Episod 87

28 2 0
                                    

Zaman Moden 2022

Bandar Hilir, Melaka

DI era yang serba moden ini, seluruh umat Islam sedang menyambut perayaan hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Di rumah agam Imran aka Indra, mereka sedang bersiap untuk ke masjid.

Masa perjalanan diambil kira-kira 20 minit untuk sampai jika Imran memandu dengan laju tanpa bersesak di jalan raya. Pakaian mereka sangatlah segak bergaya sehingga memukau pandangan kepada sesiapa yang melihat termasuk tok imam.

Setibanya Imran, Edward dan Edmond di masjid, rata-rata mereka terus tertumpu kepada pakaian Imran yang seperti pengantin baru. Manakan tidak, pakaiannya serba putih. Samping pula berwarna perak dihiasi dengan corak tenunan songket berwarna emas. Songkok juga mengindahkan pandangan.

Edward dan Edmond pula serba hijau kerana mereka suka dengan warna hijau. Kalau di tahun yang lalu hijau pucat, tahun ini hijau emerald pula. Maklumlah, raya tahun ini sudah boleh keluar rumah.

Alangkah terkejutnya rakyat Malaysia apabila hari raya jatuh pada hari itu iaitu pada 2 Mei. Imran pasti semuanya kalut pada malam raya itu. Namun tidak bagi Imran dan kembar itu. Mujurlah persiapan mereka hanya bersederhana.

Tertanya-tanya pula Imran tentang keadaan keluarga Pak Afi di Busan. Bagaimanalah suasana raya mereka di sana ?

Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, Edmond menjadi ngantuk ketika mendengar khutbah raya.

"Haihh, lama betul khutbah ini.. ".

Imran dan Edward sahaja yang mendengar keluhan anak kelahiran Portugis itu.

"Dengar khutbah tu dapat pahala. Tak nak pahala ke? " balas Imran di kiri Edmond.

Edmond terdiam. Hmm.. ada baiknya dia mendengar daripada tidur. Banyak perkara penting yang boleh belajar.

Sambil mendengar khutbah, Imran teringat pula khutbah raya yang selalu dihadiri setiap tahun sepanjang pengembaraannya. Namun adalah beberapa tahun dia tidak pergi kerana kebanyakan negara yang dia pergi bukan beragama Islam secara majoriti.

Jadi agak sukar untuknya menemui masjid atau surau ketika itu. Kini, dia yakin. Pasti negara Barat sudah menyediakan tempat beribadat orang Islam. Misalnya, di London sudah ada beberapa buah masjid seperti Masjid Brixton. Isy, ada masa nanti dia akan ke sana juga.

Sejauh mana Imran bermenung, kenangan di zaman Kesultanan Melayu Melaka masih tidak boleh dilupakan. Tiba-tiba, bayangan Mawar muncul di benak fikiran. Apa yang berlaku pada Imran sekarang seringkali mengingatkannya pada zaman itu. Dan dia mula rasa sebak.

Entah kenapa, setitis air mata mengalir perlahan di pipi Imran. Dia segera mengesat supaya tiada orang yang lihat. Walaupun semalam dia sudah puas bersedih bersama kek matcha itu, air matanya bagaikan air paip.

🕰   ♦   🕰    ♦    🕰

Tanjung Karang, Selangor

KAYLA terus pergi menziarahi pusara ayahnya selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Rindunya terhadap ayah masih segar dalam ingatan. Malah peristiwa buruk malam raya itu juga tidak dilupa. Masih dikenang sehingga kini.

Kayla pun meliar pandangan di sekeliling kawasan. Ternyata ramai juga sedang menziarahi kubur. Mungkin ahli keluarga mereka. Sama seperti Kayla.

Tiba-tiba, datanglah dua orang pemuda yang tampan. Kayla yang sedang duduk mendongak. Rupa-rupanya kawan-kawan Kayla dari sekolah menengah. Fayyad dan Budin. Mereka berdua tersenyum kepada Kayla.

"Assalamualaikum Kayla, kau apa khabar? " ujar Fayyad berbasa-basi.

"Waalaikumussalam, aku okey je ni.. Korang buat apa lama-lama kat surau tadi? ".

550 TahunWhere stories live. Discover now