𝓑𝓪𝓫 76

9K 381 52
                                    

Umaira memandang pintu rumahnya. Sekarang sudah 10 malam dan dia baru ada perasaan mahu pulang. Dia perlukan masa untuk bersendirian dan menguruskan beberapa urusan penting. Benar tekaannya, Syed Faris sudah pulang. Sampul surat di dalam genggamannya dia genggam erat.

Berkedut jadinya tapi dia tak kisah. Kalau nak dibandingkan hatinya lebih berkedut malah hancur. Umaira menarik nafas lemah.

Tali sling bag yang jatuh dia angkat semula ke bahu. Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu. Sebaik sahaja dia masuk dan menutup pintu, baru sahaja dia menoleh, Syed Faris yang entah datang dari mana berdiri tegak dihadapannya dengan wajah risau.

"Where are you going? Kenapa tak angkat abang call?" Umaira terus ditarik ke dalam pelukan. Betapa risaunya dia tadi sebaik sahaja pulang ke rumah tapi Umaira tak kelihatan.

Sungguh dia takut jika Umaira meninggalkannya tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu.

Umaira senyum nipis belakang tubuh suaminya dia tepuk perlahan. Pelukan dileraikan. Matanya menikam mata hitam Syed Faris lembut.

"Sayang ada hadiah untuk abang." Kata Umaira sambil tersenyum. Sampul surat di tangannya dia kerling sekilas.

Berkerut dahi Syed Faris. Umaira dah tak marah? Umaira tak salah faham? Aneh.

"Sweetheart, okay tak. Apa yang sweetheart fikir tadi tak betul sweetheart." Kata Syed Faris lembut tak menghiraukan kata-kata Umaira.

Umaira menelan liur apabila kejadian tadi kembali berulang di fikirannya. Dia menunduk.

"Its okay. Ni hadiah untuk abang." Sampul surat di tangannya dia hulurkan pada Syed Faris. Teragak-agak Syed Faris menerima.

"Bukalah." Kata Umaira tanpa perasaan. Dia penat.

Perlahan-lahan Syed Faris membuka sampul surat itu dengan mata yang asyik memandang Umaira aneh. Isi di dalam dia tarik.

Borang Permohonan Poligami.

Terbuntang mata Syed Faris. Tanda tangan Umaira di hujung surat berjaya menghentikan detak jantungnya.

"Apa sweetheart buat ni?" Rehangnya diketap geram. Kenapa Umaira buat macam ni.

"Bring your happiness." Jawab Umaira lembut dengan mata kaca. Syed Faris maraup rambutnya kasar.

"Happiness my foot la sweetheart. Kenapa ni sweetheart? Tell me. Who ask you to do this?"

"Myself." Umaira menunduk apabila air matanya mula turun.

"Abang tak pernah ada niat nak kahwin lagi satu. Tak pernah. Faham tak?" Bahu Umaira dia pegang. Memaksa Umaira memandang wajahnya.

"Abang I know abang ada Laila. Sayang tak kisah kalau abang kahwin dengan dia. Sayang sanggup." Jawab Umaira bersungguh-sungguh. Penuh keyakinan.

"Sayang..sayang cakap apa ni? Abang tak faham."

"Kahwin dengan Laila eh?" Pujuk Umaira lagi dengan hati yang berdarah.

"What the heck! Dia bukan sesiapalah. Dia just someone I know." Jawab Syed Faris geram. Tertekan apabila asyik disuruh melakukan sesuatu yang dia langsung tak nak.

"Abang tolonglah dengar cakap sayang, sayang sanggup abang, sayang sanggup! Sayang buat semua ini sebab abang!"

"Umaira Syafini! Dengar cakap abang! Abang tak nak. Abang takkan buat sayang macam tu. Tolonglah sayang..Kenapa sayang sanggup buat macam ni?"

Umaira terdiam. Air mata yang laju mengalir di pipi dia usap.

"Sayang just nak abang happy. Sayang tak nak jadi penghalang antara abang dengan orang yang abang betul-betul cinta."

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now