𝓑𝓪𝓫 71

7.6K 344 36
                                    

Tangan Umaira tak henti-henti menepuk lembut belakang badan Syed Faris. Lelaki itu masih menangis walaupun  sudah 10 minit berlalu.

Terasa bahu dicium lembut seraya itu Syed Faris meleraikan pelukan. Umaira tersenyum pahit melihat wajah basah Syed Faris. Tak pernah dia melihat Syed Faris seperti ini dan hatinya sakit melihat wajah suaminya. Jelas dia nampak kelukaan yang tak ditunjukkan.

Kedua-dua belah pipi Syed Faris ditarik sama dengan ketinggiannya. Air mata yang bersisa di pipi Syed Faris dia usap lembut. Syed Faris menunduk tak mampu memandang wajah Umaira.

"Sayang bangga dengan abang. Abang kuat. Menangis bukan tanda kita lemah tapi tanda kita akan bangkit untuk lebih kuat lagi."

Mata Syed Faris menikam ke dalam mata Umaira. Mata Umaira yang masih berkaca seperti cuba menyalurkan kekuatan untuknya. Umaira tersenyum manis.

Kedua-dua mata suaminya dicium kudus. Kemudian beralih pada kedua-dua pipi dan hidung mancung itu.

"Itu hadiah sebab dah berjaya kuat untuk sayang dan semua orang."

Mata Syed Faris langsung tak boleh lari dari memandang Umaira.

"Ouh lupa!" Sekali lagi Umaira menarik kedua-dua pipi Syed Faris dan dahi suaminya dicium. Lama.

Umaira tersengih selepas dia melepaskan ciuman pada Syed Faris.

"Itu hadiah jugak." Syed Faris tersenyum sebelum satu ciuman dia labuhkan pada dahi Umaira.

"Thank you sayang." Kepala Umaira diusap lembut sambil tersenyum.



***




"Sayang duduk sini kejap, abang pergi ambil kereta." Kepala Umaira Umaira diusap sebelum pergi ke arah kereta apabila Umaira mengangguk kepala tanda setuju.

Umaira yang duduk di atas kerusi roda memandang sekeliling. Ramai orang tapi matanya tertarik kepada seorang kanak-kanak lelaki yang tersenyum manis dengan mata bercahaya memandang bunga kertas.

Lelaki dan bunga? Erm..interesting.

Kanak-kanak lelaki itu memandang kiri dan kanannya mungkin mahu memastikan tiada orang yang memandangnya sebelum tersenyum nakal.

Terlepas ketawa kecil Umaira melihat kenakalan kanak-kanak comel itu. Tak puas dia memandang. Sekuntum demi sekuntum bunga anak kecil itu petik sehingga penuh tangannya.

Mungkin sudah cukup bunga yang dia ambil, anak kecil itu menoleh. Anak comel itu menyeringai bila matanya terpandang mata Umaira yang memandang ke arahnya sambil tersenyum.

Dengan wajah cuak dia terkedek-kedek berjalan ke arah Umaira. Umaira tersenyum girang bila boleh menatap wajah comel itu lebih dekat lagi. Comel sangat-sangat. Kecil-kecil dah handsome.

"Kakak cantik.." Umaira tersengih mendengar panggilan nama yang anak kecil itu gunakan. Kecil-kecil dah bermulut manis.

"Hi handsome."

"Kakak cantik pandang kita ambil bunga ke tadi?" Bulat mata bersinar itu bertanya. Umaira mengangguk sambil ketawa. Comelnya. Nak ambil boleh tak?

"Yes handsome. I saw you. Kenapa ambil bunga tu?" Pipi bulat iti dicuit geram. Nak je dia cium.

"Ermm, sebenarnya kita nak bagi mama kita. Mama kita sakit.." mendung wajah anak kecil itu sambil menunduk memandang tangan yang penuh dengan bunga.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now