Bab 39

11.2K 465 34
                                    

"Akak, Liya balik dulu. Semua dah kemas. Akak just kena kunci pintu sebab abang Amir cakap Kak Maira dah tak datang kedai."

"Ouh..ye ke? Agak-agak dia okay tak? Akak
risaulah dia marah.." Terus terhenti tangan yang sedang menyapu lantai kedai.

Liya tersengih. Itulah cari masalah lagi.

"Insyaallah. Tak ada apalah. Doa je yang baik-baik okay?" Liya mengusap bahu Mira. Semoga Umaira berlembut hatilah dengan kawan baik dia ini.

"Bye, Liya balik dulu. Eh? Akak balik dengan siapa ni Kak Maira tak ada?"

"Jangan risau. Kejap lagi akak balik naik Grab je." Mira tersenyum sambil meneruskan menyapu sampah. Banyak pulak habuk. Siapalah bawak masuk habuk banyak sangat ni?

"Ouh okaylah. Pergi dulu."

Mira tersenyum. Manalah Umaira dapat Liya ni. Baik sangat. Boleh buat menantu.

Mira menggeleng kepalanya. Menyempat.

Dia tersenyum puas melihat setiap sudut kedai nampak berkilat-kilat. Tengok tanganlah kan. Ini Amira Syasya tau.. Dia lagi seronok bekerja disini. Walaupun banyak tempahan tetapi tidak terasa tekanannya kerana Umaira dan Amir tidak membezakan bos dan pekerja. Semuanya boleh diajak bergurau dan berseronok.

Penyapu disimpan di stor semula. Sinki dituju. Tangan dibasuh dan dilap sehingga kering dan bersih. Sling bag di kabinet diambil dan disilang di tubuhnya. Rambut dibetulkan sebelum keluar dari bahagian dapur itu. Berkerut dahinya apabila melihat seorang lelaki yang berdiri membelakangkan dirinya. Rasanya dia dah alih papan tanda 'Open' kepada 'Close' tadi.

"Encik? Nak beli bunga ke? Kedai dah tutuplah.."tegurnya.

Lelaki itu menoleh sambil tersenyum. Mira menjulingkan matanya melihat bekas majikannya yang berdiri dihadapannya. Mira memeluk tubuh.

"Kedai dah tutup. Sila keluar. Rasanya tahu kat mana pintu kan.." halau Mira bersahaja. Wajahnya dikekalkan bersahaja walaupun hatinya seperti mahu melompat keluar. Sudah lama tak berjumpa dengan lelaki itu. Ada rasa kehilangan sedikit. Sikit je..

Luqman tersenyum senget.

"Wow! Tak sangka Umaira didik pekerja dia macam ni. Lain macam betul cara layan customer."

"Bukan Umaira didik saya. Saya yang didik dia. Apa encik tahu." Amboi! Riak. Kalau Umaira dengar ni mahu kena sumbat dengan bunga.

Luqman tergelak. Menarik. Semakin sombong ya budak kecil ni.

"Baru tahu. Bagus cara awak didik dia. Saya berbangga." Katanya. Sengaja melayan.

Mira menjeling Luqman tajam. Sengaja nak cari masalah.

"Encik nak apa ni? Saya nak balik. Buah hati saya dah tunggu." katanya dengan angkuh.

"Yes. I know. Because of that I'm waiting for you here. I want to send you home."

"Eh! Siapa cakap encik buah hati saya? Perasan je.." Mira memutarkan matanya.

Luqman membuat muka pura-pura terkejut.

"Eh? Mana ada. saya tak cakap pun saya buah hati awak.."

Luqman tersenyum nakal.

"Awak nak jadikan saya buah hati awak ke?"

Mira mengetap bibir. Kau main-main.

"Apa encik cakap tadi? Nak hantar saya balik? Tak payah.." dia menukar topik. Termasuk jerat macam mana? Baik lari.

"Kenapa sombong sangat ni? Saya bekas bos awak tau.." Luqman bercekak pinggang. Geram ni geram.

"Biarlah. Sibuk kenapa?"

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now