𝓑𝓪𝓫 11

8.7K 428 0
                                    

Umaira menilik hoodie yang dipakainya. Baju yang dipakai semalam dipakai semula. Dia dan Mira sudah boleh keluar harini. Matanya yang sembap dipandang sekilas. Nasib baiklah Mira tidak tanya apa-apa.

Mira hanya bertanya macam mana dia boleh terlantar disini. Dia ingat bahawa ada dua orang lelaki menggganggu mereka tetapi dia taktahu bahawa mereka hampir dirogol. Nasib baik.

Jadi, Umaira hanya memberitahu yang mereka dipukul dan diselamatkan oleh Luqman dan Syed Faris. Umaira tersenyum pahit bila teringatkan dua lelaki itu terutamanya Syed Faris.

Tak sempat nak ambil hati sudah dibenci. Heh! Sadgirl. Belum sempat nak cuba masuk jarum, jarum dah patah.

Umaira menongkat tangan di birai sinki sambil memejam mata. Dia harap dia tak berjumpa dengan dua lelaki itu buat sementara waktu. Dia takut untuk menerima kata-kata nista yang bakal dihamburkan.

Kalaulah dia bagitahu yang Mira membawanya kesana, itu lebih perit. Semestinya Luqman akan memecat Mira atau menyiksa mental Mira di pejabat.

Biarlah dia yang menanggung, sekurang-kurangnya possibility untuk berjumpa dua lelaki itu hanya 1 per 9. Harapnya lah.

Haih..

Tok! Tok! Tok!

"Oi! Cik kak. Kau renovate tandas ke macam mana? Kenapa lama sangat tu. Aku nak shi shi lahhhhh! Cepat sikit!" Umaira tersengih. Sekurang-kurangnya dia masih ada Mira yang mampu buat dia tersenyum.

Biarlah cinta pergi dari sahabat yang jadi gadaian.

Umaira membuka pintu lalu tersengih tak bersalah. Mira yang sudah terkepit-kepit merempuh masuk tanpa menghiraukan Umaira. Umaira tak penting sekarang ni. Tandas lebih penting dan diperlukan.

Umaira hanya mampu menggeleng sambil ketawa. Dia mengemas katil pesakit serba sedikit sebelum discharged sebentar lagi.

Rambut yang terlepas bebas dicengkam lembut sebelum diikat kemas.

"Umaira..baju aku ni koyak plus kotor lah..haish. takkan aku nak re 'pakai' jugak." Keluh Mira sebaik melangkah keluar dari toilet.

Umaira menilik pakaian yang dipakai Mira. Benar kesan koyak masih ada. Umaira memandang sekeliling sebelum ternampak satu beg kecil di atas sofa. Dia mengerutkan dahi. Beg siapa?

Dia mengambil beg itu. Isi beg dikeluarkan. Dua helai hoodie hitam dan dua helai seluar. Tag harga masih terlekat.

"Apa tu?" Tanya Mira sambil mencuri pandang barang yang berada di tangan Umaira.

Umaira menoleh sambil menunjukkan pakaian itu kepada Mira.

"Aku rasa bos kau yang bagi." Ujar Umaira perlahan.

Mira mengerutkan dahi sebelum tersenyum.

"Wahh! Caringnyaa." Umaira tersenyum pahit.

Haah. Caring.

Umaira menghulurkan kedua-dua baju itu kepada Mira.

"Ambil lah. Ambil dua-dua. Baju aku still cantik dan wangi. So kau pergi tukar. Aku nak balik . Penat."

"Lah..ni ada dua. Ambiklah satu. Mesti bos beli untuk kau satu ni."

Umaira menggeleng.

"Takpa. Ambik dua-dua. Aku masih cantik." Kata Umaira sambil tersengih.

Mira memandang Umaira jengkel.

"Yelahh..kejap."

Senyuman Umaira memudar sebaik sahaja kelibat Mira menghilang ke dalam tandas.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now