𝓑𝓪𝓫 24

10.2K 459 1
                                    

"Mira, come in to my office."

Mira mengeluh lemah sebaik sahaja interkom berbunyi. Sungguh dia malas mahu bertemu muka dengan lelaki itu tapi nak buat macam mana? Bos kan? Dengan malas dia bangun bersama ipadnya ke ruangan Luqman.

"Come in." Kata suara didalam apabila gadis itu mengetuk pintu.

"Yes, bos? Anything?" Soal Mira. Muka cuba dimaniskan. Bayangan muka tak berperasaan Luqman dan Syed Faris semasa Umaira terjatuh ke dalam kolam terbayang di mata. Kejam.

Luqman yang sibuk menekan moniter berpaling memandang wajah manis itu.

"Are you busy?" Bersatu kening Mira.

"No."

"Good. Jom lunch dengan saya."

What? Mira melirik mata ke arah jam di dinding. Ouh patutlah..Dah waktu lunch.

"Er, taknaklah bos. Saya dah janji dengan orang lain." Laju Mira menolak. Luqman yang baru sahaja mahu berdiri terduduk semula.

"Who?" Tanyanya dingin. Hilang wajah mesra alamnya tadi.

"Someone." Jawab Mira ringkas.

"Who is 'someone'?" Soalnya lagi.

"No need to know I think. Its my privacy." Ujar Mira seselamba yang mungkin. Diam-diam air liur ditelan kesat. Wajah garang Luqman bersama pandangan mata yang menikam matanya amat menakutkan.

"You may go now."

Luqman bersandar pada kerusi. Tali leher ditarik kasar. Dua butang atas baju kemeja dibuka. Panas! Sama seperti hatinya.

Mira menunduk sedikit dan berundur keluar dari ruangan itu. Nafas lega dihela.

Sebenarnya, dia tidak berjanji dengan sesiapa tetapi dia mahu menjauhkan diri dari Luqman. Hatinya rasakan sesuatu yang tak sepatutnya dan itu bukan perkara yang bagus.

Mira melirik pintu bilik kerja Luqman sekilas.

Sorry...

Dia sangat berharap Luqman tak akan bercakap buruk mengenai Umaira didepannya. Dia sudah berjanji pada diri sendiri jika Luqman menghina kawan baiknya surat letak jawatan akan diletakkan di meja lelaki itu.

Surat letak jawatan sudah dia sediakan dan dibawa kemana sahaja di dalam beg tangannya.

Mira mengeluh. Beg tangan dicapai. Apa pun dia perlu keluar bersama 'someone' yang disebutnya tadi. Haih..mulut laju sangat. Malasnya nak keluar.

Inilah orang cakap kerana mulut, badan binasa. Mira berjalan tanpa hala tuju di tengah-tengah shopping mall. Hanya berbekalkan sebotol air dan dua bungkus roti coklat.

Tak ada mood nak makan. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Kerusi panjang didekati. Punggung dilabuhkan disitu. Air mineral dibuka dan diminum. Mata asyik sekejap-sekajap memandang orang yang lalu lalang.

Masih ada 45minit sementara waktu lunch akan habis. Jadi, Mira bercadang mahu menghabiskan roti dan pulang ke pejabat.

Umaira is calling...

Telefon pintar di dalam beg tangan di capai.

"Yes?" Soal gadis itu. Telefon di apit diantara telinga dan bahu. Tangan membuka bungkusan roti.

"Mira...aku demam." Umaira merengek. Dia mahukan perhatian seseorang.

Terhenti perbuatannya yang baru mahu menggigit roti. Terus roti diletakkan semula.

"Kau demam Maira? Okay tak sekarang?" Tanya Mira risau.

"Aku tak okay. Aku sakit kepala nak muntah semua ada. Boleh tak kau tolong bawa aku pergi klinik kejap lagi?" Disebabkan Amir tak ada buat masa sekarang, hanya Mira yang diharapkan.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now