𝓑𝓪𝓫 14

8.8K 489 19
                                    

Sebaik sahaja melarikan diri tadi, entah macam mana dia boleh sampai di mall. Semua pelusuk mall dia jelajahi.

Kakinya berhenti melangkah apabila ternampak kedai menjual telefon.

Nak masuk ke tak?

Nak beli baru ke tak?

Phone kat Syed Faris tu nak biar ke nak ambil semula?

Umaira mengusap dagu sambil berfikir.

"Masuk je lah. Nantilah fikir yang tu." Gumam Umaira sendirian.

Laju kakinya melangkah masuk.

"Selamat datang cik." Kata pekerja kedai itu sambil tersenyum.

Umaira menundukkan kepala sedikit seraya menghadiahkan senyum kecil kepada gadis itu.

"Saya nak tengok phone yang more than RM500 but less than RM1000."

"Boleh cik."

Laju pekerja itu mengeluarkan satu-satu phone yang diminta oleh Umaira. Dia perlu berjimat. Duit dia dah macam air sejak dua menjak ni. Nasiblah kuat menabung. Jadi, ada lagi sisa-sisa untuk meneruskan kehidupan.

Umaira menilik satu-satu sebelum menunjukkan phone yang kedua hujung, Realme C3.

"Bungkus dan tolong masukkan sim sekali ya." Tambah Umaira ringkas. Taknak cerewet-cerewet buat masa sekarang. Ngak punya waktu.

"Here." Bungkusan berisi telefon itu diambil. Selesai sahaja membayar Umaira masuk pula ke dalam KFC.

Malas nak balik lagi. Bukan ada sesiapa pun kat rumah. Lainlah kalau ada suami kan? Eh?

Gatal nyah. Siapa nak kan kau? Syed Faris tak payah tanya lah memang kena reject awal. Perempuan murah kan?

Umaira tersenyum pahit. Ayam di dalam pinggan dikuis-kuis. Sememangnya dia tiada niat untuk menggoda Syed Faris sehingga jadi suami sebab dia memang tak layak.

Siapalah dia nak dibandingkan lelaki itu. Umaira bersandar pada kerusi lalu membuang pandang ke luar. Dia duduk di tempat yang agak berselindung.

"Bersih gila tingkap ni..nampak jerawat aku bhai." Sempat Umaira menilik wajahnya di tingkap lutsinar. Ini kalau ada orang lalu memang boleh menjatuhkan 'water face' sendiri ni.

Umaira tergamam apabila ternampak biasan kelibat yang dia sangat kenali. Lelaki itu bersama seorang wanita bertudung, cantik. Kedudukan meja mereka tidak terlalu jauh tetapi lelaki itu duduk membelakangi Umaira.

Entah kenapa Umaira memandang ke arah lain apabila hatinya tiba-tiba terasa asing. Sakit. Mata dikerdipkan beberapa kali mengelakkan air mata jatuh.

Pasangan itu nampak serasi. Gadis itu mampu buat Syed Faris ketawa.

Umaira tersenyum pahit. Tiba-tiba dia nampak jalan balik rumah. Laju dia bangun. Rambut diambil melindungi wajah.

Ketika melalui meja mereka Umaira menoleh ke arah beretentangan dengan mereka. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu Umaira menghela nafas lega.

Sempat dia menoleh kembali melihat pasangan itu. Terkaku Umaira apabila mata cantik dan tajam itu memandang ke arahnya. Detak jantungnya bertukar irama.

Tanpa berfikir panjang Umaira berlari meninggalkan tempat itu apabila lelaki itu mula berdiri.

Andwae!

Dia tak mahu jumpa Syed Faris lagi. Dia belum bersedia. Dia tak kuat. Tak kuat untuk menghadap dan mencerna kata-kata kasar dari mulut lelaki itu.

Umaira tak tahu kemana kakinya melangkah dia hanya mengikut hati sahaja. Akhirnya dia berhenti apabila menyedari dia berada di satu lorong yang sunyi. Hanya dinding putih di kiri kanannya. Tiada seorang pun manusia di situ. Lampu disitu pula hanya suram dan berkelip-kelip seperti dalam cerita hantu.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now