Episod 16

27 3 0
                                    

Kacau

Gusar

Gelisah

Serabut

Itulah yang dirasakan Kayla sekarang ini. Sejak dari kemunculan bekas teman lelakinya secara maya, dia merasakan ketenangannya sudah tidak lama. Pasti hidupnya akan menjadi kucar - kacir kerana kerap diganggu nanti. Apa yang Kayla harus lakukan ?

Semalaman dia memikirkan hal itu sehingga tidak mendapat cukup tidur. Eyebag di bawah matanya kelihatan walaupun telah dilapisi dengan solekan wajah. Penampilannya hari ini tidak indah seperti selalu. Nampak serabut.

Pagi tadi pun Kayla terbangun lambat. Oleh itu, kelam - kabutlah dia untuk mandi dan bersiap. Untungnya dia masih lagi datang bulan. Dia datang ke kerja dalam pukul 11 pagi. Untungnya lagi apabila Tuan Imran tidak perasan akan kehadirannya yang lewat. Kerana dia sibuk menguruskan projek terkini.

Mata Kayla masih menatap skrin komputer. Namun fikirannya telah jauh menghilang. Rohnya pula entah ke mana pergi. Hanya jasad yang terkaku duduk di meja kerja. Sesekali lalat yang lalu tidak dihiraukannya.

Kayla termenung tidak lama. Dia tetap perlu meneruskan kerjanya itu untuk melupakan masalah yang dihadapi. Dan ya, Kayla dapat melupakannya. Sebagai terapi terbaik, Kayla memakai airpod untuk memasang lagu di dalam aplikasi spotify. Dia memilih playlist yang memainkan lagu - lagu yang tenang.

Setelah beberapa minit, bunyi notifikasi telefonnya kedengaran. Kayla pun menjedakan lagunya dan melihat mesej yang dihantar.

Unknown Number

I found your work place

" AARGHHHHH SIAL !!! " Kayla menghentak meja sekuat hati lalu berdiri.

" Kayla ? ".

" Arghh kau nak ap - " percakapan Kayla terhenti apabila terlihat orang menegurnya.

Tuan Imran.

"Eh Imran, saya minta maaf, saya tak sengaja.... " suara Kayla berubah kendur. Kedua - dua tapak tangannya disatukan.

Namun, Imran kelihatan tenang walaupun dahinya berkerut. Sedikit terkejut dengan kemarahan Kayla.

"Kayla, ada benda yang mengganggu awak ke ? " tanya Imran dengan lembut.

"Tak, tak ada apa pun " jawab Kayla tersengih.

Imran terdiam. Tidak mungkin orang marah dengan tidak bersebab.

"Tengok muka pun dah tahu yang awak ada masalah. Kalau rasa berat, luahkan. Jangan simpan. Nak bagitahu saya pun tak ada masalah " kata Imran dengan prihatin

"Ehh, betul. Tak ada apa - apa " jawab Kayla dengan yakin. Padahal, dalam hati punyalah gusar lagikan gelisah.

Imran menghela nafas tanda mengeluh. Lalu, sebuah fail hitam di tangan kiri diberi kepada Kayla.

"Ini maklumat yang awak perlu. Kalau ada apa yang keliru, boleh tanya saya ".

Fail hitam bertukar tangan. Kayla pun mengucapkan terima kasih dan Imran pun keluar dari bilik kerja Kayla.

Keluar sahaja dari bilik, Imran memandang sekilas terhadap pintu berwarna putih bilik Kayla.

' Aku tahu kau ada masalah. Aku harap kau dapat selesaikan dengan baik '.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Pada waktu tengahari, Kayla pergi ke sebuah kafe yang berdekatan dengan bangunan TidH. Dia ke sana untuk mengisi perut yang kosong dan juga untuk menenangkan fikirannya.

550 TahunWhere stories live. Discover now