𝓑𝓪𝓫 6

9.3K 453 9
                                    

"Kurang asam punya Mira! Haish..dalam banyak-banyak kasut aku yang aku sukaaaaaaaa jugak kau ambik kan." Bebel Umaira.

Mana taknya. Bangun pagi nak pergi kerja tengok-tengok eh kasut tak ada. Boleh minah tu tinggal kasut buruk dia kat sini.

Pantas dia cuba menelefon Mira. Sekali cubaan kena reject. Dua kali cubaan kena reject lagi.

Fuh! Sabar Umaira Syafini. Macam tak biasa.

"Sekali lagi..sekali lagi.. kalau dia reject jugak. Jangan tanya anak orang hilang telinga dengan mama dia.". Omel gadis itu lagi.

KENA REJECT JUGAK!!

Umaira tergelak sinis.

"Kau main-main dengan aku Mira. Kau memang lahh!"

Laju nombor Puan Maryam, mama Mira didail.

Angkat!

"Assalamualaikum mama.."panggil Umaira meleret. Mode mengadu ON.

"Waalaikumussalam Umaira, kenapa ni? Mira buat hal lagi ke?"

"Mama........ada ka patut dia CURI kasut Maira.." suaranya sudah seperti nak menangis. Ditekan perkataan CURI kerana dia tahu si Mira tu mesti tengah menghendap mama dia.

"Sudahlah tu kasut favourite Maira.." tambah gadis itu lagi.

"Amira Syasya! Haish.. takpa biar mama settle. Maira pakai kasut lain dulu okay?" Pujuk wanita itu.

Di satu sudut rumah Puan Maryam, Amira Syasya bersembunyi disebalik pintu dapur. Kakinya sudah bersiap sedia untuk melarikan diri dari 'seksaan' mamanya sendiri.

"Okay mama, mama bebel dia mama. Biar tercabut telinga." Tambah Umaira sambil ketawa mengekek.

Dia boleh bayang Mira akan lari keliling rumah hari ini. Siann pagi-pagi kena jogging. Padan muka!

"Ya sayang. Kerja elok-elok. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Tersenyum Umaira. Cari pasal dengan aku lagi! Padan muka!

***

Mira terkocoh-kocoh berlari memasuki pintu bangunan berkaca itu. Ini semua salah Umaira! Kalau bukan sebab mama tak kejar dia tadi tak adanya dia lambat. Dia punyalah bangun awal sebab nak sampai awal.

Dia memandang sekilas jam tangannya. Terbeliak biji matanya apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. 1 jam lewat! Ya Allah..

"Aishh..mati akuu! Mintak-mintak boss tak ada."

Dari jauh dia sudah dapat melihat wajah gelisah personal assistant Dato' Mansur, Aisyah di tepi meja kerjanya.

Tanpa menghiraukan gadis itu dia cepat-cepat duduk di mejanya. Tak sempat Mira nak mencuri nafas, Aisyah sudah berdiri di sebelahnya.

"Ya Allah Mira! Kenapa lambat? Dato' cari awak tahu tak?"

Menggelabah Mira apabila diberitahu boss besar cari.

"Kenapa? Bos marah sebab saya lambat ke?"

Tak pernah-pernah bos cari pagi-pagi macam ni. Selalunya lewat-lewat sikit adalah.

"Bukan..jangan cakap banyak. Dato nak jumpa awak sekarang ni. Jom ikut saya."

Hampir sahaja Mira tersadung akibat tarikan kuat P.A bosnya itu. Kuat betul!

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now