Bab 47

11.6K 456 36
                                    

"Aku suka kau..sangat-sangat. Lebih tepat lagi aku cintakan kau. I love you so much. Aku nak kau selalu dekat dengan aku. Aku taknak kau jauh seinci pun dengan aku. Aku faham kalau kau tak percaya. Its okay. Aku akan buktikan yang apa aku cakap ni bukan omongan kosong. Pegang janji aku. Until then, please stay with me. Bertahan dengan aku. Aku tak boleh bayang kalau kau tak ada."

Rambut panjang Umaira diusap dan sekali lagi ciuman hangat melekap di dahi Umaira. Terkebil-kebil Umaira mendengar kata-kata Syed Faris. Terasa rama-rama berterbangan. Crush suka sayalah!

Kau ada? Takde? Hmm takpa.

"Aku ada banyak benda nak cerita..."

Laju Umaira angkat kepala. Inilah masanya dia nak tanya itu ini. Dalam kepala dia ni rasanya dah banyak sangkar-sangkar pertanyaan yang belum dibuka kuncinya.

Namun, sekali lagi lelaki itu menekan kepalanya ke dada kekar itu. Umaira merengus tak puas hati. Terlepas ketawa kecil Syed Faris.

Isteri siapa comel sangat ni..

"Aku akan cerita tapi bukan malam ni. Aku penat. Dah tidur. Kalau kau taknak tidur, kita exercise. Aku boleh lagi ni.."

"Exercise?" Berkerut dahi Umaira.

Exercise apa? Nak dekat pukul satu dah.

"Exercise suami isteri sekaligus bunuh setan." Selamba badak Syed Faris menjawab.

Terdiam Umaira. Nampaknya dia belum cukup innocent! Sebab dia faham apa yang lelaki itu ingin sampaikan. Laju sahaja Umaira menutup mata.

No! Dia taknak kena terkam dengan singa lapar. Taknak! Taknak!

Senyuman sinis terjungkit dibibir seksi Syed Faris apabila Umaira semakin merapat ke dadanya. Takut, tapi duduk dekat-dekat.

Apa-apalah isteri, janji ada depan mata. Dia menutup mata. Tangan yang berlingkar dipinggang Umaira menepuk perlahan disitu. Mendodoi Umaira ke alam mimpi.

Mimpi indah bersama suami..

Single ke? Jom balik..


***


Kereta yang tersadai di depan pagar rumah Sharifah Safia itu dipandang. Audi A3 yang berwarna merah itu dipandang lama sehinggakan dia tak sedar Syed Faris sudah pun keluar dan membukakan pintu untuknya.

Tangan yang dihulur oleh Syed Faris disambut.  Perlahan-lahan dia keluar. Mata sudah tak memandang kereta tersebut namun fikiran masih bekerja.

Kenapa kereta tu macam kenal? Kereta siapa?

"Sweetheart.." seru Syed Faris. Pelik, bila isterinya termenung lama. Dia yang ada dihadapan pun dipandang nak tak nak ja.

Tersentak Umaira. Terus mata mencari wajah Syed Faris yg memandangnya. Kening diangkat sekali dua sebagai 'apa'.

"Fikir apa? Termenung panjang. Suami ada kat depan mata pun tak endah." Tiba -tiba dia ternampak habuk di rambut isterinya. Laju tangannya naik membersihkan kotoran itu.

"Er.." berbelit lidah Umaira yang baru mahu membuka mulut. Mukanya terus bertukar warna. Ah! Dia belum biasa dengan Syed Faris versi penternak rama-rama ini.

"Lah..ni kenapa pulak muka merah ni."

Kali ini tangan Syed Faris menekup kedua-dua belah pipi isterinya. Mahu memeriksa suhu isterinya. Panas!

Unrequited Love✓Место, где живут истории. Откройте их для себя