Episod 1

129 10 0
                                    

Tahun 2022

Pada waktu subuh yang masih gelap ini, seorang lelaki baru sahaja habis berdoa selepas menunaikan solat subuh. Dia kemudiannya melipat sejadah dan mengambil tuala yang berwarna putih untuk mandi.

10 minit kemudian...

Dengan diri yang masih bertuala, dia mengambil kemeja putih dan seluar slack hitam yang telah digosok semalam dari walk in wardrobe. Lalu, dia campakkan sahaja pakaian itu ke atas bangku berkusyen. Setelah dia memakai pakaian dalam, pakaian yang dicampakkan tadi itu pula dipakainya. Akhir sekali, dia mengambil dompet, telefon dan beg dokumen untuk dibawa keluar.

Sesampainya turun dari tingkat atas, dia disapa, "Assalamualaikum Bang Imran, jomlah sarapan. Isteri saya dah masak tu ".

"Waalaikumusalam, kan aku dah kata jangan panggil macam tu. Umur kau dah berapa, panggillah yang macam aku suruh. Ishhh dia nih ", marah lelaki itu apabila dipanggil sedemikin.

"Oh, baiklah Imran. Jom sarapan sekali ", pelawa lelaki itu sekali lagi.

"Haa.. macam tu barulah betul. Takdelah telinga aku sakit dengar kau panggil macam tu ".

Apabila mereka berdua tiba di dapur, kelihatan pula seorang wanita berusia sedang menyeduk nasi. Di atas meja itu sudah tersedia dengan sambal nasi lemak, tiga biji telur rebus, ikan-ikan bilis dan beberapa keping timun. Semua makanan diasing mengikut pinggan masing-masing. Sangat kemas dan teratur.

"Eh, Tuan Imran. Marilah makan, dari pukul empat pagi lagi saya dah masak tau ", kata wanita tadi setelah dia menyeduk nasi untuk mereka bertiga.

"Hah, ini lagi satu ".

Lelaki itu ataupun Imran mengeluh sambil memicit dahinya. Sudah beberapa kali ditegur tapi masih sama panggilannya.

Wanita tadi yang memahami perilaku Imran pula berkata lagi "Tuan, walaupun Tuan masih muda dari kami, saya tetap akan menghormati orang yang lebih tua dari saya. Lagipun, macam tak manis pula guna nama Tuan. Saya dari dulu sampai sekarang masih tak selesa panggil macam tu. Walaupun Tuan larang kami panggil abanglah, pak ciklah, ayahlahh apa semua, sekurang-kurangnya panggil 'Tuan' pun jadilah ", rayu wanita itu bersungguh-sungguh.

"Betul tu Bang Imran. Walaupun saya dan isteri dah berusia dulu, kami tetap menjaga adab kami sebagai orang yang lebih muda ", kali ini lelaki yang ditegur tadi itu pula menyokong.

Imran yang masak akan perangai pasangan ini hanya pasrah "Suka hati kau oranglah. Lain kali kalau kau orang panggil macam tu lagi bila perlukan pertolongan, aku takkan tolong ", setelah berkata, dia terus ke meja makan untuk menjamu selera walaupun baru lepas marah.

Manakala pasangan itu tidak berasa kecewa, tetapi tersenyum kerana masih diizinkan untuk dipanggil sebegitu. Mereka langsung tidak kisah apabila Imran berkata kasar walaupun sedikit kerana hakikatnya, Imran jauh lebih tua daripada mereka berdua. Dah boleh jadi moyang dah pun.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Tepat pada pukul tujuh pagi, Imran telah pun selesai makan. Dia kemudian bergerak ke keretanya yang berjenama Honda warna kelabu untuk pergi kerja. Sebelum itu dia dipanggil.

"Ermm Bang Imran. Pandu kereta elok-elok tau. Sekarang ni banyak berita pasal kemalangan. Lagi teruk yang mati pun ada. Jadi Bang Imran, hati-hati ye" , pesan lelaki yang berusia tadi sambil tersenyum.

Imran yang baru sahaja membuka pintu keretanya terjeda, "Engkau ini memang tak penat ke asyik pesan macam tu. Kau kan ada kerja, pergilah bersiap sekarang".

"Ermm tapi bang, hari ini saya kerja kat rumah ", jawab lelaki itu sambil tersengih. Dah tua pun tersengih macam kerang busuk.

"Yelah Pak Afi. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya ", balas Imran dengan sopan tapi dalam nada menyampah. Kemudian, tanpa sempat dibalas, Imran terus sahaja masuk ke dalam perut kereta kerana jika malayan terus si Pak Afi ni, sampai esok pun tak habis.

550 TahunWhere stories live. Discover now