Bab 38

11.1K 469 20
                                    

Kalut-kalut Umaira menyalami tangan Sharifah Safia. Tiada apa yang di mahu fikirkan selain LARI!! I need to RUN!

"Au-mama..Umaira balik dulu tau. Dah nak maghrib nanti gelap pulak."

Sharifah Safia menggenggam tangan Umaira erat tak mahu dilepaskan. Umaira menggigit bibir. Alahh mama mertuaku..tolong lepaskan tangan bakal menantumu. Sesungguhnya menantumu ini sedang tak senang duduk ni. Rungut Umaira di dalam hati.

"Taknak tunggu Faris dulu ke Umaira? Rasanya dah nak turun tu."

Lagilah menggelabah Umaira. Itu bukan petanda baik. Umaira malu. Sejak kejadian di tepi kolam renang tadi muka Umaira bagikan tebal berinci-inci. Tatapan mata Syed Faris tak mampu dipandang.

Dia menyesal. Di ruang tamu tadi juga ketika mereka berbincang mengenai perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada hujung minggu ini, dia sengaja duduk berjauhan dengan lelaki itu. Muka bagai mahu berlubang ditenung lelaki itu. Bertambah-tambah malu. Nasiblah selepas selesai berbincang lelaki itu naik ke biliknya katanya mahu mandi. Mengucap syukur Umaira. Peluang untuk mengelakkan diri terbuka luas.

"Er..tak apalah aunty. Kejap lagi Umaira call dia. " Yelah sangat. Nombor telefon pun tak ada.

"Eh..mama. Sorry mama." Umaira menggaru kepala yang tak gatal.

Sharifah Safia tergelak. Macam-macam bakal menantu dia ini.

"Yelah..hati-hati."

"Okay mama."

Cepat-cepat Umaira masuk ke dalam kereta. Sempat dia melambaikan tangan kepada Sharifah Safia yang tercegat didepan pintu masuk rumahnya. Ramah wanita itu membalas.

Fuh..selamat. Umaira menepuk dadanya yang berdetak laju. Tak habis dia memarahi diri sendiri. Macam mana dia boleh terpeluk lelaki itu. Malunya..

Rasa macam nak sumbat kepala dia dalam clorox pastu putar dalam mesin basuh. Biar insaf. Umaira memandu dengan tenang apabila kelibat rumah Syed Fakhrul sudah tak kelihatan. Barulah jantungnya dapat memainkan irama slow and steady.

Pin!

Pin!

Pinnnnnnnn!

Membuntang mata Umaira melihat kereta yang sangat dia kenali mengejarnya lagi dengan hon yang nyaring.

Aduh....bala bala.

Umaira menarik dan menghembus nafas. Rasa macam nak jumpa malaikat maut. Terus kakinya menekan minyak melajukan pemanduannya.

Laju mana sangatlah kereta Myvi ini berbanding dengan Range Rover yang dipandu oleh Syed Faris itu. Sekelip mata sahaja lelaki itu memotong kereta Myvi tadi dan berhenti secara mengejut di hadapan kereta myvi milik Umaira.

Serentak itu Umaira menekan brek. Terhentak kepalanya di stereng. Bergegar kepala otak. Sakit di kepala hanya mampu dipegang tanpa dapat menikmati rasa sakit tersebut. Rasa takut dan malu mahu bersua muka dengan Syed Faris lebih banyak.

Umaira membaca doa entah apa-apa apabila melihat lelaki itu turun dari Range Rover dengan wajah bengis dan tegang.

"Ya Allah, lembutkanlah hati dia." 

Umaira memejam matanya dan meletakkan kepalanya di stereng tak sanggup nak memandang wajah tegang itu. Dia malu dan takut. Habislahh..

Tok! Tok!

Umaira mengangkat kepala dan memandang Syed Faris dan tersengih tak bersalah. Ketukan di pintu keretanya semakin kuat. Bertambah berdebar-debar Umaira dibuatnya.

"Get.out."

Satu-satu disebut oleh Syed Faris. Panas! Panas!

Umaira menggigit bibir sebelum tangan naik membuka pintu kereta. Perlahan-lahan dia keluar dan berdiri di hadapan Syed Faris. Umaira menelan air liur yang terasa pahit apabila melihat Syed Faris sudah bercekak pinggang dan menatapnya tajam.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now