Bab 43

10.9K 481 9
                                    

Naik kejung pipi Umaira kerana asyik tersenyum, yang pasti bukan senyuman kegembiraan. Dia tak dapat nak merasai kegembiraan itu hari ini walaupun dia yang berkahwin. Semua sanak saudara Syed Faris mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir pada tengah hari ini. Majlis bersanding akan diadakan pada sebelah malam. Semuanya diuruskan oleh keluarga Syed Faris.

Maklumlah, tiba-tiba je kahwin. Memandangkan Umaira dan Amir yatim piatu dan arwah ayah dan ibu juga anak tunggal, tiada keluarga lain melainkan kawan-kawan rapat sahaja yang hadir. Mira yang sejak tadi setia bersamanya sudah diculik oleh Luqman. Entah kemana perginya.

"Are you tired sweetheart?"

Umaira memandang tangannya yang digenggam erat oleh Syed Faris sejak tadi sebelum mendongak memandang wajah tampan lelaki itu.

"Penat sikit je.."

No! Sumpah dia penat banyak tapi takkan nak cakap kut dengan tetamu yang ramai lagi kat bawah ni. Apa pulak orang cakap kalau pengantin hilang awal-awal.

"Jom." Syed Faris menarik tangan Umaira supaya mengikutinya. Dia tahu isterinya penat, jelas terpancar di wajah itu.

"Nak pergi mana?"

Pertanyaan Umaira tak dijawab. Terkebil-kebil Umaira apabila suami yang fresh baru keluar oven itu menariknya ke arah Syed Fakhrul dan Sharifah Safia yang sedang melayan tetamu.

"Ma, Pa..angah dengan Umaira naik dulu lah. Sweetheart angah ni dah letih." kata Syed Faris selamba.

Macam tercekik biji rambutan Umaira dibuatnya. Time time macam nilah nak sweetheart sweetheart bagai..Bertambah rasa tercekik apabila melihat Syed Fakhrul, Sharifah Safia dan beberapa orang tetamu tersenyum nakal.

"Amboi pengantin baru..tak sabar-sabar."

"Cerah lagi wahai anak muda, malam ni ada majlis lagi.."

"Tak letih ke malam nanti."

Masyaallah! Umaira rasa macam nak jadi halimunan sekarang. Dia belum cukup bebal lagi nak faham maksud di sebalik usikan-usikan itu. Tanpa sedar Umaira sudah berdiri rapat dibelakang Syed Faris, melindungi wajahnya yang sudah memerah.

Syed Faris tersenyum nipis. Comel!

"Yelah..rehatlah. Tetamu ni semua mama dengan papa ada. Kesian sweetheart angah tu, dah merah dah muka."

Syed Faris menarik Umaira supaya berdiri di sebelahnya. Serba salah Umaira. Nak senyum ke nak malu. Aduh. Mengmalu. 

"Angah naik dulu. Jom."

Umaira rasa macam nak sujud syukur sebaik sahaja mereka sudah menjauhi kerumunan manusia tadi. Sekarang dia takut.

"Eh...." Umaira memandang pintu biliknya yang berada di tingkat dua. Selmba sahaja Syed Faris menaiki tangga untuk ke tingkat tiga. Nak bawak pergi mana ni?

"Awak, kenapa kita naik atas? Tu lah bilik saya..lupa ke?"

Ibu jari ditunjuk ke arah bawah dengan wajah pelik. Suami dia ni nak bawa pergi jalan-jalan ke macam mana..

"Dah lupa diri ke sweetheart?"

Syed Faris memberhentikan langkah di hadapan pintu besar yang teeukir cantik. Tombol pintu dipulas. Dia menolak Umaira masuk terlebih dahulu sebelum dia masuk dan mengunci pintu.

Air liur Umaira terasa pahit. Syed Faris tak buat apa yang dia fikir kan...

"Kenapa?"

Pelik betul isterinya, tadi cakap penat. Ini dah tercegat depan pintu kenapa?

"Bilik siapa ni? Kenapa bawak saya ke sini?"

Dalam takut-takut sempat matanya meliar di setiap penjuru bilik. Cantik tapi jelas menampakkan pemilik ruangan ini milik lelaki. Bilik itu nampak maskulin? Eh..

Putus nafas Umaira apabila sepasang tangan berlingkar dipinggangnya. Hembusan nafas panas di leher yang berlapik tudung membuatkan Umaira lupa cara nak bernafas.

"Ini bilik aku..sekarang dah jadi bilik kita. Dah kahwin kan.. semua benda yang ada bilik ni automatik jadi bilik kau, sweetheart."

Umaira hanya mendengar. Hilang letih kalau macam ni. Tangan dipinggangnya cuba dirungkai.

"Sekejap. Stay macam ni for a few minutes. Please.." Syed Faris semakin mengeratkan pelukannya.

Umaira berhenti merungkai tangan sasa itu. Akhirnya, tangannya dibiar di atas tangan itu. Dia menutup mata sekejap cuba untuk bernafas secara normal. Syed Faris memang handal dalam membunuh secara senyap.

Buka sahaja mata kakinya sudah tak mencecah lantai. Sebaliknya, dia sudah terbaring bersama Syed Faris yang kejap memeluknya.

Macam mana?

"Awak, apa ni?"

Tangan diletakkan di dada Syed Faris sebagai penghadang. Lelaki itu menunduk memandang Umaira yang tak senang duduk.

"I'm trying to sleep. Kau cakap letih kan. Bangun duduk. Aku nak buka tudung kau."

"Eh takpe. Saya buka sendiri."

Laju Umaira bangun mahu menjauhkan diri. Tak lama sebelum tangannya direntap sehingga dia sudah terduduk di atas peha Syed Faris.

"Biar aku buka..kau kan letih.."

Syed Faris membuka tudung bawal yang dipakai Umaira dengan sebelah tangan. Sebelah lagi memeluk pinggang Umaira supaya gadis itu tak lari.

Amboi ini tolong ke ambil kesempatan ni? Umaira cuba berdiri lagi tapi gagal.

"Kalau nak something yang kau taknak jadi terjadi baik kau duduk diam-diam. Aku okay je."

Terus jadi budak baik Umaira dibuatnya. Bab ugut-ugut tak payah risau. Lelaki itu mahir.

Syed Faris sembunyi senyum melihat wajah cemberut Umaira. Tanpa banyak bunyi dia cium pipi Umaira. Geram! Siapa suruh comel sangat.

Terbeliak mata Umaira. Tangan naik menekup pipi. Masih terasa basah. Tak guna. Pervert!

"I'm not pervert wife. But I can be one.." katanya dengan sengih miang.

Tegak berdiri bulu roma Umaira. Tangan yang ada di pinggangnya dirungkai.

"Tak payah, tak payah. Biar saya buat sendiri."

Pin tudung yang sudah dibuang dalam tangan Syed Faris diambil sebelum dia bergerak ke arah meja solek. Dijeling suaminya.

Gatal!

Syed Faris membaringkan badannya ke atas katil dan ketawa mewah. Dia dah jumpa hobi baru. Sebelum kahwin hobinya suka menyakitkan hati Umaira.

Hobi baru lepas kahwin ni adalah...CIUM Umaira. HAHAHAHA..

Be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Be continued...




Pendek ja..actually memang muni akan kurang update tapi sis cuba ya. Kelas dah mula. Agak busy dengan ijazah kelas semua. Then, ada isu sikit, so my mental health kurang baik. Insyaallah everything gonna be okay. Bye, peace no war.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now