𝓑𝓪𝓫 8

8.5K 386 8
                                    

Flashback

"Dato'." Panggil Aisyah.

Mira menunduk melihat Dato' Mansur yang duduk di sofa bersama seorang lelaki yang duduk membelakangi Mira dan Aisyah.

"Thank you Aisyah. Awak boleh keluar. Mira, come. Have a sit."

Mira berjalan mendekati sofa di sebelah Dato' Mansur dan berhadapan lelaki muda itu. Sempat Mira mengerling wajah dingin yang menunduk memandang telefon pintarnya.

"Thank you Dato'. Ada apa ya Dato'?"

Tanpa ditunggu Mira bertanya. Nervous. Sudahlah lambat. Sampai-sampai kena masuk bilik bos.

"Ouh itu, sebelum tu kenalkan bakal CEO baru yang akan menggantikan saya, my son. Luqman Faiz."

Mira terkaku apabila lelaki itu mengangkat pandangan. Tajam. Kalau itu pisau rasanya dia dah jadi hirisan-hirisan halus.

"Erk..Hi Encik Luqman. Saya Amira Syasya." Mira menunduk kepala. Cuba buang jauh-jauh rasa tidak selesa dengan pandangan itu.

Tak pernah tengok orang ke?

"Ehem.."

Dato' Mansur berdehem. Luqman mengangguk ringkas dan memandang papanya. Dato' Mansur tersenyum nipis. Bukan dia tidak perasan pandangan itu. Kesian staf dia.

"Kalau awak perasan, sejak dua menjak ni saya selalu suruh awak buat kerja P.A saya kan?"

"Ya betul."

Sebab itulah dia selalu balik lambat sejak dua menjak ni. Hilang me time. Asyik office time ja.

"Saya sebenarnya nak latih awak untuk jadi P.A my son mulai hari ini."

Mira tercengang. Dia tak salah dengar kan? Dia kena jadi P.A pakcik ni? Oh my Allah.

Luqman tersenyum sinis melihat wajah terkejut gadis itu. Sejak tadi gadis itu menghiasi pandangan matanya tanpa gadis itu sedari.

"A-apa Dato'? Habis kerja saya?" Tanya Mira cuba mengelak dari jawatan itu. Kalau bos dia Dato' Mansur okaylah. Ini anak dia kut. Takutt.

"Soal kerja awak takpa, orang lain boleh handle. Jangan risau."

"Erm..Aisyah? Kalau anak Dato' jadi CEO, so Dato' dah tak jadi CEO. Aisyah macam mana? Kenapa tak Aisyah je? Aisyah kan P.A dato?"

Dato' Mansur tergelak kuat. Soalan bertubi-tubi dari gadis itu mencuit hati. Luqman tergelak sinis. Nampak sangat gadis itu nak lari.

"Why? You taknak jadi P.A I? Tak sanggup? Macam ni ke attitude you sebagai pekerja. Kenapa you nak persoalkan apa yang bos you buat?" Ujar Luqman tegas.

Mira menunduk. Argghh!! Mama!

"Saya mintak maaf Encik Luqman, Dato' atas kebiadapan saya. Saya just terkejut dan curious. Sorry. " Ujar Mira perlahan.

Belum apa-apa dah garang. Takut!

"Luq.." Dato' Mansur menggeleng kepada Luqman apabila lelaki iti mahu membuka mulut lagi.

Tak pasal ada orang berhenti kerja kejap lagi.

"Its okay Mira. Anak saya tegas sikit. Kalau tentang Aisyah jangan risau. Dia still dengan jawatan yang sama cumanya dia akan dipindahkan ke cawangan lain. Lagipun itu memang dari apa yang dia minta."

"Ouh.." Mira tersenyum kekok. Nak senyum pun serba salah. Nak ja dia korek biji mata lelaki di depannya itu. Pandang tempat lain tak boleh?

"So, how? Are you okay with it?"

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now