Episod 33

21 4 0
                                    

Imran naik ke tingkat 10, iaitu tingkat yang menempatkan dapur restoran itu. Para tukang masak yang tekun melakukan kerja mereka tercengang melihat kemunculan Imran. Semuanya sudah berusia 40 tahun ke atas. Kebanyakan mereka adalah daripada kalangan bangsa Melayu dan Cina. Ada juga  daripada Jepun dan Korea. Dan semuanya beragama Islam.

Imran pula dengan selambanya melintasi mereka. Dia berjalan lurus, sehingga memasuki sebuah ruang hanya dengan menyelak langsir berwarna hitam. Di dalam ruang yang gelap gelita itu, dia menaiki tangga.

Akhirnya, dia pun sampai di hadapan sebuah pintu kayu. Terdapat sebuah Retina Scanner yang terpasang padanya. Retina Scanner itu pun mengesan anak matanya. Automatik pintu itu terbuka.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam, alangkah terkejutnya seseorang di dalam bilik itu.

" Kau ni kalau muncul, suka saja buat aku terkejut ! ".

Seseorang itu merupakan lelaki berbangsa Cina yang berumur 35 tahun. Sejurus selepas mengurut dada, dia pun menyimpan buku yang dibacanya tadi.

" Kau apehal datang sini ? ".

Dengan perlahan Imran mendekati lelaki itu.

" Tempat aku, suka hati akulah nak datang ke sini ", dengan riak dingin Imran menjawab.

Tersenyum sinis lelaki itu.

" Wahh, mentang-mentang atuk aku dah tak ada, senang je eh kau nak claim tempat ni kau punya.. ", katanya sambil menyandarkan diri di rak buku.

" Why not ? Kan aku yang cipta tempat ni ".

Dengan tajamnya lelaki itu menjeling Imran.

" Tapi kau kena ingat. Kalau bukan sebab bantuan Lim Jong In, takkan ada tempat semewah ini.. ".

Ternaik bibir Imran.

" Haiiih, pandai pulak ingat kat moyang sendiri ? Bukan kau tak suka subjek sejarah ke ? ".

Lelaki itu membuat rolled eye.

" Aku tahulah kau tu bersejarah, tapi benda ni tak ada kaitan dengan sejarah okay ? ".

" Tempat ni takkan wujud jikalau tidak terciptanya sebuah sejarah ", bidas Imran.

" So, sekarang ni kau datang sini sebab nak ungkit pula ke ? ".

Imran pun menyilangkan tangan di dada sambil melilau sekeliling bilik. Sudahlah sempit, selepas itu dicat dengan warna hitam pula. Memang lelaki Cina ni teringin nak duduk dalam gua ke ?

" Aku datang sini, sebab nak tengok keadaan bilik ni je. Dah lain eh sekarang. Tak sangka bilik ni dah bertukar menjadi gua ".

" Bilik ni dah jadi hak milik aku. Suka hati akulah nak buat apa ".

Imran tergelak kecil.

" Warna bilik ni hitam. Sama macam hati kau ".

Bibir lelaki itu diketap kuat.

" Kau tak payah nak belagak sangat. Kau ingat kau lagi tua dari aku, aku tak takut ke ? ".

Sedikitpun Imran tidak terkedu sebaliknya dia tersenyum senget. Lelaki di hadapannya ini memang sudah mengenali siapa dia yang sebenarnya. Tetapi dia sekalipun tidak pernah hormat kepadanya. Dan Imran langsung tidak peduli kerana sebelum ini pun ramai sahaja orang yang tidak menghormatinya sama ada dia kenal Imran atau tidak. Semuanya Imran tidak kisah.

" Berjuta tahun pun umur aku, ada aku suruh kau hormat ke ? Tak ada kan ? ", balas Imran dengan nada bekunya.

" Ceh, nak tunjuk bangga lah tu ", lelaki itu membuat rolled eye.

550 TahunWhere stories live. Discover now