𝓑𝓪𝓫 25

10.9K 426 5
                                    

Umaira perlu memberi amaran keras kepada Mira selepas ini kalau tiada sesiapa yang dapat menolong dia rela datang sendiri ke klinik asalkan bukan dengan Syed Faris.

Ada sahaja yang tidak kena di mata lelaki itu. Apa sahaja yang Umaira lakukan mesti tidak betul di matanya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam klinik. Sudah dipaksa pulang tapi masih berkeras untuk menunggu. Entah apa-apa.

"Kau boleh tak jangan pasif sangat."

"Eh! Kau duduk diam boleh tak?!"

"Kau pasang telinga kau betul-betul eh! Nanti nurse tu panggil kau tak dengar pulak."

"Cantik juga nurse kat sini."

"Lamanya.."

"Lambat lagi ke ni?"

"Apa benda lah doktor ni buat kat dalam yang lama sangat?"

Umaira memutarkan biji matanya. Rimas tahu. Kalau yang nak sembuh boleh tenat nak mati dengan Syed Faris. Sejak bila banyak cakap pun tak tahulah. Silap makan ubat rasanya.

"Eh! Kau di..."

Tak sempat Umaira ingin memarahi Syed Faris, nurse yang ada di kaunter pendaftaran terlebih dahulu memintas.

"Encik yang kat sana tu, boleh tolong diam tak? Kesian patient yang sedang menunggu kat sini. Boleh nazak dengar encik membebel. Tolong eh?" Kata nurse itu sambil tersenyum. Dalam hati entah berapa bakul dia bawangkan si Syed Faris ni.

Tercyduk Syed Faris.

Umaira menunduk apabila mata-mata menoleh arah mereka berdua. No! Saya bukan dengan dia. Saya tak kenal dia.

Syed Faris yang tadi berdiri bersandar di dinding terus duduk di kerusi bersebelahan dengan Umaira. Malunya..

Dia sendiri tak tahu kenapa mulut dia laju betul bila dengan Umaira. Period mungkin. Eh?

Umaira menahan tawa melihat Syed Faris yang berubah jadi budak baik. Tahu pun diam.

"Eh kenapa diam? Ada apa-apa lagi yang nak di comment?" Tanya Umaira sinis dan sarkastik.

Umaira membuat muka gerun apabila Syed Faris menjelingnya. Eleh.. Aku dah tak takutlah..Setakat jeling tu tak terkesan.

"Kau diam." Kata lelaki itu dingin. Malu masih belum habis.

Umaira mencebik.

"Umaira Syafini binti Umar, bilik 2." Jerit nurse di kaunter.

Umaira bangun. Dia memgerdipkan matanya apabila tiba-tiba pandangan jadi kelam. Dia mengeluh lega apabila mata kembali cerah namun baru dia sedar ada tangan yang melilit di lengannya menghalang dia dari rebah.

Muka Syed Faris dipandang. Namun, Syed Faris memandang arah lain.

"Jalan." Ujar lelaki itu sepatah.

Umaira hanya menurut tak mampu nak melawan. Lengannya cuba ditarik namun semakin kemas cengkaman tangan itu.

"Kau tunggu kat luar je." Arah Umaira.

Tiada jawapan yang diberi.

Tanpa kata, tubuh Umaira ditolak masuk ke dalam bilik doktor. Syed Faris masuk juga bersama gadis itu walau dihalang oleh gadis itu. Dia dah janji dengan Mira dan Syed Faris tak mendengarkan sesiapa hanya dirinya sahaja yang dapat buat keputusan.

Syed Faris hanya berdiri melihat Umaira dirawat. Sesekali kedengaran doktor bertanya beberapa soalan.

"Okay, dah." Lega itu yang dirasakan apabila demam gadis itu hanya biasa-biasa sahaja.

Unrequited Love✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin