𝓑𝓪𝓫 73

7.6K 358 28
                                    

Umaira tersengih bangga sebaik sahaja sarapan ringkas dihidangkan di atas meja. Sebaik sahaja dia habis berpantang dan semakin sembuh Umaira sudah kembali nelakukan semua perkara yang dia dah biasa buat.

Mereka juga sudah kembali ke rumah mereka. Hari ini pun dah seminggu dia masuk kedai atas keizinan Syed Faris. Syed Faris pulak memang semakin sibuk.

Kadang-kadang rasa terabai la jugak tapi Umaira cuba berfikir secara rasional. Dia tak ada keberanian nak mengganggu Syed Faris buat kerja. Takut kena marah. Benci betul dapat suami garang. Eh? Tak bersyukur.

Umaira berpusing kembali ke dapur semula apabila dia teringat yang dia terlupa mahu membancuh air teh panas untuk Syed Faris. Banyak sangat berangan.

Tersentak bahu Umaira apabila sepasang tangan tiba-tiba memeluk pinggangnya dari belakang. Terlepas pegangannya pada sudu teh.

"Hi sweetheart.." bisik Syed Faris seraya mencium telinga Umaira sekilas. Dia merehatkan dagu pada bahu Umaira.

Umaira memejam mata sambil mengurut dada sendiri. Tak henti-henti dia beristighfar. Boleh mati sakit jantung kalau macam ni. Terlepas ketawa Syed Faris. Pipi Umair dicium sekilas.

"Abang ni kan? Nak cepat menduda ke? Terkejut tahu tak! Datang tiba-tiba macam hantu." Bebel Umaira. Lengan Syed Faris yang berada di perutnya ditampar geram.

Sudu kembali dipegang dan menyambung kerja-kerja membancuh teh panas.

"Kalau cepat duda, cepatlah dapat bini baru." Katanya selamba. Sengaja nak mengusik pagi-pagi. Bekal bawak pergi kerja.

"Haah, perasan. Entah ada ke tidak orang nak kan abang. Sudahlah garang. Euw! Seram!"

"Ouh euw kan abang.." tanpa amaran pinggang Umaira dia geletek sehingga tak cukup nafas dibuatnya Umaira kerana terlalu banyak ketawa.

"Okay tak, tak. Tak euw tapi wow!" Umaira tergelak sendiri. Ada-ada sahaja. Dasar manusia mintak puji.

"Wow? Wah! Cuba explain lebih sikit apa yang wow.." kata Syed Faris nakal. Umaira tersengih. Soalan senang buat apa runsing-runsing. Badannya dipusingkan menghadap Syed Faris.

Leher Syed Faris ditarik kasar sehingga telinga lelaki itu berada separas dengan wajahnya. Syed Faris tersenyum sinis. Pelukan di pinggang Umaira dieratkan. Ganas.

"Sexy, hot, handsome, baik, garang, suka marah orang, tak bagi sayang buat itu ini, dan banyak lagi." Itu dia puji plus mengata. Two in one. Siap!

Syed Faris mengetap rahangnya. Geram. Ingatkan nak puji sampai habis. Huh! Sikit ja rupanya.

Umaira ketawa suka sebelum dia melepaskan pegangannya pada leher Syed Faris. Kesian tunduk lama-lama. Itulah cari lagi isteri pendek.

Baru Syed Faris mahu menyuarakan ketidakpuasan hatinya Umaira bertindak menekup mulut sexy itu.

"Abang jangan bebel. Kita makan eh. Sayang lapar plus nanti abang masuk kerja lambat. Jom, jom." Dia melepaskan tangannya di mulut Syed Faris sebelum berpusing semula mengangkat secawan teh panas yang dia bancuh.

"Nah, bawak ni pergi sana." Cawan teh panas itu diberikan pada Syed Faris. Berkerut dahi lelaki itu. Apa ni?

Baru dia mahu membuka mulut Umaira mencantas.

"Aip! No excuses. Jalan." Badan Syed Faris dipusing dan dengan senang hati dia menolak badan lelaki itu mengarahkan suaminya supaya berjalan.

Syed Faris? Bagai lembu dicucuk hidung. Jalan menonong ke meja makan. Nasiblah bini kalau kawan dia dah lama kena tibai.




***




Umaira tunduk mencium tangan Syed Faris yang mahu berangkat ke tempat kerja. Kemudian pipi kiri dan kanan lelaki itu juga dicium. Heheh. Bukan selalu pun dan sebab tu lah terbuntang mata Syed Faris.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now