Episod 2 - H

109 10 0
                                    

Tahun 1455

Pelabuhan Melaka

"Bapak, mengapa kita pindah ke sini bapak ? Apa karna emak sudah meninggal ya ? ", tanya si Indra, yang pada masa itu umurnya baru lapan tahun.

"Iya nak. Bukan itu sahaja, kampung yang kita duduki itu sudah tidak ada amannya lagi. Seperti yang kau tahu, rumah kita sendiri pun selalu kecurian ", balas si bapak Indra pula.

Mereka kini baru sahaja turun dari kapal setelah tiga purnama menumpang di situ. Mereka berjalan menuruni anak tangga kapal dengan perlahan lalu menjejaki tanah yang berpasir itu.

Selepas sahaja mereka menuruninya, si Indra menjerit keriangan, "Wahh, meriah sungguh tempat ini bapak ! Sudah tentu tempat ini penuh dengan jualan, kan bapak ?"

Si bapak yang kesal sama perilaku anaknya kemudian menjawab, "Iya nak. Kau sungguh memahami bapak. Sebab itulah kenapa bapak mahu kita berpindah di sini. Tempat ini umpama perhimpunan semua manusia. Ramai yang menjadikan Melaka sebagai satu tempat perdagangan. Orang dari negara kita juga ke sini ".

"Ohh.. Melaka namanya tempat ini ", jawab si Indra yang sebenarnya matanya melilau ke kiri dan ke kanan kerana terpegun melihat orang ramai yang memakai pakaian yang berbeza-beza. 'Mungkin merekalah pengunjung yang datang dari negara lain'.

Dengan tiba-tiba matanya dapat menangkap sesuatu ! Cepat-cepat dia menegur bapaknya, "Bapakk, ada kuda. Marilah naik bapak !!! " terjerit-jerit si Indra apabila matanya pantang melihat binatang yang bertelinga tajam, berambut dan berwarna coklat. Pasti dia tidak akan melepaskan peluang untuk menunggang.

"Ya ampun Indra, itukan kuda kepunyaan orang ! Kau mahu kita dipenjara ya karna mengambil barangan orang sesuka hati ? Ada-ada saja kamu ni Indra ", marah si bapak melihat anaknya yang masih mentah dalam hal dunia ini.

Indra yang baru dimarah membuat muka kecewa lalu kepalanya menunduk ke bawah. Indra bukanlah mahu mendesak sangat kepada ayahnya, dia cuma berasa teruja kerana memang impian adalah untuk menaiki kuda.

Bapaknya si Indra pula memahami air muka Indra. Sebolehnya, di umur begini Indra tidak boleh dimanjakan. Tetapi, pada masa yang sama dia juga tidak boleh menjadi terlalu tegas kerana Indra masih lagi kanak-kanak.

Sedang si bapak lagi mengelamun, tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu bunyi yang mengkrikik. Dia lantas memujuk si Indra.

"Hai anakku, apakah kau mendengar sesuatu ?"

Indra yang sedang dilanda kecewa cuba menjauhkan diri dari perasaan tersebut. Maka, barulah dia menjawab, "Sepertinya bunyi apa ya bapak ?"

"Itu", si bapak pula menunjukkan sesuatu yang sedang melintasi di hadapan mereka. "Ayuhlah anakku, jangan lepaskan peluang ini !" ajak si bapak dengan bersemangat demi mengambil hati anaknya semula.

 "Ayuhlah anakku, jangan lepaskan peluang ini !" ajak si bapak dengan bersemangat demi mengambil hati anaknya semula

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

( Sila abaikan background )

Si anak yang tidak faham itu terkebil-kebil melihat ke hadapan dan matanya mula bersinar "Wahh bapak, benar katamu itu ! Ayuh bapak, aku gak sabar menaiki kereta kuda !". Mereka pun berlari tergopoh-gapah kerana membawa barangan yang penuh di kedua-dua tangan.

550 TahunDonde viven las historias. Descúbrelo ahora