Episod 67 - H

18 2 0
                                    

PERLAHAN-lahan Indra bangun menjauhi Mawar selangkah demi selangkah. Mawar kekal di situ menatap tajam ke arah Indra. Kemudian, dia pun merangkak. Gayanya seperti harimau. Kepala pula diteleng ke kiri.

"Dinda, tenangkan diri dinda... Istighfar, dinda... Ingat Allah, dinda.. " pinta Indra dengan lembut.

Mawar tersenyum menyeringai. Berderau darah Indra dibuatnya. Dia sebenarnya ketakutan. Namun, dia juga perlu memberanikan diri.

"Kau siapa ! Kenapa kau hendak mengganggu kami lagi ! " jerkah Indra.

Mawar tak menjawab sebaliknya ketawa mengilai.

"Astaghfirullah" bertambah tak keruan Indra jadinya. Setiitk peluh meluncur ke pipi. Indra cuba membacakan ayat kursi kepadanya. Malangnya sebelum sampai ke pertengahan ayat, Mawar menjerit seraya menutup telinga.

"ARGHHHHH".

Dia pun terus berlari ke dapur.

"Ya Allah ! " Indra pun hendak mengejar tetapi, langkahnya terhenti kerana dia belum cukup ilmu untuk melawannya.

"Ah, aku perlukan ikhtiar lain ! ".

Otaknya ligat berfikir mencari jalan. Lantas wajah Tok Wan menjelma dalam fikiran.

"Tapi, Tok Wan jauh dari sini ! ".

Indra berfikir lagi seraya menggaru kepala. Kemudian, dia teringatkan orang-orang di surau. Sudah tentu ada di antara mereka yang belum pulang. Bolehlah dia minta bantuan di sana.

Indra pun keluar dan mengunci pintu rumah. Pintu tingkap juga diperiksa supaya Mawar tidak keluar dan hilang lagi. Setelah dia pasti segala pintu ditutup rapi, dia pun membuat langkah seribu menuju ke surau.

Indra berlari-lari sekuat hati. Dia khuatir sekiranya Mawar terlepas. Dia tetap berlari meskipun nafas sudah tercungap-cungap. Tidak berhenti walau sesaat.

Tiba-tiba, kakinya tersadung lalu Indra jatuh tersembam ke tanah.

"Argh, kakiku ! " terkejut Indra apabila seluarnya terkoyak dan lututnya berdarah. Indra cuba berdiri namun rasanya terlalu pedih.

"Ya Allah, macam mana aku hendak selamatkan Mawar? " rintihnya sendiri. Sudahlah jarak ke surau masih jauh.

Indra bukanlah pemuda yang mudah putus asa. Demi adindanya, dia teguh berdiri kendatipun terasa lututnya disiat-siat.

Dia cuba berjalan walaupun terhinjut-hinjut. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit. Dia akhirnya berjalan dengan laju sehinggalah tiba di surau.

Sampai sahaja di surau, sembilan orang baru bergerak pulang. Mereka sangat terkejut dengan kehadiran Indra lagi-lagi berkenaan lututnya yang tercedera. Indra pun menceritakan segalanya.

"Tolonglah pak imam dan kalian. Jin itu tidak serik mengganggu kami. Hanya pak imam harapan saya ".

"Yalah nak, pak imam akan tolong kamu. Tetapi, adakah bahan-bahan untuk rawatan ada di rumahmu? ".

Bagai belatuk Indra mengangguk.

"Semua ada, pak imam. Ayuhlah lekas ! Saya khuatir dia hilang lagi ".

"Ya, ya mari semua. Kita tolong Indra malam ini" arah pak imam.

Mereka pun bergegas ke sana. Dalam perjalanan, Indra dipapah oleh dua orang pemuda supaya lututnya tidak bertambah buruk lukanya.

⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳

"HATI-hati semua. Takut-takut dia terlepas".

Indra perlahan-lahan menuju ke dapur. Sementara yang lain melilau kiri kanan. Lagi seorang pula menutup pintu rapat-rapat.

550 TahunWhere stories live. Discover now