𝓑𝓪𝓫 69

7.4K 353 14
                                    

Pintu bilik air diketuk beberapa kali. Umaira ni degil. Sudah berbuih mulut rasanya dia cakap jangan kunci pintu bilik air. Dia kunci jugak.

"Sweetheart? Okay tak tu?"

"Okay abang. Sekejap. 1 minit." kedengaran suara Umaira sayup-sayup menjawab pertanyaan Syed Faris yang tak sabar-sabar. Termundar-mandir lelaki itu dihadapan pintu bilik air. Risaukan Umaira.

Seminit kemudian, pintu bilik air yang ada di dalam wad persendirian itu terbuka dari dalam. Terpacul wajah pucat Umaira tetapi kelihatan lebih segar. Dia sudah siap memakai baju pesakit. Maklumlah kena stay lagi dua hari.

Umaira tersenyum lembut kepada Syed Faris yang kaku berdiri di hadapannya. Kenapa? Syed Faris hanya tersenyum nipis. Dia mengambil tuala yang disangkut di bahu Umaira dan di sidai di kaki katil.

Tanpa kata Syed Faris menarik Umaira ke dalam pelukannya. Terpinga-pinga Umaira tetapi pelukan suaminya tetap di balas. Rambutnya yang basah terasa diusap lembut dan dicium beberapa kali.

"My sweetheart cry again." Bisik surau garau itu. Jelas hidung yang merah dan mata merah dan sedikit bengkak memabantu dia mengesan perbuatan Umaira.

Umaira mengetatkan pelukannya pada tubuh tegap itu. Betul, dia menangis lagi. Walaupun dia cuba untuk redha tapi sakit itu masih ada.

"Hmm.." Umaira menggumam perlahan. Sekali lagi terasa kepalanya dicium. Dia tersenyum kecil. Tak pernah sekali dia rasa diabaikan oleh lelaki itu. Tak pernah.

"Sweetheart, you have me. Jangan menangis sorang-sorang. I can't comfort you. Come to me. Okay? I will cry together with you." Kata Syed Faris sambil tunduk mencari mata cantik Umaira.

Umaira mendongak  memandang mata Syed Faris dengan mata berkaca. Bergetar bibirnya mahu mengungkap kata. Dia terharu.

"Sayang tak nak sakitkan hati abang bila abang tengok sayang menangis." Syed Faris tersenyum manis. Air mata yang mula mengalir di pipi Umaira diusap lembut.

Dahi Umaira dicium lama. Terpejam mata gadis itu. Kedua-dua pipi Umaira ditekup mahu isterinya memandang wajahnya.

"I love you soo much but I feel like I'm a useless husband if I can't do anything to make you feel better sayang. I want cry, laugh, smile and do all the things with you."

Umaira mengangguk laju. Badan Syed Faris dipeluk kemas. Tolonglah, dia rasa terharu dan  rasa macam nak kena potong kaki dengan ayat manis yang baru dia dengar. Help!

"I love you too. Soo much more.." kata Umaira taknak kalah.

Syed Faris tergelak. Rambut Umaira diserabaikan geram. Cemberut muka Umaira.

"Meh duduk abang nak sikatkan rambut." Tangan dimasukkan diantara ketiak Umaira. Isterinya diangkat seperti bayi dan didudukkan di birai katil.

Terlepas jeritan kecil di mulut Umaira. Ya Allah! Mulut tak ada ke nak cakap. Bahu Syed Faris dia tampar geram.

"Abang ni..jatuh macam mana?haih.." tergeleng kepala Umaira dibuatnya.

"I will not let you down baby. Don't worry." Kata lelaki itu selamba langsung tak menyedari muka Umaira yang sudah memerah. Blushing.

Syed Faris mengambil semula tuala yang dia letakkan di kaki katil tadi dan berdiri di hadapan Umaira yang duduk di birai katil.

Rambut Umaira yang basah dikeringkan menggunakan tuala. Umaira meletakkan kedua-dua tangan di sisi pinggang Syed Faris yang berlapik baju. Sengaja.

Bila Syed Faris manjakan dia macam ni, dia rasa macam tak reti buat semua benda. Semua Syed Faris nak buatkan. Dia hanya duduk dan biarkan. Untung badan.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now