𝓑𝓪𝓫 16

9.1K 456 10
                                    

"Sebab aku cakap aku yang bawak kau pergi Club dan bukan kau yang bawak aku pergi sana." Serba salah Umaira memberitahu.

Mira terdiam.

"Mira aku tak boleh fikir cara lain. Aku taknak diorang fikir buruk pasal kau. Kau kerja dengan Luqman. Aku tak sampai hati."

"Habis kau? Puas hati kau sekarang ni bila diorang cakap kau murah? Puas?" Ucap Mira dingin. Air mata di pipi di usap kasar.

"And satu lagi kenapa marah sangat dekat kau dan hina kau lebih-lebih? Kita kena pukul je kan malam tu. Asal over sangat." Tambah Mira lagi. Mukanya sudah tegang. Dia sangat tak berpuas hati.

"Mira satu lagi malam tu kita bukan kena pukul ja, kita hampir kena rogol.. dan aku saksikan semua benda yang jadi. Waktu tu kau dah tak sedar. Sejak tu, aku tak boleh dekat dengan lelaki. Aku trauma Mira."

Mira terdiam. Dia langsung tak boleh cerna apa yang Umaira sampaikan. Laju air matanya mengalir. Allah..

Sekali lagi Umaira ditarik ke dalam pelukan.

"Ke-kenapa buat macam tu Umaira. Kenapa kau sayang aku sampai buat macam tu? Kau tak sayang diri sendiri ke? Kenapa?"

Umaira mengetap bibir mendengar Mira menangis teresak-esak

"Kenapa Umaira? Why? Kenapa tak cakap sebelum ni? Kenapa tanggung sorang-sorang? Kau mesti tak percayakan aku kan.." soal Mira lagi di bahu Umaira.

Laju Umaira menggeleng kepala menafikan.

"Aku percayalah kat kau.."

"Kau tipu. Kalau kau percaya aku kau akan share semua masalah dengan aku. Kau tak akan pendam sorang-sorang." Bentak Mira bersama esakan. Tersedu-sedu dia menangis. Dia langsung tak boleh bayang macam mana penderitaan yang Umaira dah tanggung selama ni dan 'berlagak kuat'.

"Aku taknak kau kena pecat Mira. Aku taknak diorang hina kau. Cukuplah aku kena hina. Kau tak payah.."

"Eii..lepas tu kenapa kau menangis? Kau mesti dah kuat sangat kan sampai kau mengaku tu semua salah kau. Haa dah tu tak payah la nak kisah Syed Faris tinggal kau macam tu je." Bentak Mira geram. Pelukannya dileraikan. Matanya tajam mencerlung Umaira yang masih teresak-esak.

"Berhenti menangis! Kalau kau kuat sangat stop crying right now!" Jerkah Mira tiba-tiba membuatkan bahu Umaira tersentak.

Semakin mendayu-dayu tangisan Umaira. Dia sedih sangat-sangat. Sampai hati Mira jerkah dia.

Laju Mira berdiri apabila Umaira menangis lebih teruk sambil menekup muka dengan tangan.

"Kenapa menangis? Why? Sakit? Hah?! Aku tanya ni!" Jerkah Mira lagi. Dia sangat marah. Kenapa Umaira sanggup seksa diri seperti ini. Dia tak kisahlah kalau si Luqman tu nak pecat dia. Langsung tak. Banyak lagi kerja lain kat luar tu.

"Mira..please..jangan marah aku." Rayu Umaira seraya cuba menggapai tangan Mira. Dengan kasar Mira menepis.

"Hey! Kau tahu tak, aku tak kisahlah kalau orang nak pandang hina aku. Tapi kau sedar tak kau biar orang yang kau sayang hina kau! Kau bodoh ke?! At least hati aku tak sakit macam kau lah kalau aku kena hina sebab aku tak ada hati dekat mamat tu tapi kau? Kau biar dia rendahkan kau macam tu, kau dah kenapa?!"

Umaira terdiam sambil kepala menunduk. Esakan kecil masih terdengar. Dia tak berani nak memandang Mira apabila gadis itu marah. Ini kali pertama Mira marah dia seteruk ini. Mira menarik nafas lalu hembus. Mata dipejam beberapa saat.

"Sekarang ni apa masalah kau? Kenapa kau menangis? Kenapa kau macam orang broken sampai berminggu-minggu? Kenapa? Kau mesti dah pepare kan konon kuat macam wonderwoman" tanya Mira sarkastik. Umaira dijeling tajam.

"Sebab aku sedihlah, kau tahu aku rasa macam dikhianati." jawab Umaira perlahan sambil menunduk.

"Menjawab!"

"Kau tanya kan!" bentak Umaira.

"So, kau sedihlah ni." tanya Mira mengejek muka dimemekkan seperti orang minta kaki.

"ya..." jawab Umaira meleret. Muka Mira diapandang tajam. Sengaja nak perli orang lah tu. Dasar J.

"Kau kuat sangat kan..ha hadaplah. Mesti kau dah pakai penapis coway dekat hati kau kan type 'anti-broken'." Ujar Mira sarkastik sambil memeluk tubuh.

"Mira......." Panggil Umaira meleret. Umaira turun dari katil lalu memeluk kaki Mira. Mira hanya buat donno ja dengan kawan baik dia.

"Mira kau janji dengan aku tau yang kau tak akan bagitatu dua orang tu. Biar ja. Okay?"

Laju Mira menoleh memandang Umaira. Mira mengetap bibir dan duduk bersila dihadapan Umaira yang duduk bersimpuh di lantai. Pipi Umaira dipegang kedua-dua belah.

"Kau bodoh eh?" Tanya Mira bersahaja.

Setepek Mira bagi. Laju tangan Umaira menampar lengan Mira.

"Kau tahu dah banyak kali kau bodohkan aku harini. Aku tak bodohlah." Bentak Umaira.

"Masalahnya nak kata cerdik jauh sekali." Mira tersenyum sinis. Hambik kau.

"Ish!" Mira dijeling.

"Aku tak janji. Kalau diorang hina kau depan aku, aku boleh cakap sorry sangat. Memang aku hentak dua-dua dengan kebenaran biar terngadah dua-dua. Tunggulah! Berani diorang hina kawan baik aku. Eii!" Peha sendiri ditumbuk geram.

"Okay, aku doa mulut diorang behave bila ada kau. Amin."

"Bagus. Okay sekarang kau tak payah acah broken. Jom turun. Makan. Kalau aku ada kat depan kau, kau tak payah nak acah lembik. Kau nak hadap sorang-sorang sangat kan, jadi tak payah tunjuk dekat aku yang kau sedih. Cari orang lain. Jom makan." Lengan Umaira ditarik supaya berdiri.

Umaira mencebik. Sampai hati.

"Pastu aku nak share story dengan siapa kalau bukan kau?" Memuncung mulut Umaira bertanya.

Mira menahan tawa. Memang takla dia nak bagi Umaira hadap sorang-sorang. Kalau boleh dia nak berhenti kerja pastu jadi bodyguard Umaira. So, nanti kalau ada yang berani hina Umaira memang dia sembur kaw kaw.

"Cari orang lain bukan aku!"

"Alaaaaa...Mira. Janganlah." Lengan Mira digoyang.

Mira menjulingkan mata ke atas. Umaira diheret menuruni tangga. Dalam hati dia bersyukur kerana Umaira sudah berhenti menangis. Dia sengaja tidak mahu memujuk tetapi memarahi Umaira.

Dia tak mahu Umaira terlalu terbawa-bawa dengan emosi dan berfikir perkara yang boleh buat Umaira sedih. Hanya dia yang tahu macam mana rasa nak marah yang ditahan sejak tadi.

Kau tunggu Luqman Faiz dan Syed Faris. Aku stapler mulut kau orang. Kau tunggu!

Be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Be continued...

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now