Episod 49 - H

31 3 0
                                    

" Indra Sujiwa Bin Ismanto Sujana ".

" Ya Saya ".

" Aku nikahkan dikau dengan anakku, Mawar Kasuma Binti Abdullah dengan mas kahwin senaskah al-Quran ".

"Aku terima nikahnya Mawas Kesudah bin Indra Sujiwa dengan mas kahwin senaskah al-Quran ".

Seluruh tetamu terbeliak. Lagi-lagi Mawar.

"Mawas mana pula ni Indra ? " Udin berkerut dahi.

Semua tetamu pun ketawa terbahak-bahak. Mawar pula bingung. Dia dalam dilema. Tidak tahu sama ada mahu ketawa atau marah. Bagaimana Indra yang sudah tahu nama penuhnya sejak kecil tiba-tiba tersasul pada akad nikah?

Bukan sahaja nama, malah dibinkan pula. Bila masa Mawar menjadi lelaki ? Lagi teruk nama itu dibinkan nama Indra. Bila masa lah pula dia menjadi anak Indra ?

Indra menekup muka. Mukanya terasa merah dan berbahang. Dia terlalu gementar pada hari ini.

"Sudah-sudah, bawa bertenang semua.. " ujar Abdullah kepada semua tetamu selepas dia puas ketawa. Walaupun dia masih terasa dengan jenaka tersebut.

"Kita lakukannya semula. Kamu sudah sedia, Indra ? " soal Abdullah.

Indra pun mengangguk-anggukkan sahaja.

"Baiklah, bismillahirrahmanirrahim. Indra Sujiwa bin Ismanto Sujana".

"Ya, saya ".

" Aku nikahkan dikau dengan anakku, Mawar Kasuma Binti Abdullah dengan mas kahwin senaskah al-Quran ".

Indra menarik nafas sebelum membalas.

" Aku terima nikahnya Mawar Kasuma binti Abdullah dengan mas kahwin senaskah al-Quran ".

" Bagaimana saksi? Sah? ".

" Sah ", jawab Udin

" Sah ", jawab Bakar.

" Alhamdulillah ".

Sebuah doa dipanjatkan oleh semua orang. Dalam hati mereka mendoakan agar pasangan yang baru diijabkabulkan ini kekal sehingga ke syurga. Tetapi ada saja yang harus akur menerima hakikat ini.

Seusai berdoa, Indra pun bangun lalu menunaikan solat sunat tidak jauh dari tempat semua orang berada. Masing-masing tersenyum lebar melihat lelaki yang segak itu mengangkat takbir. Walaupun busana yang dikenakan hanya sederhana, Indra dan Mawar tetap kelihatan berseri bagai pinang dibelah dua apatah lagi mereka berpakaian serba putih. Hanya samping Indra dan kain batik Mawar sahaja bercorak lain.

Mawar tersenyum dalam diam apabila menyedari yang dia sudah menjadi isteri Indra yang sah. Masih terasa bagaikan sebuah mimpi yang mana kini Indra adalah suaminya secara rasmi baru sahaja tadi. Nampaknya selepas ini dia perlu hidup berdua dengan Indra. Alahai, tidak dapatlah tinggal dengan orang tuanya lagi.

Nila yang merangkap sebagai ibunya sempat mengusap kepala Mawar dengan penuh kasih sayang. Riang hatinya melihat anaknya sudah bersemenda dan dia mendapat menantu yang paling baik dan sesuai. Sebenarnya, sejak dahulu lagi dia mendoakan agar Indra menjadi menantunya.

Abdullah juga mempunyai perasaan yang sama seperti Nila. Akhirnya, doa yang selama ini dia mohon bersama Nila termakbul. Harapan sang ayah selepas ini agar rumahtangga anaknya akan berterusan sehingga ke Jannah.

Udin tersenyum nipis memerhatikan keadaan ini. Dia juga bersyukur kepada Allah atas kebahagiaan yang Indra dan Mawar perolehi. Sambil tersenyum, dia sempat menyeka air matanya daripada terkeluar kerana dia harus melepaskan sesuatu.

Fannani yang duduk berdekatan Udin juga tersenyum gembira. Dalam hati sempat dia merancang ingin melukiskan sebuah potret buat Indra dan Mawar. Tetapi tunggulah masanya nanti.

550 TahunWhere stories live. Discover now