutup pintu tersebut. Nak korek rahsia kan kenalah behave dulu. Kalau tak memang dia hempas je pintu ni biar Umaira kena tukar baru. Acah bos sangat. Memang bos pun.

Umaira yang baru membuka komputernya mahu memeriksa tempahan bunga pada hari ini menjeling Mira dengan hujung mata. Dah kenapa?

"Bos..." meleret-leret Mira memanggil.

Umaira diam.

"Bossssssss.........." bertambah panjang leretan suara Mira cuba menarik perhatian Umaira.

Umaira hanya diam tanpa memandang Mira. Mata difokuskan pada komputer. Sengaja. Gedik sangat panggil bos. Dia agak tak suka bila pekerja memanggil dengan gelaran itu. Nampk macam berkuasa sangat even memang berkuasa pun tetapi dia taknaklah terserlah sangat perbezaan pangkat itu. Cukup sekadar dengan memanggil nama. Sekurang-kurangnya boleh bekerja secara harmoni. Gittuw!

"Bos!..." Panggil Mira lagi. Meleret bersama pakej hentak kaki. Geram.

Umaira diam sahaja. Biarkan dia.

"Umaira Syafini!" Panggilnya sekuat hati.

"Yes?"

Mira mencekak pinggang. Yes? Macam itu saja? Mira berdecit tak puas hati. Terus dia menghenyak kasar punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Umaira.

"Nak apa? Aku malas nak layan kau.." kata Umaira bersahaja.

Mira berdehem membetulkan suara. Badannya ditegakkan. Nervous.

"Kau okay?" Tanya Mira takut-takut.

"Okay je. Kenapa? aku kena tak okay?"

Mira berdecit.

"Hish kau ni..pasal semalam. Sorry."

Umaira mengemam bibir menahan tawa. Kalaulah Mira tahu itu semua hanya lakonan apa akan jadi? We'll see..

Umaira berdiri sambil tersenyum manis. Dia masih mampu menahan tawa melihat Mira yang terpinga-pinga. Pintu biliknya didekati. Tombol pintu digenggam dan menoleh memandang Mira yang sudah berkerut dahi tak mengerti.

"Actually, semalam just lakonan." Terlepas kuat ketawa Umaira. Sakit perutnya. Terus dia berlari keluar dari ruangan biliknya. Dia meninggalkan Mira yang menayangkan riak tak percaya. Itulah siapa suruh buat macam itu kan dah kena. Hadaplah.

Mira di dalam bilik mendengus kasar. Apa pun tak dapat. Niat nak korek rahsia tapi dia pula yang didusta. Cehh!

Umaira mengambil barangan yang diperlukan untuk menggubah bunga. Dia mahu siapkan tempahan mamat playboy a.k.a Tengku Danial. Heh.. lelaki itu selalu berkunjung ke sini membeli bunga untuk aweks-aweksnya. Aweks ya bukan satu tapi tak terkira. Nama yang ditulis pada kad bukan orang yang sama. Kalau dilihat boleh dikumpul dan jadikan stok nama anak-anak nanti.

Unrequited Love✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें