𝓑𝒶𝒷 19

9.4K 435 2
                                    

Pintu bilik tetamu ditolak perlahan-lahan. Ternganga mulut gadis itu. Hilang semua protes dan perasaan tak rela tadi sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu. Terlalu cantik. Kalau ini bilik tetamu agak-agak macam mana dengan bilik utama. Fuh!

Luas. Gabungan warna hitam dan emas. Cantik. Tak mampu dihuraikan betapa cantiknya bilik ini. Katil segera dituju. Dia malabuhkan duduk di situ. Umaira ketawa kecil apabila tubuhnya terlompat-lompat seperti anak kecil.

"Haih..kalau jadi menantu aunty Safia bolehlah aku buat spotcheck bilik anak dia tapi ada ke anak dia yang nak kat aku ni. Syed Faris? Hmm hampeh. Beria la kau sorang-sorang" gumam Umaira seraya membaringkan tubuh di atas katil.

Kaki dibiarkan berjuntai di bawah.

Agak-agak Sharifah Safia dengan Syed Fakhrul ni ada berapa orang anak eh? Fikir Umaira.

Tak sempat dia nak bertanya dan Sharifah Safia juga tak bercerita. Setiap penjuru siling diperhati. Matanya berkelip-kelip.

Umaira merengus kasar apabila banyangan Syed Faris muncul di fikirannya. Tak ada orang lain ke?

Tok! Tok!

"Cik Umaira, Kak Mah ni."

Pantas Umaira bangun. Pintu dibuka. Kak Mah bersama sehelai baju kurung sedang berdiri di depan pintu.

"Cik Umaira, ini baju yang Sharifah Safia suruh hantarkan. Pakai ya? Pukul 3 kejap lagi turun."

Baju yang dihulurkan diambil. Tersenyum Umaira melihat baju itu. Terlalu cantik untuk dipakai.

"Terima kasih Kak Mah. Maaflah menyusahkan Kak Mah je kena naik atas. Satu lagi, janganlah panggil saya cik. Umaira ja. Kalau nak manja lagi, Maira. Kalau nak manja lagi panggil baby." Terletus ketawa Kak Mah.

Ada-ada ja gadis itu. Umaira tersengih. Malu. Baru tahu rasa malu atas kenakalan diri sendiri.

"Macam-macam. Apa-apalah baby. Kak Mah turun dulu." Usik Kak Mah.

Serta merta Umaira terasa diri sudah tak single. Umaira menutup pintu sebaik sahaja Kak Mah pergi bersama dengan ketawa yang masih bersisa. Alhamdulillah, dia belum jumpa watak antagonis setakat ini. Hehehehe.

Tak tahu kenapa? Tapi Aunty Safia ni macam terlalu baik. Mudah sangat percayakan orang. Tengoklah senang ja bagi pinjam bilik, bagi baju, layan baik-baik. Risau jugak kadang-kadang. Persoalannya, kenapa anak kedua dua macam kurang vitamin 'baik'?

Umaira berpusing di hadapan cermin sambil baju diletakkan di hadapan tubuhnya. Wah kalau dia yang pakai ni memang kalah bakal pengantin berdua itu.

Haih.

Pengantin.

Siapa yang bakal ditunangkan ni?

Berbulan-bulan soalan itu sering berlegar-legar di kepala. Mungkinkah Syed Faris dan wanita cantik yang dia jumpa minggu lepas. Tak mustahil.

Hatinya tiba-tiba terasa sebu. Perlahan-lahan tangannya naik mengurut dada. Sakit.

Semoga bukan dia...

***

Umaira menyusupkan diri di celah-celah manusia. Jumlah tetamu yang dijemput ini macam dah majlis kahwin padahal tunang ja. Tenggelam Umaira. Sudahlah sorang-sorang muka yang dia kenal pun tak ada.

Serba salah nak cari Sharifah Safia risau mengganggu. Akhirnya, Umaira bersila di tepi kolam ikan. Jauh dari orang ramai. Selesa.

Ikan yang seronok berenang kesana kesini menjadi tatapan Umaira.

"Buat apa kat sini?" Terus tegak badan Umaira mendengar suara itu. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali sebelum berdiri dengan penuh keyakinan di hadapan Syed Faris.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now