𝓑𝓪𝓫 70

9.2K 382 35
                                    

"Angah nanti tinggallah dekat rumah mama dengan papa dulu sementara Umaira sihat. Wanita yang keguguran ni kena berpantang sama macam wanita yang melahirkan. Bolehlah mama tengok tengokkan Umaira." Omel Sharifah Safia sambil tersenyum manis.

Sejuk hati bila memandang Syed Faris yang sedang memakaikan stoking pada kaki isterinya. Syukur anak lelaki yang dia lahirkan membesar dengan baik.

"Okay mama. Angah memang ada terfikir macam tu lagipun angah bukan tahu sangat tentang nak jaga orang berpantang ni." Balas Syed Faris.

Sebaik sahaja siap memakaikan stoking pada kedua-dua belah kaki Umaira, dia melabuhkan duduk di sebelah Umaira yang duduk bersandar di kepala katil.

"Thank you husband." Bisik Umaira perlahan takut didengari mama dan papa. Berbunga hati tengok Syed Faris yang penyayang.

Syed Faris tersenyum manis seraya satu ciuman ringkas dilabuhkan di tepi kening Umaira.

"My pleasure wife."

Memerah muka Umaira. Bukan dia tak suka Syed Faris cium dia tapi lelaki itu langsung tak pandang kiri kanan sebelum buat apa-apa. Tak nampak ke Sharifah Safia dan Syed Fakhrul dah tersengih panjang kat sofa sana tu? Aduhai..

"Angah...beringat sikit. Menantu papa tu tengah sakit tau. Jangan buat main.." kata Syed Fakhrul tanda amaran dan mengusik.

Ah sudah! Ayat double meaning!

"Amboi abang..." Meleret suara Sharifah Safia sambil mata yang mengecil memandang wajah Syed Fakhrul. Tua-tua pun bukan main eh. Makin menjadi-jadi.

"Apa? Betul lah. Anak awak ni pun boleh tahan gatal tau. Saya ingatkan ja. Awak fikir apa hah?" Ujar Syed Fakhrul masih tak bersalah. Dia just ingatkan sahaja. Betul kan?

"Eh? Dasar orang tua tak sedar diri. Lantak awaklah." Syed Fakhrul disebelah dijeling tajam. Sesedap rasa sahaja dia membahasakan suami sendiri.

Terlopong Syed Fakhrul. Terletus ketawa di bibir Umaira. Ha ha tak tau, nampak gaya macam ada orang kena tidur luar harini.

Syed Faris disebelah mengambil peluang ini memandang Umaira sepuas hati. Jarang dia boleh melihat wajah pucat itu ketawa. Tangan halus Umaira disulam bersama tangannya yang besar. Dia tersenyum nipis bila terasa genggaman tangannya di balas.

"Papa sedar tak yang gatal angah ni datang dari papa. Orang cakap mana nak ditumpahnya kuah kalau tak ke nasi." Tambah Syed Faris menyebelahi mamanya.

Laju Sharifah Safia mengangguk setuju. Umaira tersengih melihat pasangan itu. Sweet. Semakin tua semakin besar rasa sayang terhadap diri masing-masing.

Terasa diperhati, dia menoleh memandang Syed Faris disebelah. Bagai mahu berhenti jantungnya dari berdegup apabila mata hazelnya bertemu dengan mata hitam Syed Faris.

"Beautiful." Bisik Syed Faris lembut. Rambut yang jatuh di dahi Umaira diselit ke belakang telinga.

Dup dap! Dup dap!

Hati Umaira mula berdendang sayang di dalam. Dia yakin wajahnya sudah bertukar warna. Kenapa Syed Faris perlu semakin bergula bila ada orang?

Laju dia menoleh memandang Sharifah Safia dan Syed Fakhrul yang masih bertikam lidah. Tengok orang sweet lagi seronok dari hadapi kemanisan itu sendiri. Sesak nafas. Lemas.

***

Perlahan-lahan Umaira turun dari katil. Harini dia dah boleh balik rumah. Jadi, dia mahu mengemaskan beg pakaiannya. Sudah ditegah oleh Syed Faris tapi Umaira tetap Umaira. Bosan duduk tak buat apa-apa.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now