Episod 51 - H

21 2 0
                                    

Mawar melilau ke arah dinding rumah di kancapuri dari tadinya menggaru kepala. Tangannya lincah berayun kini kanan, dengan memegang sekeping kayu yang berukir indah. Dia sebenarnya mahu mencari di mana tempat yang sesuai untuk meletakkan kayu kecil tersebut sebagai hiasan.

" Hmm, bagaimana letaknya di sini ? ", kayu itu Mawar menghalakan ke atas sebuah rak yang kecil bersebelahan dengan pasu bunga kecil yang tertanamnya sekuntum mawar putih.

Pantas Mawar menggeleng.

" Ish, tak kena lah. Kalau di sini ? ", Mawar halakan pula ke dinding di bawah sekeping kertas yang mengandungi ayat kursi.

" Pun tak kena juga ! ", Mawar menarik semula kayu itu.

Dia pun ligat berfikir di mana sesuainya tempat kayu itu menghiasi dinding. Lantas, apabila dia menghalakan pandangan ke kanan, dia pun tersenyum.

" Hah, rasanya dinding ini paling sesuai ! ", bersinar matanya tatkala kayu kecil yang berukir itu ditepek pada sebuah lagi dinding.

Ketika dia mengamati corak dinding itu, baru dia menyedari sesuatu.

" Kenapa dinding ini berwarna jingga ? Bukankah dinding ini sepatutnya berkayu ? ".

Dia pun meraba-raba permukaan dinding yang kelihatan aneh itu. Terasa sedikit kasar dan permukaannya berbukit rendah. Sepertinya dia pernah nampak. Saat tangannya meliar ke atas, matanya terbuntang.

" KANDA ????!!! ".

Sepantas kilat Mawar menarik tangannya yang meraba bahagian dada bidang suaminya. Tangannya itu pun digesek ke baju kurung. Terngiang-ngiang tangannya merasai sentuhan pada badan yang tegap itu.

" Hai dinda, kenapa dilepas tangan itu ? Sentuhlah lagi, kanda sukalah ", Indra mengukirkan senyuman yang nakal.

Terasa bahang diri Mawar kerana terlalu malu. Segera dia berpaling ke belakang. Menatap ukiran kayu kecil itu untuk melupakan adegan tidak senonoh tadi. Dia juga berharap ini hanyalah sebuah khayalan.

Namun, secara tiba-tiba Indra menarik ke dalam pelukan. Buatnya, badan Mawar tersandar pada dada Indra.

" Eh, apa ni, kanda ? ", Mawar menggeliat untuk dilepaskan. Malangnya, tangan Indra terlalu kuat untuk menghalangnya pergi.

Suka Indra dapat mengusik isterinya begini. Rasanya ini kali pertama dia berbuat begini setelah lima hari mereka bergelar suami isteri.

Tidak puas hati, Indra pun mengucup rambut Mawar yang harum semerbak, seperti namanya. Buatnya, keras kejunglah bininya di situ. Kemudian, tangan kanannya melingkar ke pergelangan tangan Mawar yang memegang sesuatu.

" Eh, ini kayu apa ? ", soalnya.

" Hai kanda, sendiri yang bagi pun lupa kah ? ".

Beberapa detik terkaku, barulah Indra menepuk dahi.

" Aduhai Mawandra ! Lama sungguh tidak bertemu ! ", Indra turut menyentuh Mawandra yang dipegang Mawar.

" Tak sangka dinda masih menyimpannya dengan baik. Sungguh kanda terharu ", Indra menempatkan dagunya ke bahu kiri Mawar yang kecil molek itu.

Mawar pun tersenyum. Entah mengapa dia berasa selesa dalam keadaan begini. Dengan tangan kiri Indra yang masih memeluk tubuh kecilnya, tangan kasar Indra yang mengusap tangan kecilnya dan Mawandra, dengan dagu yang menghinggap ke atas bahunya pula.. Terasa didampingi dan disayangi.

" Oh ya, dinda mahu buat apa dengan Mawandra ? ".

" Dinda mahu menjadikannya sebagai hiasan. Dinda sudah jemu menyimpan sendiri ".

Indra mengangguk faham. Kalakian, anak matanya meliar ke dinding kancapuri. Tidak banyak benda pun yang ditempel. Hanya kertas tulisan khat yang mengandungi ayat kursi dan nyiru di sebelah. Sementara, di tengah ruangnya kosong. Sambil memeluk Mawar, dia berfikir sejenak.

" Kanda, lepaskanlah dinda ", pinta Mawar yang berwajah pasrah.

" Shhh, kanda sedang berfikir ", Indra menempatkan jari telunjuknya pada bibir Mawar.

Buatnya, Mawar mengeluh.

Tatkala mata Indra melilau ke rak kecil, baru dia rasa itulah tempat paling sesuai diletak.

Pasu bunga kecil yang berwarna putih itu ditindih Mawandra di hadapan.

" Rasanya bolehlah ni ", kata Indra.

Mata Mawar terbuntang.

" Tapi kanda, dinda baru tadi letak di situ ! Tidak sesuailah ! ".

" Sabar, dinda. Kejap ya, kanda ingin mengambil sesuatu ", buat sekian lamanya, Indra pun melepaskan Mawar.

Mawar pula terkebil-kebil.

Tidak lama kemudian, Indra pun tiba bersama penukul, paku dan seutas tali nipis.

" Kanda mahu buat apa dengan ini ? ".

" Kanda mahu gantungkan Mawandra ini ", balas Indra seraya mengetuk paku pada ruang di antara nyiru dan kertas ayat kursi.

" Bukankah kanda mahu Mawandra diletakkan di hadapan pasu ? Mengapa mahu gantung pula ? ", Mawar kehairanan.

" Itu tadi, ini sekarang ".

Mawar pun menggelengkan kepala. Yang aneh-aneh sahaja suaminya ini.

Usai mengetuk, Indra pun mengikat Mawandra dengan tali itu dan akhirnya menjadi kalung. Kalung itu pun digantung pada dinding.

Dengan berbesar hatinya dia menunjukkan kepada Mawar.

" Cantik tak, dinda ? ".

Kening Mawar ternaik. Itu sahaja ?

" Mengapa dinda ? Tidak cantikkah ? ".

" Iya, memang tidak cantik pun ".

Mata Indra terbuntang.

" K.. kenapa pula begitu, dinda ? ".

Mawar tergelak kecil.

Buatnya, Indra berkerut dahi.

" Tak cantik, tapi comel ".

Baru Indra menghela nafas yang lega.

" Ish, ada-ada sahaja dinda ni ".

" Kanda ni pun, dinda baru bergurau senda kanda dah gelabah ".

" Eh, mana ada. Kanda cuma.. ".

" Hah, cuma apa ?! ".

" Kanda cuma... ", Indra menyimpulkan senyuman senget.

" SAYANGKAN DINDA !!! ", sepantas kilat Indra mendukung Mawar lalu berpusing-pusing.

Akibatnya, terawang-awang lah Mawar dalam dukungan Indra.

" KANDA !!! ".

*
*
*
*

550 TahunWhere stories live. Discover now