Episod 17

27 4 0
                                    

Seusai sahaja perbualan antara Kayla dan Syanis, banyak air mata yang dibazirkan. Bukan Kayla sahaja yang menangis, malah Syanis juga ikut sama. Hanya mereka sahaja yang tahu bahawa kisah ini sangat membuatkan sesiapa yang terkena pasti trauma tahap kritikal !

Setelah Kayla mengucapkan selamat tinggal kepada Syanis, dia pun ke tempat kerjanya semula. Syanis pula pulang ke rumahnya terus.

Beberapa meter dia berjalan, akhirnya dia pun sampai ke bangunan TidH. Dia pun terus menuju ke bilik kerjanya yang terletak di tingkat dua puluh. Semasa Kayla melalui meja kaunter, dia ditegur Nisa.

" Ye, ada apa Nisa? ".

" Ini, Tuan Imran suruh saya kirim ini kepada awak. Ambillah ", Nisa memberi satu bungkusan yang berbentuk segi empat tepat dan leper kepada Kayla.

" Bungkusan apa ni? ", bungkusan bertukar tangan. Kayla meneliti bungkusan itu dari atas ke bawah. Bungkusan itu tidaklah terlalu besar. Hanya paras lutut sahaja.

" Emm entahlah. Tuan Imran kata awak kena buka di rumah nanti ", balas Nisa.

Kayla menjongketkan kening. Apa pasal bukak kat rumah pulak ?

" Tuan Imran sekarang ada di bilik dia ke? ", soal Kayla.

" Takde. Dia pergi jumpa pembekal kayu dengan Encik Faiq dan Encik Azim tadi. Sebelum keluar ni pun dia suruh saya kirim benda alah ni kat awak ".

Kayla menjuihkan bibir lalu membuat muka redha. Baru nak tanya kenapa bagi benda ni.

" Oh ya lagi satu, Tuan Imran kata awak boleh balik lepas azan asar ni ".

" What, maksudnya dia bagi saya balik awal ke ni? ", Kayla tanya dengan penuh kehairanan.

Nisa mengangguk.

" Biar betik, apa pasal dia bagi balik awal pulak ni? ".

" Entah, manalah saya tahu. Tapi, untunglah Tuan Imran layan awak macam tu ", Nisa berkata dengan penuh manja. Apa pahal pulak ni ?

" Hah, apa ni? Saya tak faham ".

" Kalau awak nak tahu, sebelum ni takde pun perempuan yang dilayan Tuan Imran sebaik macam tu. Biasanya dia ni beku aje memanjang. Saya yang dah bertahun kerja pun tak pernah nampak dia senyum pun. Walau sesaat ".

Aik? Kok bisa ya?

" Tapi haritu---", percakapan Kayla terhenti.

"Haritu apa? ", Nisa tanya dengan penuh rasa ingin tahu.

" Ermm tak ada apa ", Kayla terus menuju ke kiri lalu memasuki dalam lif.

" Eleh, nak berahsia lerr tu ", Nisa senyum mengejek sambil membelek sebuah fail.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Wazie's Woodland, Selangor

Kedai pembekal kayu yang selalu Imran kunjungi. Setiap kali ada projek, kedai inilah yang Imran akan meminta pekerjanya membeli kayu-kayunya.

Akan tetapi, pada kali ini Imran sengaja turut serta ke sana kerana sesuatu tujuan.

Faiq dan Azim telahpun turun dari kereta Honda Imran. Mereka berdua terus menuju ke pejabat untuk mengadakan perbincangan mengenai urusan jual beli kayu dengan Encik Wazie, pemilik kedai tersebut.

Imran pula menoleh kawasan itu sekeliling. Kawasan ini berada di kampung jadinya ia dikelilingi hutan. Gudang kayu itu sangatlah besar. Sebaik sahaja Imran masuk ke dalam gudang itu, terdapat pelbagai jenis kayu yang dikumpulkan.

Ada kayu cengal, merbau, meranti dan bermacam lagi. Kesemua disusun mengikut jenis. Kayu-kayu tersebut diikat dengan rapi supaya tidak tergolek ke tanah lalu mungkin menyebabkan kecederaan kepada pekerja. Malah setiap koleksi kayu dilabel mengikut nama jenis.

550 TahunWhere stories live. Discover now