𝓑𝓪𝓫 62

9.6K 389 37
                                    

Umaira diam memandang pemandangan di luar tingkap kereta. Manalah Syed Faris nak bawak dia pergi. Kalau nak kata balik rumah macam tak. Kalau pergi office Syed Faris pun macam tak.

"Abang...." Panggil Umaira.

"Yes sayang..." Balas Syed Faris lembut sambil tersenyum.

Umaira mengemam bibir menahan sengihan. Aduh aduh kenapa buat suara macm tu suami. Cair ni..siapa nak bekukan semula ni?

"Erm..abang nak bawak saya pergi mana."

Dengar sahaja perkataan saya keluar dari mulut Umaira terus Syed Faris menekan brek secara mengejut. Sebelah tangannya menahan kepala Umaira dari terhantuk pada dashboard.

"Abang!" Panggil Umaira terkejut. Macam nak tercabut jantung dibuatnya. Baru sekejap dia mencair, kali ni memang betul-betul beku dah. Allah..

Syed Faris buat tak endah. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan kepada Umaira yang masih terkejut dia keluar dari kereta.

Pintu di sebelah Umaira dibuka dengan wajah tegang. Berkerut kening Umaira. Kenapa ni?

"Keluar." Kata Syed Faris sepatah.

"Hah?"

"K.E.L.U.A.R sayang.." ulangnya lagi. Tegas.

Teragak-agak Umaira keluar dari kereta dari kereta. Muka Syed Faris ketat macam pakai botox. Cuak Umaira.

"Kenapa abang?" Sekelilingnya Umaira perhati. Mana lah tahu ada something atas jalan ke kan.

"Pandang apa?" Soal Syed Faris dingin sambil memeluk tubuh. Dia perhatikan sahaja gelagat Umaira. Geram betul. Isterinya langsung tak sedar apa salah yang dah dibuat.

"Hah? Takde..abang kenapa berhenti?" Soalan dibalas pula dengan soalan.

"Gelar diri sendiri apa tadi?"

"Hah?" Blur Umaira.

Apa benda ni?

"Abang dah cakap tadi. Sweetheart better pilih antara sayang atau sweetheart untuk gelarkan diri sendiri instead of saya tapi sweetheart still degil kan. Memang nak kena denda ke?" Soalnya dingin.

Oh-uh...

Umaira menekup mulut sendiri sebelum tersengih tak bersalah.

"Lupalah abang. Hehehe." Terus mati senyuman Umaira apabila terperasan kan sesuatu.

Lantas lengan Syed Faris ditampar geram.

"Abang! Abang brek kereta macam kita nak berlanggar kereta lain tadi hanya sebab saya gelarkan diri saya 'saya'? Seriously abang??"

Terlopong mulut Umaira. Wahh...ini diluar kotak pemikiran saya.

"Haa tengok tu. Cakap saya lagi." Sergah Syed Faris.

"Abang jangan main-main eh. Abang tahu tak kalau kita accident tadi macam mana? Ya Allah..abang ni kan.." Umaira memicit dahi.

"Sebab abang tahu tak ada kereta lah abang buat. Ini sekarang ni, sayang didenda sebab tak ikut cakap abang."

"Ehh...mana boleh. Saya lupa lah.." bantah Umaira. Ini tidak adil lagi saksama.

"Eh kenapa tak boleh? Siapa suami? Abang ke sayang?" Soal Syed Faris dengan kening yang terangkat sebelah.

Umaira mencebik apabila Syed Faris mula bermain dengan kuasa vetonya.

Tak adil kuasa dua.

"Sa-ya...sa-yang.." tergagap Umaira membahasakan diri sendiri sayang. Mana tak keras lidahnya..24 tahun single matt.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now