Bab 52

10.4K 472 14
                                    

Hampir 10 minit dia menangis. Kepala diangkat memandang pintu rumah.

Pilih Umaira. Apa yang kau nak?

Sebaliknya dia kembali tersedu-sedu di situ. Dia takut. Takut mahu melepaskan apa yang dia ada sekarang.

Tanpa berfikir panjang dia berlari naik ke biliknya. Dia mahu selesaikan semua masalah ini. Semuanya bermula dengan dia. Jam di dinding di kerling. 14 minit!

"No, please no!" Air mata laju bercucuran. Barang-barang disumbat ke dalam beg begitu sahaja. Kaki pantas melangkah. Dia tak tahu sekarang 14 minit berapa saat tapi dia dah dengar enjin kereta dihidupkan.

Dia boleh je pergi dengan kereta sendiri tapi entah kenapa dia rasa dia akan hilang sesuatu kalau dia berkeras sekarang.

Tunggu saya, please.

Laju air mata menitis tak sempat nak diseka. Lega hatinya melihat kereta masih terpakir di hadapan rumah. Tanpa salam pintu dibuka, dia terus menyusup masuk. Tercungap-cungap dia mencari nafas.

Syed Faris mengerling Umaira di sebelah dan memulakan pemanduan tanpa bicara. Air mata di pipi, Umaira sapu sampai bersih, tak mahu wajah sembapnya dikesan oleh mama dan papa nanti.

Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Syed Faris langsung tak bercakap, pandang pun tidak. Selalunya lelaki itu akan memegang tangannya dan mencium kekura tangannya. Namun, hari ini satu pun tiada.

Umaira berdecit. Air matanya sekali lagi mahu tumpah. Kenapa dia rasa menyesal ni? Umaira bersandar pada kerusi kereta. Dia mahu tidur, tak mahu dibawa perasaan yang menggila.

Kereta diberhentikan di bahu jalan apabila Umaira sudah benar-benar tidur. Sehelai tisu dicapai Syed Faris. Lembut dia mengelap air mata yang mengalir. Walaupun gadis itu tidur, air mata masih mengalir.

"Sampai kan dalam tidur pun kau menangis sweetheart. Aku memang tak pernah baik kan dalam hidup kau sama ada mimpi atau realiti. Teruk betul suami kau ni." Syed Faris tergelak pahit.

Tangan Umaira dicapai, kekura tangan isterinya dicium berkali-kali. Baru sekejap mereka bertekak dia sudah rindu. Dia tak pernah membayangkan hidupnya jika Umaira benar-benar memilih untuk pergi.

Wajah nyenyak Umaira dipandang penuh minat. Dia tak tahu dia mampu atau tidak memandang wajah cantik ini apabila mata yang tertutup itu terbuka nanti.

Kepala Umaira diusap penuh kasih.

"Aku harap kau dapat bertahan dengan aku walau macam mana pun layanan aku."

***

Bunga dihadapannya dipandang sepi. Tiada satu pun tempahan yang dapat dia siapkan. Fikirannya berserabut.

Sudah seminggu hubungannya dan Syed Faris dingin. Lelaki itu tak lagi mengada seperti sebelum ini. Semuanya hambar.

Namun, dihadapan Sharifah Safia dan Syed Fakhrul, lelaki itu bijak menutup kedinginan mereka. Makan bersuap sudah menjadi rutin harian. Wajah serius yang sering ditayangkan.

"Aish, aku salah ke?" Rambut dicengkam. Habis serabai rambut.

Amir, Amirul, Mira dan Liya berpandangan sesama sendiri. Aku tengok kau, kau tengok aku.

"Mira, asal kawan kau tu?" soal Amirul.

Mira mengangkat bahu. Mana dia tahu.

"Abang Amir, kenapa adik abang tu?" tanya Mira kepada Amir pula. Takkan abang dia tak tahu pulak kan..

Amir mengeluh. Wajah penuh kebodohan ditunjukkan.

"Mana aku tahu, kau ingat diorang laki bini tinggal dengan aku ke?"

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now