Episod 38

17 2 0
                                    

Pejam celik pejam celik, sudah dua minggu kuku Kayla membiru. Hari itu dia telahpun berjumpa dengan doktor untuk rawatan. Kini, menunggu hari untuk sembuh pula.

Akan tetapi, hari ini dia mendapat masalah baru lagi.

Sejak bangun tidur, dia merasakan bahawa badannya panas. Tekaknya seperti perit. Air liurnya pula menjadi pahit. Menunjukkan tanda-tanda yang mana dia tidak sihat. Ya, hari ini dia demam.

Walaupun Kayla tidak pandai memasak, tetapi sekurang-kurangnya dia reti guna dapur gas. Jadi, dia hanya memanaskan mushroom soup yang dipesannya dua hari lepas. Nasib baiklah tidak basi.

Selepas makan, dia pun mencari ubat. Setelah itu, dia menepuk dahi.

" Aduh, ubat dua bulan lepas mana boleh makan lagi ! ", omelnya sendiri.

'Habistu, memang tak makan ubatlah aku ? ', tanya hatinya.

Kayla mengeluh. Nak pergi klinik, rasanya belum buka lagi. Jam pun baru pukul 7:30 pagi. Hari ini, masuk kerja pukul lapan. Kata Tuan Imran, ada meeting pulak. Hadoihhhhh, tak boleh ke lambatkan sikit ?!

'Awal benor meeting start kul lapan ? Nak bincang apa awal-awal pagi ni ? '.

Sudahnya, Kayla terpaksalah menahan diri. Dia pun minum air sebanyak mungkin. Botol air pun diisi. Kerana pada waktu tengah demam macam ni kena banyakkan minum air ! Biar segala bakteria berambus dari badan.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Sesampainya Kayla di bilik mesyuarat, semua mata automatik tertumpu ke arahnya. Jantung Kayla berdebar kuat. Nampaknya, dia yang paling lambat hari ini. Ni semua salah Melly yang pergi 'melepas' kat atas meja. Sudahnya, lamalah masa Kayla untuk membersihkannya.

" Cik Mikayla, kenapa tercegat kat situ ? ", tegur Imran dengan poker facenya.

Kaya pun terkebil-kebil mengambil tempat duduk. Untungnya tempatnya jauh dari Imran.

Maka, mesyuarat pun bersambung kembali.

" So, saya sambung kat mana saya berhenti tadi. Yang 'lambat' tu, minta maaf sebab meeting terlalu awal. Sebab lepas zohor ni kita ada Majlis Ihya Ramadan, di Dewan Serbaguna Kampung Baru. Selain daripada tu, kita juga ada buat perasmian pembukaan Homestay Pak Haji kat sana. Jadi, semua pekerja wajib datang ke sana dengan kenderaan masing-masing ".

Kayla bermasam muka. Kenapa tak naik bas je ? Kampung Baru jauh kot. Dahlah tengah demam ni.

Oh ya, baru teringat bulan Ramadhan hendak menjelma esok. Setiap hari melayan kehidupan, sampai lupa bulan mulia sudah hampir tiba.

" Tapi itulah. Memandangkan tempat parking kat sana terhad, jadinya digalakkan untuk kamu semua berkongsi kereta. Kena ada pekerja yang sudi bertoleransi untuk tumpangkan rakan-rakan yang lain. Dalam isu ini, bukan masalah saya untuk tetapkan kumpulan. Carilah geng-geng korang sendiri. Kalau sampai dah tak ada kawan, bawak kereta sendiri. Takpun naik bas atau teksi ".

Tuan Imran ni seolah-olah dapat membaca pula keluhan Kayla. Otaknya pun mulalah fikir nak tumpang dengan siapa.

Tiba-tiba, lelangit mulut Kayla terasa sakit dan pedih. Sakitnya itu bukan main. Kayla sedaya upaya cuba menahan diri dari terbatuk. Kerana batuknya itu sudahlah kuat, dan semestinya memalukan diri. Malangnya, semakin ditahan, semakin sakit. Sakit ini sudah wujud sejak umurnya 12 tahun lagi. Kayla cuba menenangkan lelangitnya dari terus mengamuk dengan lidahnya. Tetapi sakitnya itu bagaikan degil mahu pergi !

Akhirnya, batuknya terhambur juga. Kayla menundukkan kepala. Mujurlah pelitup muka yang dipakainya memperlahankan suara batuknya yang bukan main kuat. Tapi, makin batuk, makin menjadi kuatnya.

550 TahunWhere stories live. Discover now