Bab 50

12.2K 449 31
                                    

"Morning mama, papa." Kerusi dihadapan Sharifah Safia ditarik. Tangan Umaira ditarik supaya duduk di sebelahnya. Mana boleh jauh-jauh. Umaira hanya menurut. Tak kisah. Janji lelaki itu tak menggatal. Memang dia bagi je. 

Bagi apa? Mini love....heheheh.

"Morning. Lamanya Umaira panggil Faris. Buat apa lama-lama?" Soal Sharifah Safia sambil senyum mengusik.

Bayangkan 30 minit jugak budak berdua tu kat atas. Apa benda yang dibuatnya.

"Alah sayang ni..pengantin baru biasalah. Kita pun macam tu jugak dulu." sampuk Syed Fakhrul.

Berkerut kening Umaira. Semua orang dalam rumah ni memang cakap bahasa yang susah nak faham atau dia tengah loading. Apooo?

Syed Faris tersengih faham. Umaira disebelah dikerling. Tak semena kepala Umaira ditarik dan dicium di depan kedua mama dan papanya. Geram. Comel.

Meruap merah wajah Umaira. Kenapa Syed Faris semakin tak behave selepas kahwin. Sebelum kahwin pun taknak behave.

"Biasalah mama, papa. Bini angah ni comel sangat itu yang susah nak lepas." Dia ketawa kecil.

Syed Fakhrul dan Sharifah Safia berpandangan sesama sendiri. Ada nampak gaya macam nak dapat cucu awal ni..Senyum manis keduanya. Tak sabar nak pegang cucu.

Laju saja tangan Umaira mencubit sisi peha suaminya. Geram. Ingat dia je boleh geram?

Tangan Umaira ditangkap. Digenggam dan diletak di atas pehanya. Setakat cubit manja tak sakit pun. Gelabah Umaira mahu menarik tangannya semula. Macam mana nak makan ni?

Syed Faris tersenyum sinis.

"Sweetheart nak makan apa? Biar aku yang suap okay?" Kerusi Umaira ditarik merapat.

Pinggan di depan Umaira diambil dan diletak menjauh. 

"Eh? Saya boleh makan sendirilah."

Syed Faris menggeleng kecil dan mengabaikan Umaira. Pinggan didepannya diisi dengan mee goreng buatan mamanya. 

Mee dipotong pendek supaya senang dia nak suap buah hati, buah jantung, buah pinggang dia ni. Sesudu mee goreng disua ke mulut Umaira. Namun, bibir Umaira terkatup rapat. Tak mahu. Syed Faris mengetap bibir tak suka penolakan yang diterima.

"Awak! Malulah..mama dengan papa tengoklah." Bisik Umaira dengan mata tak habis melirik Sharifah Safia dan Syed Fakhrul yang tersenyum-senyum memandang mereka.

"Abaikan kami Umaira. Makan makan." 

Syed Faris tersenyum kemenangan apabila Syed Fakhrul bersuara. Umaira memandang mee di dalam sudu dan Syed Faris bersilih ganti. Tak puas hati. 

Kening lelaki itu terangkat bersama senyum sinis. Marah pun comel.

"Aaaa sayang aa..buka mulut. Kapal terbang nak mendarat ni." Sudu digerakkan seperti kapal terbang sebelum berhenti di hadapan mulut Umaira.

Umaira mengemam bibir menahan senyum. Mulut dibuka juga menerima kapal terbang yang dipandu oleh Syed Faris. 

"Hmm pandai isteri aku ni." Kepala Umaira ditepuk perlahan.

Sekali lagi mee disudu tetapi Umaira menahan. Terangkat keningnya. Amboii nak sailang part suami sendiri jugak ke?

"Meh saya suap awak pulak. Baru adil kan?" Sudu beralih tangan.

Syed Faris cuba mengawal wajahnya untuk tak kelihatan terlampau suka. Wajah kosong ditayangkan. dalam hati hanya Allah yang tahu macam mana terlompat-lompatnya dia. Mata memandang Umaira tak lepas.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now